Travelog Koh Lipe : Part V

by Alia Farhan, 6:56 PM
Oklah kali ni nak cerita pasal Sunset Beach yang fames amos kat Koh Lipe tu. Untuk pengetahuan Sunset Beach ni terletak agak jauh jugak la dari Pattaya Beach tu. Boleh ja kalau hampa nak jalan dari Pattaya Beach tu tapi mengenangkan kami bawak budak-budak maka tak payah la cari pasal dan penyakit.

Untuk ke Sunset Beach Koh Lipe ni ada ja teksi ( motor yand diubahsuai boleh naik 4 orang inc pemandu) untuk ke sana. Just tahan teksi tu and cakap nak ke Sunset Beach. Depa charge kita satu orang tu 50 baht kalau tak silap. Budak-budak kt Koh lipe ni selalunya FOC jer.

Jalan nak ke Sunset beach ni akan lalu satu resort ni. Resort ni macam dalam hutan-hutan skit. Aku tengok macam port-port mat salleh ja kat sini.

Ada camp side la.Sapa suka flora fauna ok la duk sini. Ehhhh

Si kenit and papa.

Da jumpa pantai. Yeayyyyy. Pasiaq haluihhh weiiii. Bestnyaaaa. Terus kenit tu ajak mandi.

We-fie dulu anak beranak!

ehh we-fie lagi....

I love to take their photo from their back side. Suka sangat tengok dua beranak ni. Kamceng semacam lagi-lagi sejak dah wean off ni. Menyampah mama!!!

Pramong Beach nama diberi. Sunset Beach lewtewww.

Sunset Beach ni lebih tenang berbanding dengan Pattaya Beach side. Kat situ agak crowded. So kalau sapa nak romantik-romantik and nak berhoney moon aku sajeskan hampa p kat Sunrise Beach atau Sunset Beach. These two sides memang sunyi and tak ramai sangat orang.

Duk menhayati view matahari tengah turun. Gila wei cantik nak mam.

sikit-sikit nampak matahari tu terbenam and macam masuk dalam "laut" . HAHAHAHAHA.

memang cantik sangat-sangat la view sunset ni. Tak pernah lagi nampak view Sunset seketoi2 terbenam macam ni.

So bila matahari dah terbenam maka dengan itu haruslah cargas untuk keluar ke tempat tunggu teksi balik (kat tempat teksi drop kami). Ingatkan tak ramai orang, sekali mak iah ramai jugak orang yang mai tengok sunset ni. Kena beratur tunggu turn jugak la nak naik teksi tu. Dah la area situ da gelap-gelap and hutan-hutan sikit kan. Kalau keluar lambat-lambat risau dah takdak teksi tunggu situ. So kepada sesapa yang nak p ke Sunset Beach tu harus diingtakan jangan la berangan nak keluar lambat-lambat sangat dari Sunset Beach tu kang ada yang kena jalan dalam hutan sorang-sorang.

Oklah, tu ja nak cerita untuk Part V.

Bersambung Part VI untuk hari terakhir di Koh Lipe.

Dulu aku selalu sangat runsing kalau tengok dalam kitchen cabinet aku tu. Serabut sangat-sangat.

Bila da start susun-susun sikit baru la nampak rupa sikit oiii.


Ni stock ration. Dulu main campak-campak ja. Alih-alih sampai beli kadang-kadang melebih and expired pun ada.
Bila da macam ni senang sikit nak tengok kan.


Abaikan bawah tu yang tepung tu main letak kat bawah tu. Guna para tu senang. Boleh susun pinggan elok2 dengan mangkuk2 bagai.


Nampak tak ada 3 layer. Yang atas tu letak mangkuk. 2nd layer tu letak pinggan. Yang bawah sekali letak gula n tepung.

Para tu boleh beli kt Ikea ya. Senang nak organize dapor n tempat2 lain.

Mata pun da tak berapa nak serabut tengok oi.

Sekian laporan susun atur kali ini bersiaran di dapur kecik ku.

posted from Bloggeroid

hai...

kembali nak update blog pasal Koh Lipe yang dirindui sangat-sangat tuh.
fuh...
i still remember the crystal clear water and the sands!

so untuk Part IV ni nak bercerita tentang Island Hoping kitaorang hari tu.

seperti yang da diceritakan masa PART II dan PART III dulu kami amik pakej asing, pakej sewa boat untuk trip kami-kami sahaja. boleh rujuk kepada previous post pasal charges semua tu.

So after berkumpul pagi tu untuk tunggu boat masing-masing maka kami pun gerak la dua boat. Sebab nmaximum untuk satu boat cuma 8 orang. Kami pulak ahli jemaatnya ada 13 orang. Mau takmau kena la naik dua boat jugak sebab tu yang da ditetapkan pihak berkuasa kat sana. Lagipun boatnya tak besar pun, just long tail boat yang kecik jer.

on the way untuk Islang Hoping. cream Sunblock lupa nak bawak, nasib ada Rosetyara ada SPF30 youuuu...

selfie dengan anak dara i kejap.

jangan tanya aku kenapa dia mesti landing macam tu ya



Snokerling time bebehhhh


kasik chance la romantik ngn shuben jap aihh.


Ni second peak stop. Kat pulau ni apa yang menariknya, dia takdak pasir tau. Yang ada cuma batu-batu hitam ni. Cantik sangat-sangat. Tapi sakit gila kaki Ya Rabbi kena pijak batu-batu ni masa nak terun naik ke pulau kecik ni.
Nama pulau ni Koh Hin Ngam.

Ada tangkap gambar beramai-ramai kat sini tapi dalam phone adik ipaq rasanya.
Picture credit to Google.

Unik kan sebab takdak pasiaq langsung. Yang ada cuma batu hitam ni
Pic credit to Google.

ni la abntara yang aku tangkap tapi disebabkan tangan basah bagai n pakai cover waterproof bagai. Maka dengan ini aku haruslah mengumpul duit untuk beli Go Pro kot. Ehhhhh.


Photo by The Thailander/Brad Florescu



ni peak stop ketiga. time ni betul-betul panas gila. dah agak penat snokerling sebenarnya time ni. So ni nama dia Koh Rawi. So kat sini la kami menikmati lunch kami , nasi goreng seafood yang agency island hoping tu sediakan untuk kami. Oh ya, yang makanan ni kami add on ya sekali ngan pakej boat kami amik tu. Sekali dengan air, drinking water ja lah. Tapi panas-panas tu yang paling sedap kot.

Muka bahagia dapat tibai se tupperware nasi goreng seafood yang super sedap dan super banyak. super udang banyak, super sotong banyak. nahhh meleleh pulak air liur bila teringat.

fuhhh super cantik kan.

Time ni tengah relax-relax jap bagi nasik jatuh skit dari perut yang gendut ni.

lepas ja dah ok, apa lagi maka join la berendam jugak kat sini.

Dalam pukul 2 macam tu kiranya pulau ni makin lenggang, banyak bot-bot yang da pi ke next stop untuk snokerkling. forth stop tu aku memang tak turun dah untuk snokerling, sebab dah lemau penat gilos dengan panas nya.
husband and adik ipaq ja yang turun mandi, kami duduk ja kat dalam boat tu.

Pit stop yang kelima semua da surrender taknak turun, just lalu and tengok ja. Gila la time tu arus da makin kuat, tak larat oii nak lawan arus balik ke boat. Termengah2 nanti nak berenang balik ke boat. So kitaorang decide terus je balik ke Koh Lipe balik. untung sebab pi asing ni macam tu lah, ko nak blah awal boleh je blah awal. Tak dak kacau sapa-sapa pun kan.

Balik tu semua terbongkang. Malam ni lapar keluar la cari makan. Malam tu pun makan biasa-biasa ja. Order untuk hilang lapaq saja orang kata. Makan asal boleh sebab semua memang da kelaparan gila kot.

Bersambung untuk Part V ( Sunset Beach pulak)
Last week, on 8th May treat my husband for his advance birthday.
Celebrate 3 orang kitaorang ja.

Nak celebrate on 9th tu Isnin pulak tu, kompem2 husband busy like a bee. So it's okay, kita celebrate la awal sikit kan. No harm rite. What matter is the thought ye dak?

Nak ajak TGIF, macam da selalu pulak. Ehh jom Italiannese lah. Lagipun tak pernah try situ. So apa salahnya kita try kat situ pulak kan.


Biar lah si kakak dengan si papa pilih menunya.


Paling best sebab KIDS EAT FOR FREE. Yahooo!


Antara menu for kids yang free tu.


Budak ni tak reti-reti nak duduk kat bawah.


Dapat dis for FREE jugak.
Starter la kot kononnya.


Husband order ceaser salad. Bapak large potion.


Ni pulak kakak Anena punya. Sedap. Not bad


Ni aku punya. Sedap carbonara dia tu. Tapiii bapakkkk banyakkk gilaaa. Siap bagi pengepit lagi haa.


Ni husband order. Meatball bolongnese. Bapak besar meatball dia. Tu amik potion paling kecik. Tu pun termonyeh2 nak abiskan. Rasa? Ok sedap. Taste the way bolongnese should taste like.

Aku punya???lagi la. Memang xdak size yang aku pnya dish yang aku order tu. Bila order sampai tu terus tengok hang aku. Last2 memang kena tapau la sebab memang tak larat gila kot nak abih. Nak nak carbonara, muntah nak abihkan kot.


Kebetulan time kitaorang makan tu tak ramai orang lagi. So rasa relax la skit kan.


Okla overall dalam dia. Tak rasa crowded ka apa ka bila ramai orang pun. Ada side kat luar open air gitu. Tapi as usual la mesti nak cari air cond kan.

Total damaged?
RM115

okla not bad harga dia. Kalau TGIF memang tak lari rm150+ kot.

Hidangan pun banyak. Kalau makan ramai-ramai lagi berbaloi kot. Kalau tak jenuh la pitam nak tapau.

Rating:
4/5

Will come again??
Yes. Nak cuba pizza dia pulak next time.

Apapun i enjoyed the food. In Sha Allah akan repeat in future.

posted from Bloggeroid

Sebenarnya kan malu tau dak dulu2 nak senyum luas-luas bila selfie ka apa ka sebab gigi kuning. Faktor usia dan mungkin sebab tea adfict kot noh.
Nak POLISH kasik putih kat dentist memang rasa tak mampu la kot kan. Sebab tau memang rawatan tu mahal gila. Scaling da mahal, takkan ko nak expect polish gigi ni murah nokkk???

So cerita dia macam gini, memang gigi aku tu agak kuning la, malu ngat aih make up lawa2 (lawa ker). Senyum2 gigi kuning!!! Cisss spoil kan.

So disebabkan tu la , aku nekad nak try jugak Colgate Optic White yang iklan pajura kembaq i tu. Ehhhh #matilamaknak !!!


Nak la gigi tu senyum nampak putih bersih ja kan.

Tu la akibatnya selalu sangat minum teh o...teh o ais...teh ais..teh tarik une!

Tertarik dengan iklan sama sebab ada pajura kan. Pandai betoi iklan ni kan. Buh orang lawa!!!

Katanya dipercayai akan 1 shade whiter after one week pakai.

Betul ker???
Boleh caya ka gimik macam ni????
Seriuss kang kalau mnipu aku nak jadi Bella no 2 pegi wat report Colgate menipu ( gemok dan comel dah sama dah)


Gambar aku make up sebelum-sebelum ni semua muka takmau tunjuk gigi. Konon muka nak ketat, sebenarnya malu gigi tu kuning. Muahahahha.


Ni kesan lepas sebulan aku pakai. Lupa nak tangkap gambar gigi aku yang kekuningan dulu tu. Sebenarnya aku malu bila tangkap gigi nampak gigi kuning. Sungguh huduh rupanya.


Memang terbukti berkesan memutihkan gigi aku. Abaikan muka aku yang tak bermake up tu. Janji gigi da tak kuning sangat dah.


Ehhh aku macam suka pulak lepas ni tangkap gambar dengan gigi tak kuning dah ni lepas ni.

Sebab Colgate Optic White ni jugak la aku jadi rajin gosok gigi aku jadi 4x sehari. Paling busuk pun 3x sehari.

Terima kasih encik suami tolong belikan Colgate ni. Esok2 jangan kompius pulaj bini hang ka pajura ni.


Ehhhh

Oklah.

Tu jer nak cerita pasal Colgate Optic White yang super best ni. Sapa yang ada masalah yang sama boleh la cuba. Berbaloi rasanya untuk korang cuba.

posted from Bloggeroid

Yuna Crush, my latest crush

in , by Alia Farhan, 8:41 AM


Ladies and gentleman....
Aku da addicted dengan lagu Yuna Ft Usher ni...adoyaiiii

Jom sing d song

You call me on a lazy afternoon
Asking me what I'm up to
Let's find something to do
Baby I'd be down, down, down
Down, down, down, down, down, down
You know I'd be down, down, down
Down, down, down, down, down, down
I see you arriving in your car, yeah
Jet black Mercedes, built in the seventies
Classic like you and me
I'll be coming down, down, down
Down, down, down, down, down, down
I'll be coming down, down, down
Down, down, down, down, down, down


I feel a little rush
I think I've got a little crush on you
I hope it's not too much
But babe when I'm with you, I hear it
My heart singing
La, la, la, la, la, la, la, la-la
La, la, la, la, la, la, la, la-la
Honestly I shouldn't waste time no more, eh yeah
'Cause all these little boys you're chasing, did they break your heart?
I know you've been down, down, down
Down, down, down, down, down, down
I won't let you down, down, down
Down, down, down, down, down, down


I feel a little rush
I think I've got a little crush on you
I hope it's not too much
But girl when I'm with you, I hear it
My heart singing
La, la, la, la, la, la, la, la-la
La, la, la, la, la, la, la, la-la, hey
I see you the same
I see it in the way that you behave around me
And I can't tell
What we have is different from anyone else
'Cause you stop doing what you're doing
When I call you come to me running
And I would do the same for you
So tell me that you feel it too, woah
I feel a little rush
I think I've got a little crush on you (little crush on you)
I hope it's not too much, oh ho
But babe when I'm with you, I hear it
My heart singing
La, la, la, la, la, la, la, la-la (ooh yeah baby, my heart singing)
La, la, la, la, la, la, la, la-la, oh
I think I've got a crush, babe
Crush on you too
Feel a little rush, baby
And I feel it too
I think I've got a crush, babe
Crush on you too
Feel a little rush, baby

Gila btul lagu ni duk terngiang2 dalam telinga aku....
Duk down down down down down
La la la la la

Good job Yuna, u're always a Malaysian's sweetheart.
Dah la feat Usher pulak tu, my fav male singer.



"Crush was a song I wrote and I thought it needed a male vocal. The only person I had in mind was Usher. It was him or nobody else,” Yuna told The Star in…

Semoga Yuna bertambah sukses lagi Yuna sayang.

posted from Bloggeroid

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS