hai hampa...
da lunch ka?
weekend hampa macam mana?best dak hari tu?
mine ok ja...time tu la lega dapat spent quality time bersama keluarga kecik kami ni haa...
ya la kadang2 kita punya bz tu mngalahkan PM kita Rosmah pulek kan...
tapi takpa la...try takmau bz macam KAK MAH n nak chill ja mcm ABG JIB kita... ehhh

apa pun meh sini nak cerita satu port makan baik kat area rumah aku ni jugak. memang dekat2 jugak la dengan juru ni ha. Seronok la ada port makan baru yg best sedap dan yang penting murah kan. zaman GST zaman berjimat, nak makan western tu kena la pandai2 pilih gak kennnn. Ni semua berpunca dari Zai Zamree yang upload kata makanan kat sini sedap!!!

sory la aku amik gambaq sipi-sipi saja lah. Takut satg sister hat duduk tu mai lempang aku pulak pasaipa duk amik gambaq dia pulak nayaaaa jaaa.

Actually kedai ni macam nak kata astaka tu pun boleh gak. Sebelah dia ada tomyam. So sapa nak makan Western n Tomyam hampa leh la mai makan sini sekaligus.

Ya ya ja kan baca menu. Penat aku nak rebut ngan mek kenit kalau tengok menu. Semua menu dapat kat dia. Amik la amik la. Sebab tu la aku jarang2 upload menu dari buku menu tu sebab nan hado la aku leh pegang lama2 kadang2 tu main order ja lah. Apa buleh buek anok den ngaco ajo nya haa.

Muka sabar menunggu Chicken Chop!

ni haa chicken chop dia...bagi aku sedap la. ayam dia pun tak kering. black pepper dia pun tak over black pepper macam sestengah kedai tu kan. Gravy dia sedap la bagi aku kan.
Harga dia??? RM8.90 SAHAJA YA....
YA BETOIIIII RM8.90 SAHAJAAAAAAAAA TAUUUUU
kami laki bini memang order Chicken chop ja. tekak nak western sangat. lamb chop next time kita order k...

ni pulak order kat Adriana. Bagi aku spaghetti meatball dia ni sedap la. memang berbaloi gak la.
HARGA DIA???
PUN RM8.90 JUGAK DIK NON OIIIIII
Tapi disebabkan Adriana dah mecekik dua keping roti sebelum p makan tu, maka dia pun xabih la makan ni. Sudahnya mama ngan papa dia termonyeh2 habiskan. huuuu macam mana nak kuruih la tu kannnn.

haaa. n i kalau hampa pening2 nak tau location dia, hampa direct ja kol depa ni. Satg aku duk cerita kat sini pun melalut ja lebih ha. baik hampa kol ja.

AND YANG TERPALING BESTTTTTTTTTTTTT


depa bagi chop macam ni, so 10 cop tu hampa dapat la free gift. Gift apa tu tak tau la kan. Kalau dapat FREE CHICKEN CHOP pun sapa nak bagi kan. p makan KFC pun xdak kumpui lagu ni. baik support bisnes macam ni kan. Dengan makanan dia pun sedap and murah pulak tu why not kan jadi port tekak western aku ni kalau dia nak ber western....

heee....

oklah hampa saja buh water mark besaq2...satg takut kena cilok ngn penang kini...kahkah

nak sambung wat taik mata sat

Hai hampa....
Ada kat sini peminat terrarium tak?
Kalau ada peminat terarium atau cactus khasnya...kalau la teringin nak order terarium boleh order tau kat mak jem.


Ni la antara cactus2 dan succulent tree yang akan digunakan dalam pembikinan terrarium tau

Ni antara contoh terrarium yang aku wat untuk rumah. Harga bergantung kepada size, jenis cactus dan succulent yang digunakan.
Kalau cactus yg jenis ada bunga merah kuning bagai tu mahai sikit la tau.

Apa pun bagi yang berminat nak beli terrarium ni boleh whatsapp 0133363775 ok.
Setakat ni semua kita pass by hand. Tak wat la by postage. Tak reti pulak nak pos menda2 mcm ni haa.

Oklah tu ja nak update tau.
Pernahkan anda mendengar dengar rawatan kecantikan menggunakan kuib ais ? Adakah rawatan kuit menggunakan kuib ais ini benar - benar berkesan ? Moh la kita tengok apa faedahnya membuat rawatan kulit menggunakan kuib ais .

Cantikkan Kulit Wajah Dengan Ais

Cantikkan Kulit Wajah Dengan Kuib Ais

Ada beberapa manfaat yang anda boleh dapat apabila membuat rawatan kulit wajah menggunakan kiub ais pada waktu pagi dan malam . Mudah sahaja sebenarnya cantikkan kulit wajah dengan kiub ais ni .

Manfaat cantikkan kulit wajah menggunakan ais ;

1- Kiub Ais Menjadikan Kulit Bercahaya

Bila anda meletakkan kiub ais di atas kulit anda , kiub ais tersebut akan membantu melancarkan peredaran darah di mana kulit anda akan kelihatan sihat bercahaya secara semulajadi . Untuk memberikan kesan yang lebih , anda boleh juga menggunakan kuib ais buah- buahan ke atas wajah anda .

2- Kiub Ais Dapat Mengurangkan Noda

Penggunaan kuib ais dapat mengurangakan noda pada wajah dan radang serta kemerahan jerawat . Anda boleh terus meletakkan kiub ais ke atas jerawat untuk beberapa saat sehingga merasa kebas . Anda boleh lakukannya setiap pagi dan malam.

3- Kiub Ais Dapat Merawat Bulatan Hitam

Kombinasi jus timun dan air rose yang membeku boleh diletakkan di bawah mata atau lingkaran hitam . Ianya dapat mengurangkan bengkak bawah mata akibat tidur lewat malam .

4- Kiub Ais Sebagai Penyegar Kulit

Kiub ais merupakan pelancar atau penyegar kulit yang murah . Anda boleh menggunakannya sebelum memakai alat solek supaya liang - liang pori mengecil . Keadaan itu akan menjadikan bedak asas anda lancar dan sempurna .

5- Kiub Ais Sebagai Pengganti Alat Solek

Anda tidak punya banyak masa untuk memakai alat solek ? Jadi , letakkan sahaja kiub ais di wajah anda menggunakan kain balut . Ianya akan menjadikan wajah anda kelihatan berseri dan semulajadi tanpa penggunaan sebarang alat solek .

6- Kiub Ais Menghalang Kedutan

Penggunaan kiub ais pada wajah dapat melambatkan wujudnya garis - garis penuaan serta mengurangkan garis - garis penuan yang sedia ada .

Tips Penting Yang Perlu Anda Tahu Apabila Menggunakan Kiub Ais Pada Wajah

1- Penggunaan kiub ais berkesan tanpa dibalut tetapi anda perlu sentiasa menggunakan sarung tangan supaya anda boleh memegang kiub ais dengan mudah .

2- Menggunakan kiub ais yang berbalut ke atas wajah akan memberi kesan yang sama sekiranya anda meletakkan kiub ais tanpa membalutnya .

3- Sejuk yang melampau akan menghentikan kapilari di bawah kulit . Oleh itu , jangan meletakkan kiub ais kosong yang baru sahaja dikeluarkan dari peti sejuk ke atas wajah anda .

4- Anda juga dilarang menggunakan kiub ais kosong ke atas kulit wajah yang sudah rosak kapilarinya atau meletakkan kuib ais terlalu lama .

5- Sekiranya anda merasa tidak selesa , berhentilah . Elakkan meletakkan kiub ais di satu - satu tempat melebihi 15 minit .

6- Anda boleh mengisi kiub ais dengan air rose , lemon , teh hijau , teh chamomile , timun dan bahan lain yang mesra kulit mengikut keperluan kulit wajah anda .

Mesti korang suka bila baca manfaat kiub ais ke atas kulit wajah dan tips - tips penggunaan kiub ais . Apa lagi , jomlah cuba . Nak membuatnya pun senang je . Cuma korang kenalah merajinkan diri . Sambil goyang kaki tengok drama korea sambil letak kuib ais pada wajah .


*** aku memang kalau make up untuk bersanding ke outdoor ka memang aku akan pesan awal2 dekat pengantin suruh letak ais sikit kat muka diorang. Salah satu tujuan muka akan glow n moist. Pastu make up pun akan tahan lama. Lagi2 nak outdoor xda la muka kau bercapuk sana sini ha.

Apapun tempahan untuk make up sanding, dinner , bertunang, dll utk 2016 masih dibuka tau. Berminat boleh whatsapp 0133363775
Salam hampa semua.

hari ni masak apa kat rumah untuk dinner?
kalau takdak idea meh nak share satu resipi yang kacang gilaaa


amcam?
terliuq dak tengok grilled chicken ni
sebenaqnya simple ja resipi dia

jom tengok bahan-bahan n cara dia.

Bahan-bahan:
* chicken (aku guna bahagian peha n tights/ any parts pun boleh ikut korang suka parts mana la kan)
* BBQ sos
* kentang
* carrot
* brocolli- ni takdak so tak bubuh
* cherry tomatoes
* sos cili
* serbuk paprika
* kicap
* sos tiram
* gula merah
* cuka / perahan lemon


Cara-cara:
1. Perapkan ke semua bahan tadi sekali dalam 2 jam. lagi lama lagi best!
2. Panakan ovem pada suhu 220C selama 10 minit
3. Bakar ayam ni selama sejam.


tengok gambor ni terus rasa macam nak makan ayam ni malam ni. Tapi apa kan daya tak bawak keluaq lagi chicken tu ha. Ater balik nanti keras kejung la lagi haa.

ok lah.
tu ja lah update untuk hari na.
Jangan marah makjem.
Makjem bz tau...

Qu Puteh & Dato Vida

in , , by Alia Farhan, 10:23 AM

Ada ka orang tak kenai Dato Vida ni sapa? Yalah kalau tengok Gegar Vaganza tu mesti semua rata2 komen kat Fb nak muntah la apa la. hampa muntah hijau pun hampa tak kaya macam Dato Vida ni. seriously la aku kagum dengan dia sebab dia ni konpiden level dia tinggi nak mam. Sebab apa kata nak mam? sebab nya cuba hampa tengok Estee Lauder ka hat brand2 femes hat lain, xdak nya tepek muka pengasas, semua tepek muka2 retis yang terkenai nyah oi. Bukan Dato Vida ni tak mampu setakat nak bayaq Si Erra Fazira ka sapa jadi duta produk kecantikan dia. Tapi dia relax ja "QU PUTEH QU PUTEH BARU LAH PUTEH MUAHHH" jari kat pipi okey. Adriana pun sampai boleh follow la. kahkahkah. Trending oiiii.

Hari tu laki aku duk video Terlajak Puteh yang Paknil tu kan, tetiba aku pun join sekaki. Oiiiiii kaya nyaaaa oiiiiii. Kereta dia takyah cakap la bapak punya banyak and mewah. CRV bawak p merket ja...hang mampu bawak CRV p merket beli sayoq???


Gila kelass mak cik sorang ni. Yang bestnya most of kereta dia kaler puteh..bila paknil tanya kenapa banyak kereta kaler puteh...tau dia jawab apa? kan Qu Puteh...kena la puteh2.

Tu belum cerita beli crown diamond ada cert lagi bhai. Ada handbag beli tak pakai yang chanel ka apa ka ntah..malu nak pakai sebab takdak blink2..eshhhhh..Dato kalau malu..mai la bagi kat saiyaaaa Dato oiiii. Menangis tengok handbag dia ja. Baju hang takyah cerita la semua wajib kena BLINK BLINK.


Rumah dia ada berapa bijik pun aku tak hingat dah. tapi memang banyak la. Menangissss la mak jem.

Ni hall kat rumah 4 tingkat dia tu. Dalam rumah ada lift. haihhhhh seronok2 tengok life orang kaya ni noh. Tapi sebelum dia kaya pun macam2 kan dia pernah lalui...tu belum yang cerita 2 orang anak dia meninggal masa kebakaran kat rumah dia dulu.

Apa pun aku memang respek makcik sorang ni. Ya la kadang2 memang la agak annoying but at least marketing dia berkesan ka. Sapa tak kenal Dato Vida Pamoga Qu Puteh tu haa? cer habaq mai. Inspirasi aku untuk buat sabun homemade yang level2 LUSH COSMETICS gitewww haaaa.....
Bukan apa seronok bila kaya ni kita boleh tolong2 sedara2 kita yang susah2 kan. Aku teringin sangat kalau aku kaya, teringin sangat nak wat program weekly utk feed homeless. seronok kan perasaan dapat tolong orang2 yang memerlukan ni. Hrap2 la impian aku tu satu hari nanti boleh jadi kenyataan and kalaulah aku kaya satu hari nanti semoga aku tak lupa diri dan tak lupa kepada orang2 yang lebih memerlukan ni.

ok lah good nite semua.

Hai dah lama gila aku tak buat movie review kot weiii
Maunya tak sejak2 ada anak ni memang susah la aku nak jejak kaki ke cinema dengan husband berdua ja kan...kalau ya pun mesti tengok cerita cartoon. Nasib baik boleh la layan sampai habis. Kalau nasib tak baik sipi2 nak habis cerita macam Hotel Pensylvania tu Adriana da nangis2 nak susu. Warghhh mak jem is stress!!
Nasib Minion si kenit ni tdoq masa tgh2 cerita and bangun sambung tengok movie macam biasa.

Kes DILWALE yang terlepas tengok ni kes tinggal si kenit ni kat umah bs dia. Fuhhh sempat la p muvie date ngn papa dia kat Gurney Plaza. Nak dating ngan suami sendiri pun payah...asyik bz kedaung ja. Xpa lah...kerja kuat masa muda, tua2 boleh relax kat umah main dengan cucu2 ye dak?

Ok lah...rasanya semua pakat duk gila dengan DILWALE kan...

Lawa kan si Kajol ni. Aku memang duk kagum tengok Kajol ni ja. Tapi geli pulak aku tengok Si SRK ada jambang. Hihihi

Cerita dia ni pasal gangster2 la, si SRK ni anak gangster Team A...si Kajol ni pulak anak gangster Team B yang mana duk bermusuhan. Si SRK pulak jatuh cinta dengan si Kajol ni kiranya awai2 Si Kajol ni macam saja la berlakon suka kat Kaali or SRK ni. Nama Kaali tu tak glam kan. So conflict pun terjadi la lepas2 tu.

Alaaa hampa pun boleh teka la sypnosis cerita dia. Malaih nk cerita panjang2 tapi yang pasti nya lagu2 dia best2...duk JANAM JANAM JANAM..JAHANAM LAH AKU REJA NYANYI LAGU JANAM JANAM NI
GERUA pun best sampai asyik ternyanyi. Kalau dari segi jalan cerita dia bagi aku takla best mana pun.
Laki aku cakap baik layan kat Astro First...biadap kan! Kajol n SRK kot...kompem la aku nak tgk kat cinema. Dulu KUCH KUCH HOTA HAI...DILWALE DULHANIA LE GAYENGE N KABHI KUSHI KABHI GAM tu semua zaman aku tak jejak kaki kat cinema lagi. Bagi chan la bini nk tengok kat wayang cik abam syg oiii.

Orang yang hat duk bising kena surung p cinema tu last2 duk GERUA GERUA GERUA...JANAM JANAM JANAM....
kan aku da cakap...laki aku ni mmg kaki hindustan tp saja poyo.. lagu2 hidustan siap hapai lagi. Aku menyanyi lagu Dilwake Dulhania Le Jayenge dia pun join sekaki. Muka ja ketat...hati hindustani heyyyy...

Walaupun cerita ni bagi aku agk BIASA kalau dibandingkan dengan KUCH KUCH HOTA HAI atau DILWALE DULHANIA LE JAYENGE tetapi tetap la menjadi one of MUST WATCH khas utk peminat Kajol N SRK. Cuba kalau Kajol ngn laki dia...nan hadooo aku nak p tengokkk haaaa.

Duk kagum dengan kecantikan Kajol tak abih2 lagi...huwaaa cantiknya awak ni Kajol. Ok lupa nak telan collagen hari ni. Japg kena pantas bangun minum collagen sebelum tidoq ni. Ohoiii kata nak segak dan lawa macam Kajol. Vitamin C and E shaklee pun xleh skip. Baru la Qu Puteh...ehhh. marah Dato Vida aku pinjam tagline dia nnt haaa.

Ok lah...tu ja lah nk review yang tak berapa nak review tu. Pendek kata..hampa yg suka couple ni elok la p tengok. Aku nak cari link nak download nanti. HAHA
HAHA GELAK SYAITON!

Nite hampa. Nak mimpi segak macam Kajol la malam ni. Ehhhh
© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS