Adriana's first hair salon experience

in , by Alia Farhan, 2:13 AM
Last weekend masa nak amik stok Nars untuk customers then husband cakap kat Adriana, kakak jom potong rambut.

Nanti kakak behave kat salon papa belanja toys ok.

Skit2 toys..aku yang stress banyak sangat toys nya.

So after ja pi amik stock Nars terus naik atas cari salon untum potong rambut dia. Rambut dia ni memang menurun rambut mama dia betul. Straight+tebal+cepat panjang
Combo betul. Keluar2 dari perut pun rambut tebal sangat2 mek ni. Selalu aku la main potong ja kt rumah. Ya la duk hostel dulu pun kawan2 selalu mai tadah sruh nipiskan la..layer la apa bagai.

Saja la nak bawak kenit ni potong rambut elok-elok skit kat hair salon ni.

Nasib kakak jenis cool ja kan.

Pandai behave ya kamu.

Papa pun eksaited siap amik video bagai kan.

Da siap. Ehhh Adriana pakai helmet ke tu???

Nasib masa nk tuntut toys kt Toys R Us tu Adriana amik Suprise Eggs ja 2 ketoi. Seppp la kan. Baru rm4.40. Tq kakak...kakak mmg baik sgt2.
Mama n papa love u sayang
Wah make over dapoq haaa. Tajuk nk wowww.
Wowww la sangat kan. Sebenarnya kan cuma make over skit ja pun. Tapi impact dia tu agak lain maciammm tu yang suka sangat-sangat tu.

Used to be ruang yang sangat membencikan dan menyampah sangat.
Actually this one guna 3 tiers wooden rack tu ja, drilled n attached kan dekat dinding dapoq. Serius memang benci sangat tengok dia sebelum ni.

Selepas dicat dengan kaler kuning. Nampak la kemeriahan berganda di situ. Kalau tak haihh la nyampah nauuu nak nengok nya. Bagi korang yang nak cat perabot/rack yang selain warna putih; dinasihatkan untuk undercoat dulu ya dengan cat warna putih. Then baru la cat dengan kaler pilihan masing-masing ya noks.

Ada lagi beberapa rack dalam perancangan untuk cat kaler lain bagi nampak ceria skit. Kadang-kadang a little change in color can make a huge different to our home. Tak percaya? Try la sendiri.

Ok la, nak bersiap nak masak untuk berbuka pulak ni.

Babai.
Stressnyaaa bila tak beli-beli lagi kan baju raya. Niat di hati nak sedondon yang tersayang. Tapi ada lagi ka time-time ni orang nak amik tempahan. Nan hado laaaa.

Stress mak tauuuu.
Tapi takpa dengan Fellina Boutique hampa tak perlu nak stress-stress sangat lah. Hadap jammed tak payah. Bersesak-sesak dengan peluh menitik-nitik pun tak payah apatah lagi kehausan sebab nak cari baju raya punya pasal kan.

Dah la baju-baju pun lawa-lawa oiiii. Stress gak mak nengok nyaaa.

Jubah Khimar yang stailo

Jubah Calleryna. Amcam lawa kan???


Jubah Primrose dengan color-color yang menarik.

Baju kurung Raisya pun tak kurang jugak tarikan dia. Kaler pun semua cun-cun.

Dan untuk kaum Adam. Don't worry Fellina Boutique turut sertakan Kurta-kurta yang menarik untuk hampa.

Koleksi Kurta Panel.

Dan tak ketinggalan juga koleksi Kurta Plain.

So amcam???
Cantik-cantik kan koleksi dari Fellina Boutique


Jangan lupa click FELLINA BOUTIQUE untuk pembelian baju raya korang ya.

Selamat bershopping raya!



Hai semua.
Bulan-bulan ni rajin nau nau nak update resipi sokmo kan. Hahahaha.

Kali ni nak share pasal resipi Ayam Masak Cili Kering Bersama Kacang Gajus
. Menu ni sebenarnya simple gila tapi boleh tahan sedapnya! Tak percaya??? Kena la try sendiri nanti ya.

Jom kita tengok bahan-bahan dan cara-caranya ya.


Bahan-bahannya:

* 2 ketul ayam bahagian dada- potong kecik2 ( garamkan dan letak tepung jangung dan goreng, jangan garing sangat ya)
* 5 cili kering (cuci dan gunting2)
* bawang besar (belah 8)
* bawang putih ( 4 butir, tumbuk kasar dengan lesung batu)
* kacang gajus
* sos tiram
* sos pekat
* sos cili

Cara-cara:

1. Lepas siap goreng ayam seperti yang dinyatakan diatas, maka tinggalkan sedikit minyak untuk menumis.
2. Tumis bawang besar, garlic dan cili kering.
3. Kemudian masukkan sos cili, sos tiram dan kicap pekat dan tambahkan air.
4. Then kacau-kacau dan masukkan ayam yang da digoreng tadi bersama kacang gajus.
5. Nah dah siap dah pun.

See...senang ja kan nak buat dia. Bukan payah mana pun.

Kat rumah ni part dada la paling susah nak bergerakm so bila buat mcm ni boleh pulak telan kan mayb sebab ayam tu da potong-potong kecik kan. So memang sedap la bila wat gini.

Apapun, selamat mencuba ya.

Masa upload gambar ni kt ig and fb hari tu ramai la jugak mintak resipi kerabu ikan bilis ni. Actually kerabu ikan bilis ni macam kerabu kerabu lain jugak, boleh diolah ikut suka hati kita ja. Macam aku tengok bahan apa ada dalam peti ais tu. Haaa selamat la masuk dalam rencah kerabu aku. Janji tekak aku sedap kira ok la kan.

Apapun jom check bahan and cara-cara buat kerabu ikan bilis ni.

Bahan-bahan:

*ikan bilis -goreng garing
* cabai melaka 5 biji -potong nipis
*bawang besar potong halus and nipis.
*garlic -2 3 ulas...crushed guna lesung batu ja
* 3 biji limau kasturi(amik air saja)
* cuka (aku tambah jugak setengah camca bagi rasa kick)
* daun ketumbar (potong halus)
* bunga kantan ( aku guna half ja balance yang guna untuk Air Asam Kaki Ayam sehari sebelum tu)
* kacang panjang -2 biji (potong halus)
* kacang kelisa/botol -3 biji (potong halus2 jugak)
* namfla (kicap ikan)
* aji (ujung sudu kecik)
* gula ( 1 sudu besar)

Cara-cara:

1. Lepas potong dan sediakan semua bahan-bahan di atas, gaulkan semua bahan kecuali ikan bilis yang da digoreng tu.
2. Gaul dan biar sekata semua baru masukkan ikan bilis goreng dan gaul lagi.
3. Da siap dah.
4. Boleh da hidang ke dalam pinggan lain dan bersedia la nak buka puasa dengan lauk ni.

Selamat mencuba ya.

Ehhh Air Asia ni.
Buat hal lagi la. Main gila betul. Tiket FREE pulak tu. Ehhhh biar betul. Tapi memang tak syak pun Air Asia ni memang suka wat gila kan. Dulu pernah dpt tiket flight AA , Penang -Medan pergi balik RM40 saja. Tak mustahil kan??

So apa lagi, dah boleh riki2 2017 nak pi mana kot kan ....
Standby ya 13th June tepat 0000 .
Diaà buat dahhhh dia buat dahhhh.

Shuben, 2017 ada bajet utk travel tak shuben oiii?

Untuk pengetahuan:

PROMO AIRASIA Free Seat !!

📌Tarikh booking pada : 12-19 June 2016
📌Tarikh travel pada : Jan - Aug 2017

Let's fly

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS