Sebenarnya kan p makan kat sini dah lama. Lepas dari Jumpstreet lagi dah p makan kat situ. Tapi asyik mood ke laut laut laut ja. Haaa kan dekat Ao Nang baru dapat ilham nak update sebab dah puas ke laut kan.

So untuk pengetahuan korang Roots ni terletak dekat Bayan Baru. Berhampiran dengan market Bayan Baru tu.

Jom layan gambar-gambar kat dalan Roots tu.


Dalam dia memang class, dari segi deco memang ok cantik sangat.

Siap ada ruang tempat main untuk budak lagi. Memang Adriana suka la wei....

Ok bab makan.

Ni yang aku order. Spaghetti with grilled chicken. Aku amik agloi olio punya spagetthi ja. To be frank bagi aku ayam dia macam keras, macam over grilled. Pasta tu ok rasa dia.

Yang ni pulak yang husband aku punya. kita orang amik yang set punya sekali dengan ayaq. tapi bezanya dia amik chicken chop aku amik grilled chicken. Pasta dia bolongaise, cuma part chicken chop tu rasa dia pun over fried and dah jadi keras dan tak moist.
And yang paling agak tak best kami kena tunggu almost 45minutes untuk dapakan meal yang kami order. Walhal, sebelum kami ada 2 customers ja itupun depa memang tengah makan.

Overall, dari segi food bagi aku dan suami agak "frust" sebab banyak aku tengok review cakap ok. Mungkin nasib kami hari tu kot tak berapa nak OK dapat makanan tak memenuhi citarasa kami dan servis pun agak lambat. Nasib lah deco cantik dan ada tempat untuk anak bermain kat situ, bukan apa kalau ramai orang kami boleh terima servisnya lambat dan rasa makanan yang agak mengecewakan.

Diharap pihak The Roots dapat menambah baik atau improve service yang sedia ada. Bukan apa, cafe anda memang berpotensi untuk pergi lebih jauh lagi cuma kena pastikan servis dan rasa tu sentiasa maintain.

Sekian review dari makjem dari kejauhan.


Dah masuk 2016 weiiiii
which means umoq mak jem dah nak cecah 31 tahun dis year weeiiiiii
tua wei rasanya.

Bila umoq da meningkat ni, benda yang kita paling rasa tua bila kita tengok kulit kita. Yalah biasanya kulit yang akan nampak dulu. Dengan sagging nya, garis2 halusnya pastu rona kulit pun kadang tak sekata. Adussssss benci tengok kulit kalau jadi macam tu. Sebab tu la pentingnya pengambilan collagen. Untuk sustain kulit kita supaya muda dan anjal gituuuu haaaa.

Biasanya collagen sekarang ni mai dalam bentuk powder form kan, which kadang2 tu rasa macam MALAS nya lahai nak bancuh bagai kan!!! Sapa PEMALAS macam mak jem angkat tangan kaih.....TAPI DWI DARA COLLAGEN COMPLEX ni punya la best sebab dia dalam liquid form. Hampa koyak sachet tu hampa teruih boleh minum!

Ni lah dia produk DWI DARA COLLAGE COMPLEX tu. Dalam satu kotak ni ada 20 sachet tau.

Ni haa... dalam bentuk sachet ni. KOYAK DAN MINUM. Takyah susah nak shake2 and bancuh bagai. Sesuai untuk orang PEMALAS TAPI NAK CANTIK macam makjem yang sentiasa nak JELITA.

Feeling2 retis sangat minum dan sedut collagen ni tepi pool bagai tau. Kalau hampa nak tau rasa collagen ni pun sedap ada rasa kurma skit. Mak jem memang suka la pendek kata!

Yang paling bestnya bila da dalam bentuk Sachet gini kan, hampa boleh la bawak p travel ke sana sini. Tak payah bancuh pulak tu. biasanya mak jam akan amik collagen ni pagi-pagi masa perut kosong sebelum breakfast. P Krabi hari tu pun senang ja, koyak dan telan collagen. Kalau nak kena bancuh2 ni memang ke laut la jawabnya!

Ni la antara bahan2 dalam DWI DARA COLLAGEN COMPLEX ni. No wonder la sedap nyah! Yang paling penting ibu mengadung dan ibu menyusu pun boleh amalkan tau DWI DARA COLLAGEN COMPLEX ni. Kalau lelaki nak bajet jadi macam AARON AZIZ pun boleh la try amalkan DWI DARA COLLAGEN COMPLEX ni haa. Takdak masalah pun.

Antara khasiat lain DWI DARA COLLAGEN COMPLEX. Boleh gak diambil sebagai supplement or makanan tambahan untuk badan kita. Benda baik tak salah nak amalkan, ye dak!

Ni kesan berterusan kalau kita amalkan DWI DARA COLLAGEN COMPLEX ni. Kulit pun boleh cerah dan flawless wei. Bila kulit flawless ni nak make up pun tak susah2 sangat.

Ni selepas 5 hari amalkan DWI DARA COLLAGEN COMPLEX ni. Oklah, jerawat pun malu2 nak tumbuh n kalau yg da tumbuh pun cepat2 ja kecut. Pastu bila nak make up pun light make up da cukup dah. Tak payah nak guna concealer bagai dah. Yang penting kan kulit jadi kurang berminyak , kulit makjem ni combination skin. oily kat T zone dan kering kat pipi. So bila kulit combination ni make up susah nak stay long hampa tau dak. Tapi sejak amalkan DWI DARA COLLAGEN ni kan foundation tepek sikit ja pun dah ok boleh tahan dah. Muka pun dah kurang berminyak tapi dia rasa moist2 gitu. Suka la mak jem bila tak payah nak tepek foundation tebai2 nak oiiiii.

SO kalau hampa berminat nak beli DWI DARA COLLAGEN COMPLEX ni hampa boleh la follow laman-laman sosial yang tertera kat bawah. Pendek kata SELAMAT MENCUBA na...

Instagram: @dwidaraauthorized

Hashtag: #dwidaracollagen #dwidaracollagencomplex

Facebook: facebook.com/dwidaraauthorized

Hotline: 018-219 5350



****** this is sponsored review. Review ni diberikan setelah mak jem sendiri mencuba produk ini*****
***Entry tertunggak***

Perasmian Pembukaan MBO Cinemas Central Square Sungai Petani Kedah

Pada 26 Disember 2015 aritu,team mak jem dari #projekbloggerutara diberi kepercayaan untuk review Pembukaan Perasmian MBO Cinemas Central Square, Sungai Petani Kedah ni..tapi mak jem tak dapat join sebab time tu duk ada kt Krabi


MBO Cinemas telah membuka pawangan terbarunya di Malaysia bertempat di Central Square, Sungai Petani dan kini menawarkan sebanyak 191 skrin di seluruh negara.

Pawangan yang ke-26 ini oleh MBO Cinemas
menyediakan lapan dewan yang terdiri daripada 1,157 tempat duduk, dengan dewan terbesar mampu menampung sehingga hampir 300 orang.



ni la dia geng2 Projek Blogger Utara kami yang p hari tu



Yang bestnya masa perasmian hari tu, ada kumpulan ZERO MAHARAJALAWAK hampa tau dak. Kompem la hat mai tu tak kering gusi dibuat kumpulan ZERO ni.


Sempena perasmian MBO Sungai Petani, Cheah Chuan Wai, Pengarah Pemasaran dan Jualan MBO Cinemas berkata pada majlis pembukaan rasmi ; "Ini adalah hari istimewa kerana Sungai Petani adalah lokasi ketiga di Kedah Darul Aman selepas Alor Star Mall di ibu negeri ini dan juga Landmark Central Kulim.


Tambah Mr. Cheah lagi pawagam MBO adalah antara yang pertama beralih dari projeksi filem 35mm kepada projeksi digital sepenuhnya pada kesemua skrinnya.

Selain itu para pengunjung MBO Cinemas boleh menyertai secara percuma dan mendapat kelebihan dengan MBO Star Club terkini di mana sebagai ahli All Star mereka layak menggunakan Star Points untuk menebus tiket wayang percuma, popcorn, minuman dan barangan eksklusif premium.
MBO Cinemas memberikan pengalaman yang terbaik dalam hiburan filem kepada penduduk sekitar Sungai Petani dan rakyat Kedah serta pengunjung dan pelancong ke kawasan Utara.


Di samping itu juga MBO Cinemas menawarkan perbagai faedah dan keistimewaan untuk ahlinya dengan membolehkan mereka menggunakan lorong istimewa keahlian, mendapat tiket filem percuma pada bulan hari jadi serta menikmati tayangan percuma khas untuk ahli sahaja.

Tempahan tiket secara atas talian juga amat mudah dan senang dengan menggunakan telefon bimbit dan tidak dikenakan sebarang bayaran tempahan.

Satu lagi tarikan di MBO Cinemas adalah harga tiketnya adalah sama biarpun tayangan filem 2D atau 3D.Untuk tayangan 3D pengunjung hanya perlu membeli kacamata 3D dengan harga RM3.

Untuk mengetahui tawaran menarik dari MBO Cinemas bolehlah layari www.mbocinemas.com


Terima kasih buat MBO Cinemas dan Integrated Public Relations (IPR) kerana menjemput team Projek Blogger Utara ke majlis perasmian pembukaan MBO Cinemas Central Square Sungai Petani.



Team Projek Blogger Utara bersama kumpulan ZERO.


Happy New Year 2016

in , by Alia Farhan, 1:59 AM

Heppy new year hampa semua

Semoga 2016 lebih baik dari tahun sebelum2 nya.

Dan semoga impian aku pada tahun sebelum2 nya tercapai....walaupun tau macam kepayahan.

Azam nak KURUS dari tahun bila ntah tapi tak KURUS KURUS lagi

So untuk tahun ni azam untuk KURUS diteruskan.

And hampa2 semua. Be prepared 2016 ni dijangkakan akan terjadinya HYPER INFLATION.

So bersama-samalah kita buat 10 kerja sehari dan semoga Allah murahkan rezeki kita semua. Amin.

posted from Bloggeroid

Salam korang.
Cuti new year wat gapo?

Start jumaat ni cuti sampai la ahad cuti, weee bestnya la kan. Lama gila pulak tu. Baloqqq aaaa tu senin nak p reja kan pasni. Pakat duk Monday Blues sokmo la. Apa kata esok hampa p usha2 kat Malvita.
Alaaaa kan hari tu kami duk upload kat ig jadi gila sat p Malvita untuk review.
Memang berdarah wei mata tengok baju2 dia semua. Nangis bucu katil la kalau xgrab sehelai kan. ****nangis lagi****

Ok lah jom nak share serba sedikit pasal Malvita ni. Actually Malvita ni adalah Vendor Boutique yang exclusively membawakan brand2 yang best gila macam:

Adleenur
Adora.co
Alhumaira Contemporary
Ashh&Annas
Ammara Official
Anggun Zara
Arricia Core
Bymawaddahizzati
Bynuramirah
Cattleya
Chentaqaseh
Clarameeca
Claseekha
Dewi Anggun Hijab
D'loris
Edast
Elrah Exclusive
Fynnjamal RTW
Heaxabell
Imaan Boutique
Jubah Souq
Leeyanarahman.co
Malady Couture
Marlena Hijab
Medifeet
Mumu Scarves
Nealofarhijab
Neng geulis
Padieka Raccolta
Qaira Hijab
Qoma Boutique
Sincerelybyus Shawls
Shawlforyou
Sha Zaha
Sugarsista
Three_Ns
Wa.Clothing
Wrap Official

So amcam? Gila tak. Kami hat p review ni tahap meroyan dah. Ya lah kami masuk butik sebelum orang lain masuk. Dalam kul 9 mcm tu kami masuk untuk review2 and ambil gambaq dulu. Memang perghhhh kagummm aaaa.
Malvita ni dua lot kedai tau. So ruang dia sangat2 spacious memang orang kata best la nak shopping tu.

Tengok collection shawl yang ada. Best tak best?

Pantang jumpa cermin la aku ngn kakak aku sorg ni
Amcam rambang mata dak?
Tudiaaa crowd punya ramai tu. Nasib kami geng #projekbloggerutara dapat masuk review awai dalam kul 9 pg macam tu.


Antara koleksi-koleksi yang available kat Malvita.

Perasmian oleh kedua-dua parents owner Ain n Mat Duan.

Ni la dia geng blogger gila glam gitew ha. Seronoknya dapat goodies bag dari Malvita lagi tau.
Ni la ketiga-tiga owner Malvita. Dak Ain ni junior aku masa kt SAINA, aku form 5 dia form 1. Terasa tua sangat duk kat sebelah Ain.

Team #projekbloggerutara dan owner Malvita. Tenkiu na sebab jemput kami.

Me n Ain. Actually Malvita ni butik kedua si Ain n Mat Duan ni
First butik depa Dreamon dekat dengan Sunway tu betoi-betoi belakang Petronas ja.

Nak dijadikan cerita hari yang grand opening tu aku memang tak sempat nak grab apa-apa. So hari Rabu minggu lepaih apa lagi cilok sat la p kr Malvita.

Hasilnya......

Selamaatttt da grab sehelai jubah dr Cattleya. Harga asai RM199 tinggai RM99 ja. Tak ke melampau sangat tu SALES dia. Yang bestnya SALE utk Cattleya ni sampai 15hb jan ya.


Takkan jubah ja kan. Mesti la ada tudung sekali. Dis sparrow shawl/ tudung from Sincerlybyus shawl. Shawl/tudung ni sebenarnya RM25..now only RM20..

So memang berbaloi la kan nak grab jubah time2 gini haaa. Balik dari Krabi nanti nak grab lagi laa.

Hampa pun jangan miss tau SALES kat MALVITA ni tau. Rugi la tak grab sehelai dua. Next duk target kasuk Medifeet tu. Try pakai hari tu sedap and comfy sangat2 tau. Lepas ni bulan2 tau dah nak p mana kan???

Yang mana tak LIKE lagi page MALVITA naa

Fb: Malvita Penang>
Instagram:
Malvita Penang

From time to time hampa boleh la check update kat situ. Mana tau ada CRAZY SALES lagi ka. Rugi oiii rugiii tak usha tengok.

To Ain & Mat Duan, tahniah. Semoga terus berjaya di masa2 akan datang.

#teamSAINApower
Ehh tetiba pulak kan



Jom plan cuti tahun depan

in , by Alia Farhan, 9:57 AM

Otak ni macam2 da pikiaq nak ke sini la ke sinun lah....

Haishhhhh.

Jom plan cuti n carik tiket murah2 jom.

Ke Perth ke Sabah ke mana ker????


Ehhhh verangan ja tauuuu

posted from Bloggeroid

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS