hai...

kembali nak update blog pasal Koh Lipe yang dirindui sangat-sangat tuh.
fuh...
i still remember the crystal clear water and the sands!

so untuk Part IV ni nak bercerita tentang Island Hoping kitaorang hari tu.

seperti yang da diceritakan masa PART II dan PART III dulu kami amik pakej asing, pakej sewa boat untuk trip kami-kami sahaja. boleh rujuk kepada previous post pasal charges semua tu.

So after berkumpul pagi tu untuk tunggu boat masing-masing maka kami pun gerak la dua boat. Sebab nmaximum untuk satu boat cuma 8 orang. Kami pulak ahli jemaatnya ada 13 orang. Mau takmau kena la naik dua boat jugak sebab tu yang da ditetapkan pihak berkuasa kat sana. Lagipun boatnya tak besar pun, just long tail boat yang kecik jer.

on the way untuk Islang Hoping. cream Sunblock lupa nak bawak, nasib ada Rosetyara ada SPF30 youuuu...

selfie dengan anak dara i kejap.

jangan tanya aku kenapa dia mesti landing macam tu ya



Snokerling time bebehhhh


kasik chance la romantik ngn shuben jap aihh.


Ni second peak stop. Kat pulau ni apa yang menariknya, dia takdak pasir tau. Yang ada cuma batu-batu hitam ni. Cantik sangat-sangat. Tapi sakit gila kaki Ya Rabbi kena pijak batu-batu ni masa nak terun naik ke pulau kecik ni.
Nama pulau ni Koh Hin Ngam.

Ada tangkap gambar beramai-ramai kat sini tapi dalam phone adik ipaq rasanya.
Picture credit to Google.

Unik kan sebab takdak pasiaq langsung. Yang ada cuma batu hitam ni
Pic credit to Google.

ni la abntara yang aku tangkap tapi disebabkan tangan basah bagai n pakai cover waterproof bagai. Maka dengan ini aku haruslah mengumpul duit untuk beli Go Pro kot. Ehhhhh.


Photo by The Thailander/Brad Florescu



ni peak stop ketiga. time ni betul-betul panas gila. dah agak penat snokerling sebenarnya time ni. So ni nama dia Koh Rawi. So kat sini la kami menikmati lunch kami , nasi goreng seafood yang agency island hoping tu sediakan untuk kami. Oh ya, yang makanan ni kami add on ya sekali ngan pakej boat kami amik tu. Sekali dengan air, drinking water ja lah. Tapi panas-panas tu yang paling sedap kot.

Muka bahagia dapat tibai se tupperware nasi goreng seafood yang super sedap dan super banyak. super udang banyak, super sotong banyak. nahhh meleleh pulak air liur bila teringat.

fuhhh super cantik kan.

Time ni tengah relax-relax jap bagi nasik jatuh skit dari perut yang gendut ni.

lepas ja dah ok, apa lagi maka join la berendam jugak kat sini.

Dalam pukul 2 macam tu kiranya pulau ni makin lenggang, banyak bot-bot yang da pi ke next stop untuk snokerkling. forth stop tu aku memang tak turun dah untuk snokerling, sebab dah lemau penat gilos dengan panas nya.
husband and adik ipaq ja yang turun mandi, kami duduk ja kat dalam boat tu.

Pit stop yang kelima semua da surrender taknak turun, just lalu and tengok ja. Gila la time tu arus da makin kuat, tak larat oii nak lawan arus balik ke boat. Termengah2 nanti nak berenang balik ke boat. So kitaorang decide terus je balik ke Koh Lipe balik. untung sebab pi asing ni macam tu lah, ko nak blah awal boleh je blah awal. Tak dak kacau sapa-sapa pun kan.

Balik tu semua terbongkang. Malam ni lapar keluar la cari makan. Malam tu pun makan biasa-biasa ja. Order untuk hilang lapaq saja orang kata. Makan asal boleh sebab semua memang da kelaparan gila kot.

Bersambung untuk Part V ( Sunset Beach pulak)
Last week, on 8th May treat my husband for his advance birthday.
Celebrate 3 orang kitaorang ja.

Nak celebrate on 9th tu Isnin pulak tu, kompem2 husband busy like a bee. So it's okay, kita celebrate la awal sikit kan. No harm rite. What matter is the thought ye dak?

Nak ajak TGIF, macam da selalu pulak. Ehh jom Italiannese lah. Lagipun tak pernah try situ. So apa salahnya kita try kat situ pulak kan.


Biar lah si kakak dengan si papa pilih menunya.


Paling best sebab KIDS EAT FOR FREE. Yahooo!


Antara menu for kids yang free tu.


Budak ni tak reti-reti nak duduk kat bawah.


Dapat dis for FREE jugak.
Starter la kot kononnya.


Husband order ceaser salad. Bapak large potion.


Ni pulak kakak Anena punya. Sedap. Not bad


Ni aku punya. Sedap carbonara dia tu. Tapiii bapakkkk banyakkk gilaaa. Siap bagi pengepit lagi haa.


Ni husband order. Meatball bolongnese. Bapak besar meatball dia. Tu amik potion paling kecik. Tu pun termonyeh2 nak abiskan. Rasa? Ok sedap. Taste the way bolongnese should taste like.

Aku punya???lagi la. Memang xdak size yang aku pnya dish yang aku order tu. Bila order sampai tu terus tengok hang aku. Last2 memang kena tapau la sebab memang tak larat gila kot nak abih. Nak nak carbonara, muntah nak abihkan kot.


Kebetulan time kitaorang makan tu tak ramai orang lagi. So rasa relax la skit kan.


Okla overall dalam dia. Tak rasa crowded ka apa ka bila ramai orang pun. Ada side kat luar open air gitu. Tapi as usual la mesti nak cari air cond kan.

Total damaged?
RM115

okla not bad harga dia. Kalau TGIF memang tak lari rm150+ kot.

Hidangan pun banyak. Kalau makan ramai-ramai lagi berbaloi kot. Kalau tak jenuh la pitam nak tapau.

Rating:
4/5

Will come again??
Yes. Nak cuba pizza dia pulak next time.

Apapun i enjoyed the food. In Sha Allah akan repeat in future.

posted from Bloggeroid

Sebenarnya kan malu tau dak dulu2 nak senyum luas-luas bila selfie ka apa ka sebab gigi kuning. Faktor usia dan mungkin sebab tea adfict kot noh.
Nak POLISH kasik putih kat dentist memang rasa tak mampu la kot kan. Sebab tau memang rawatan tu mahal gila. Scaling da mahal, takkan ko nak expect polish gigi ni murah nokkk???

So cerita dia macam gini, memang gigi aku tu agak kuning la, malu ngat aih make up lawa2 (lawa ker). Senyum2 gigi kuning!!! Cisss spoil kan.

So disebabkan tu la , aku nekad nak try jugak Colgate Optic White yang iklan pajura kembaq i tu. Ehhhh #matilamaknak !!!


Nak la gigi tu senyum nampak putih bersih ja kan.

Tu la akibatnya selalu sangat minum teh o...teh o ais...teh ais..teh tarik une!

Tertarik dengan iklan sama sebab ada pajura kan. Pandai betoi iklan ni kan. Buh orang lawa!!!

Katanya dipercayai akan 1 shade whiter after one week pakai.

Betul ker???
Boleh caya ka gimik macam ni????
Seriuss kang kalau mnipu aku nak jadi Bella no 2 pegi wat report Colgate menipu ( gemok dan comel dah sama dah)


Gambar aku make up sebelum-sebelum ni semua muka takmau tunjuk gigi. Konon muka nak ketat, sebenarnya malu gigi tu kuning. Muahahahha.


Ni kesan lepas sebulan aku pakai. Lupa nak tangkap gambar gigi aku yang kekuningan dulu tu. Sebenarnya aku malu bila tangkap gigi nampak gigi kuning. Sungguh huduh rupanya.


Memang terbukti berkesan memutihkan gigi aku. Abaikan muka aku yang tak bermake up tu. Janji gigi da tak kuning sangat dah.


Ehhh aku macam suka pulak lepas ni tangkap gambar dengan gigi tak kuning dah ni lepas ni.

Sebab Colgate Optic White ni jugak la aku jadi rajin gosok gigi aku jadi 4x sehari. Paling busuk pun 3x sehari.

Terima kasih encik suami tolong belikan Colgate ni. Esok2 jangan kompius pulaj bini hang ka pajura ni.


Ehhhh

Oklah.

Tu jer nak cerita pasal Colgate Optic White yang super best ni. Sapa yang ada masalah yang sama boleh la cuba. Berbaloi rasanya untuk korang cuba.

posted from Bloggeroid

Yuna Crush, my latest crush

in , by Alia Farhan, 8:41 AM


Ladies and gentleman....
Aku da addicted dengan lagu Yuna Ft Usher ni...adoyaiiii

Jom sing d song

You call me on a lazy afternoon
Asking me what I'm up to
Let's find something to do
Baby I'd be down, down, down
Down, down, down, down, down, down
You know I'd be down, down, down
Down, down, down, down, down, down
I see you arriving in your car, yeah
Jet black Mercedes, built in the seventies
Classic like you and me
I'll be coming down, down, down
Down, down, down, down, down, down
I'll be coming down, down, down
Down, down, down, down, down, down


I feel a little rush
I think I've got a little crush on you
I hope it's not too much
But babe when I'm with you, I hear it
My heart singing
La, la, la, la, la, la, la, la-la
La, la, la, la, la, la, la, la-la
Honestly I shouldn't waste time no more, eh yeah
'Cause all these little boys you're chasing, did they break your heart?
I know you've been down, down, down
Down, down, down, down, down, down
I won't let you down, down, down
Down, down, down, down, down, down


I feel a little rush
I think I've got a little crush on you
I hope it's not too much
But girl when I'm with you, I hear it
My heart singing
La, la, la, la, la, la, la, la-la
La, la, la, la, la, la, la, la-la, hey
I see you the same
I see it in the way that you behave around me
And I can't tell
What we have is different from anyone else
'Cause you stop doing what you're doing
When I call you come to me running
And I would do the same for you
So tell me that you feel it too, woah
I feel a little rush
I think I've got a little crush on you (little crush on you)
I hope it's not too much, oh ho
But babe when I'm with you, I hear it
My heart singing
La, la, la, la, la, la, la, la-la (ooh yeah baby, my heart singing)
La, la, la, la, la, la, la, la-la, oh
I think I've got a crush, babe
Crush on you too
Feel a little rush, baby
And I feel it too
I think I've got a crush, babe
Crush on you too
Feel a little rush, baby

Gila btul lagu ni duk terngiang2 dalam telinga aku....
Duk down down down down down
La la la la la

Good job Yuna, u're always a Malaysian's sweetheart.
Dah la feat Usher pulak tu, my fav male singer.



"Crush was a song I wrote and I thought it needed a male vocal. The only person I had in mind was Usher. It was him or nobody else,” Yuna told The Star in…

Semoga Yuna bertambah sukses lagi Yuna sayang.

posted from Bloggeroid

Wehuuuu.....
Sedaq tak sedaq dah 4 tahun da kahwin dengan bestfriend sendiri.
Bestfriend yg selalu ada time susah da senang.



Thanks encik suami yang selalu paham up n down bini dia ni.



Once upon a time berdua.


Then bertiga dengan mek kenit kesayangan.



Jeng jeng jeng.



Soon berempat pulak ya.

Alhamdulillah. Expecting our second bundles of joy in December.

This first trisem ada la jugak muntah2 n loya. Memang kena amik supplement jugak untuk bagi badan tak lemah n tak loya sangat2. Pilihan kami of coz la Shaklee kan. Husband belanja kita supplement untuk anak yang dikandung ni. Bukan senang tau nak mengandung ni, lagi2 kalau yang jenis alah ni. Standby la ya supplement mana yang patut.

Antara supplement pilihan semasa 1st trisem ni:

Peppermint ginger plus.


Alhamdulillah serasi dengan badan. Sesuai untuk orang yang mempunyai alah2 sepanjang first trisem.


Vitamin B Complex


Apa yang bagus dengan vitamin B complex shaklee ni adalah dia mai sekali dengan folic acid yang mana sangat2 la wajib diambil oleh ibu-ibu mengandung di awal pregnancy untuk membantu perkembangan janin.


Vitamin C sustained released


Selain vitamin B, vitamin C pun penting through out the pregnancy journey. Once pregnant, kalsium di dalam badan kita akan diserap oleh bayi kita. So fungsi vitamin C ni adalah untuk memaksimakan penyerapan kalsium dari pemakanan kita. Sebab tu kadang-kadang bila pregnant ja ada yang sakit gigi la kejang kaki la apa semua. Sebab penyerapan kalsium tu kurang and mungkin si ibu pun kurang minum susu / ambil supplement kalsium.


Ostematrix


Selain sebagai sumber kalsium sepanjang pregnancy, ostematrix jugak boleh mencegah kita dari terkena pedih ulu hati sebab ada kandungan magnesium dalam ni. Dulu 1st pregnancy tak kenal lagi dengan Shaklee, so memang selalu kena pedih ulu hati. Tak lalu nak telan ubat magnesium ke apa tu.

Semoga pregnancy kali ni smooth and tak banyak ragam macam pregnancy sebelumnya. Dan semoga Allah pelihara kandungan dalam perutku ini. Amin


Yang nak dapatkan supplement SHAKLEE tu boleh2 la whatsapp 0133363775 ya.

Ada special untuk pembaca blog ni.

Wink wink.

posted from Bloggeroid

Update from my urban garden

in , by Alia Farhan, 6:56 AM
Haiii

Setelah lama tak update pasal my lovely urban garden yg sekangkang kera kat balcony tu kan...

Maka dengan ini jom usha-usha apa yang masih hidup di situ.
Hahahhaha.


New family in d urban garden. Baru je beli sebab diorang wat macam bonsai ikat skit kat bawah tu bagi dia trim je.


Limau purut ni pulak dah lama tak keluar tunas baru. Haih nak kena bagi baja power ni pasni.


Hai lemon!
Cepat2 la berbuah ya macam pokok2 orang lain ya.


Ketumbar jawa or culantro org putih panggil.


Rosemary. Memang suka sangat bau rosemary ni saja2 pun .bau yang sangat menenangkan. And its good for memory ok!


Ni pun pokok rosemary gak.
Yang dipacak dari batang ke pasu lain.


Ni pokok maman. Accidentally tumbuh. Banyak2 boleh la wat jeruk maman kan.


Sweet basils. Boleh wat pesto paste banyak2 macam ni.


Ni pulak pokok tomato. Da start berbunga. Harap2 melekat la buahnya kan.


Geram pulak tengok bunga ni. Pokok ni boleh survive dalam extrem temperature. Tak banyak songeh dan senang jaga. Sekarang ni bagi mol bawang galak sungguh dia berbunga.

So next time kita update lagi. Sebab pokok cili pun baru keluar putik2 bunga. Mana tau next week cili da keluar ka.

***ingat nak tanam kacang renek balik. Tapi sebelum tu nak kena spray dulu dengan organic pesticides. Geram sebab ada bena2 tu.

posted from Bloggeroid

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS