Hi assalamualaikum

Korang apa cer?
Sehat dak?
Weekend ni apa plan korang?
Kalau takdak plan apa2 lagi jom nak ajak hampa semua p ke grand opening kat Malvita Penang.



Kalau hampa blur kat mana Malvita ni...hampa tau dak Mydin Mall yang baru bukak tu? Dia opposite ja Mydin tepi Shell tu. Ada bangunan baru kat situ. Haaa kat situ la tau!

Jom kita usha-usha apa yang best kat Malvita Penang ni.



Penang Exclusive Muslimah Fashion Hub dimana puluhan brands terbaik dan top akan berada dibawah satu bumbung. Konsep butik yang exclusive di Pulau Pinang dengan harga yang berpatutan. .
.
Apa tunggu lagi, mark up your calender ok?! .
.
19 DECEMBER 2015
⏰ 10 pagi - 9 malam
Malvita Penang
.
Antara brands hebat ialah :
Adleenur
Adora.co
Alhumaira Contemporary
Ashh&Annas
Ammara Official
Anggun Zara
Arricia Core
Bymawaddahizzati
Bynuramirah
Cattleya
Chentaqaseh
Clarameeca
Claseekha
Dewi Anggun Hijab
D'loris
Edast
Elrah Exclusive
Fynnjamal RTW
Heaxabell
Imaan Boutique
Jubah Souq
Leeyanarahman.co
Malady Couture
Marlena Hijab
Medifeet
Mumu Scarves
Nealofarhijab
Neng geulis
Padieka Raccolta
Qaira Hijab
Qoma Boutique
Sincerelybyus Shawls
Shawlforyou
Sha Zaha
Sugarsista
Three_Ns
Wa.Clothing
Wrap Official
.
.
.

SAVE YOUR MONEY FOR MALVITA
.
Ajak kawan-kawan, Makcik-makcik, Jiran , semua lah datang MALVITA PENANG. Tak sabaqq dah ni. .



Wewit hampa....bestnya kan.
Bestnya!!!!
Takut pun ada nak p sebab takut ter over spend kat Malvita...
Mati la mak nak!

Jom hampa kita pakat2 serbu Malvita sabtu ni naaa

posted from Bloggeroid


Ni la tempahan sabun2 comel yang aku hadap selama 2 weeks plus ni...

Bayangkan 2000pcs aku kena siapkan sebab diorg nak wat as doorgift utk Xmas nanti.

Well aku pulak buat sorang-sorang kan. Nasib anak aku hntaq ke rumah bs. Saja la nak bagi Adriana berkawan sama kan.
Pulun la siang malam struggle sorang-sorang. Hari tu masa Adriana demam panas n sakit gums dia tu aku memang ingat kalau kena admit kat Gleneagles memang aku nak refund balik. Nasib Adriana ok lepas p ke dentist semua tu.

So struggle la aku buat sabun ni sorg2. Husband tolong aku packing2 skit ja. Yalah dia pun byk dateline project yang nak kena kejaq ujung2 tahun ni kan.


Tak sempat nak susun-susun dah time ni.

Fuhhh tengok2 semalam badan aku da start panas bahang semacam ja. Malam semalam pun mengigil. Pagi tdi kemuncak aku rsa macam tak larat sangat. Tu nasib aku da removed tonsils aku, kalau tak aku rasa badan aku boleh p ke tahap 39-40 degree C ok. Mandi ais takyah cerita la zaman dulu-dulu.

P la ke klinik tadi nak check tekanan darah sama sebab lately ni kepala aku selalu gak pusing2 ngn migraine lengkap. Nasib tekanan ok ja. Aku ni selalu low blood tu yg aku risau tu. Satg pengsan kat rumah sorang2 pulek dah.

Da siap jumpa doctor semua n tapau makanan sikit. Amir hantaq aku balik ke rumah. And dia bawak Adriana ikut dia p tengok kerja. Fuhh lega papa nak jagakan Adriana hari ni.

Telan ja ja ubat lepas solat Zohor terus aku lena sampai kul 5.30 ptg tadi. Bangun2 tu ok lah skit kan. Dah boleh la packing balik skit sabun2 tu.

Penat tu memang la penat kan. Tapi bila nampak hasil dia penat tu hilang la skit kan.


Cantik tak sabun homemade aku n kakak aku?
This soap stil available tau.
Sesapa nak boleh contact aku teruih na
Dijamin puas hati ok.
Yang paling penting PARABEN N SLS FREE!


Tempahan utk homemade soap doorgift pun masih dibuka tau. Cuma untuk kuantiti yang banyak tu kena roger awai2 la na. Sebab kita produk homemade tau. Bukan produk dari kilang oem naa. Kilang oem lain la tau. So please dont compared it. Nanti dah masuk cerita lain pulak tau.

So sesiapa yang nak order sabun homemade boleh check page kami kat
fb : Kathy's Homemade Soap
Instagram : kathyshomemadesoap

Yang nak order boleh whatsapp 0133363775 ok.

posted from Bloggeroid

Demam

by Alia Farhan, 6:02 PM
Down with fever....
Mmg lemah gemalai dah ni...
Lapaq mcm2 tapi tekak perit bila makan.
Allah tarik nikmat bila kita jatuh sakit ni...
Bak kata pepatah...sakit tu kan penghapus dosa...



Stay tune for more review by me.
Teka kat mana ni??

Doakan aku cepat sihat ya.

posted from Bloggeroid

Wordless Wednesday

in , , by Alia Farhan, 6:10 AM

Mendalam kata-kata Almarhum TJ.
Still can't move on bila dapat tau TJ telah pergi dijemput Allah.

Kagum dengan kekuatan TJ.
#fightlikejalil.

Lagi sedih bila baca rintihan hati bonda Almarhum Raja Zarith Sofia. Itu lah perasaan seorang emak.

It's ok TJ, sleep well now. U had been through a lot of pain. Selamat berehat bersama Sang Pencipta. U are in a good hands now , Tunku.


A very sweet, charming and fighter prince. No wonder why people love him so much!

posted from Bloggeroid

Terpampang la kat media-media sosial macam fb tu bad service hospital kerajaan. Nak beranak kena tidoq atas lantai la. Aduhhhh memang aku takleh nak hadam sangat cita ni oii.

Tu belum lagi cerita misi gila nak tengok konek lelaki. Doktor laki pulak berebut-rebut nak tengok faraj mak-mak nak bersalin. Nah amik kau faraj lagi haaa..

Kalau nak ikutkan pengalaman aku, aku memang check up masa mengandung kat government ja. Klinik Desa Juru n Klinik Kesihatan Bukit Minyak. Sekali sekala ja balik scan kt angah kt HBSB. Pernah 1 kali scan dekat Pearl Maternity kat Penang ni and 3D scan dekat Mahsuri Jitra tu. Ikutkan semua pengalaman aku kat tempat-tempat ni semua ok ja.

Klinik Desa Juru paling lama aku tunggu turn utk misi check heartbeat baby aku semua cuma lah 30 minit. Klinik Kesihatan Bukit Minyak la yang lama berjam-jam pun. Tunggu dari pagi kul 12.30 pun x setel lagi. Perut lapaq n klinik tu pulak panas nak mampos oi almaklumlah klinik lama. Sekarang dah rasmi guna yang baru and I can't wait to try. Tapi bila time doctor check tu ok ja. Siap dia explain satu2. Cari heartbeat baby slow-slow and ajaq aku tengok kaki la jantina la kepala la apa la (walhal aku tak paham n nampak pun okey!

Disebabkan tu jugak la dari nak amik half day off terus jadi full day off. Hahaha. Ater da abih kul 12.30. Nak makan lagi. Pompuan mngandung kan slow. Dah taraf2 ikan paus slow mo la jadiknya.

So bila aku da cerdik sikit. Bila ada check up kat KD n depa nk refer aku ke KK..aku akan mntak check tengah hari. Elok aku keluaq dari kilang kul 1.15 tu. Sampai dalam kul 1.40 mcm tu. Tunggu2 main tenet sat. Pintu bukak aku org first yang masuk. Fuhhh lega. 2.30 da siap boleh balik lena lagi kat rumah.fuhhhh lega wei. Lagi 1 nak habaq na, kat KK biasanya depa pakai system kwasan ok. Contohnya untuk kawasan Juru ni akan kena check up kat KK setiap hari Khamis setiap minggu. Hari lain utk kawasan lain pulak. Jangan la hampa suka2 p terjah tak ikut kawasan. Depa pun ada system depa nak kena follow kak oi. Ni pun untuk kemudahan bersama jugak. Kalau semua mai serentak bayangkan la macam mana jadinya.

Pernah masa mengandung disebabkan false contraction / braxton hicks masa 33 weeks aku kena tahan kat Hospital Seberang Jaya. Mak oiiii masa duk check CTG kat dalam bilik tu aku dengaq la riuh rendah mak2 dalam tu duk mengerang sakit. Ada yang SAKITTTT MISSIIII...ada yang AYOYO...AYOYO. memang riuh la padahal da pukul 1 pgi time tu. Tu belum lagi misi-misi duk amik order tengah2 malam nak makan apa. Nasik goreng kampung la nasik pataya la nasik kandaq la. Aku ni haa telan ja la ayaq lioq.

2 hari kena tahan kat HSJ. fuhhh azab. Dengan crowded nya. Memang diakui la ada misi2 yang cengey macam kena makan dengan tebuan. Ada la yang berdrama ayaq mata sebab sakit. Kalau aku nak bersalin, memang awai-awai aku lari p GH Penang kalau terpaksa. Sebab angah pun cakap GH penang lenggang sebab orang-orang kat Penang byk bersalin kat private. Otak aku memang da set kalau tak sempat lari balik Jitra memang aku p lari beranak kat GH Penang ja lah. Azab aku tengok kat seberang jaya tu. Dah la hospital lama, bilik ayaq pun eerie wei.

Tapi Allah permudahkan urusan aku, masa nak bersalin tu aku ingat lagi time tu baru 37weeks+ so memang aku asyik rasa senak macam nak berak pun ada. Aku memang sungguh-sungguh tahap killer whales dah. Slow mo gila. Perut pun melayut-layut. Aku siap da kawtim la ngan doktor aku sorg tu nak amik MC ja kan. Penat ahhh nak usung perut boyot aku tu kat production. Dengan bau chemicals lagi. Aiyoooo.

Alhamdulillah dapat beranak di HSB seperti yang aku rancang. Layanan memang first class. Hospital pun baru kan. Dapat pulak bilik yang sorang tu. Lega laaaa. Tapi sunyi gak la kan. First and second day tu aku memang xbf lagi Adriana sebab susu tak keluaq lagi. Pastu nanti siap ada misi yang bahagian penyusuan lagi mai courage pasal bf tau. Terharu mak jem oi. Memang overall aku berterima kasih sangat-sangat lah kat staff2 wad bersalin kt HSB tu haaa.

Ok la mai cerita part baby pulak, seingat-ingat aku masa Adriana masuk 4 bulan kot dia ada demam-demam and batuk-batuk. Time tu memang da risau. Mau tak mau memang time tu bawak dia p HSJ. Memang kena tahan la jawabnya, doctors semua ok. But the annoying parts are, kalau ada 10 orang doctors wat ward round, 10 orang la hang kena jawab soalan yang sama. Yang tu memang aku nak bebai gak la. Can't u just read the report. Aku da explained in details habis da kot. But knowing they just following their procedure aku layankan ja lah. Banyak yang menanya pun HO gak. Satg tak tanya kena bambu ngn MO depa pulak. Kesian pulak kan. Pastu part katil rapat2 tu la yang agak sadis. Dah la dengan nak bf Adriana lagi kan. So dari situ la husband aku nekad amik AIA insurrance untuk kami anak beranak. Geng-geng Prudential jangan la sentap pulak aku takmau amik Prudential naa. Aku memang taknak Prudential pun, memang dari awal2 da suruh husband aku sign up for AIA. So stop asking why AIA? sambil wat muka cencorot tu naa.

Ok since da ada inssurance, mesti la sakit nak guna inssurace and check in private hospital kan? Ye dak??? So ada satu time tu Adriana umoq berapa bulan tak tau la. Maybe 1 tahun lebih skit kot kan, demam taknak kebah and ada macam kahak. So kami pun bawak la dia ke KPJ BM ni. First jumpa paeds dia pun aku rasa da fail gila dah! Time tu dia sorg ja paeds kt KPJ tu tapi dengaq kata lani ada peads lain dah. Adriana ni macam besa la fobia apa ntah kalau dengan doctor tu. Baru doctor tu nak check dengupan jantung dia, dia da reyau sekuat-kuat alam. Terus doc tu taknak proceed check. Dia macam takut-takut nanti Adriana teriak lagi. Aiyooo boleh pulak macam tu eh.

So tengah hari tu check in la kat ward. Sebab takut la kan. Diorang pun nak amik sample kahak Adriana sama takut la ada viral infection ka apa ka. Kami stay kat bilik yang 3 orang tu. And esok petang tu kami boleh discharge sebab result kahak dia takdak apa-apa. Can u guess how much they charged us?RM1K++ per nite for 3 persons/room, dah la tak drip apa pun. Over gila nak charge sampai 1k plus macam tu. Memang tobat lahom la nak p aku kata kt husband aku. Dengan bilik tak best nyam doctor pun macam kehampeh-san tu.

Second time Adriana demam panas tak baik-baik kami laki bini decide nak bawak dia hospital kat belah island since husband aku pun keja belah2 sana kan. And aku pun time tu da start tak kerja dah kan. Called our agent, which one to go LWE or Gleneagles? He told ua better for us to go to Gleneagles. Bukan LWE tak bagus. LWE ok ja. Tapi agak crowded since charges dia agak murah. Personally he told us the rate tak banyak beza pun. Nearly the same. So kitaorang pun decide untuk ke Gleaneagles ja.

Kat Gleneagles, paeds yang kitaorang jumpa time tu Dr Chea. Suka cara dia handle Adriana yang kuat menjerit tu. Kewl ja dia. Dia kata takpa menangis pun xpa. But doc needs to check u Adriana. Suka aku. Kompiden kat situ da satu hal dah. Doctor pun cekap n kemas!

And paling best kitaorang stay kt Gleneagles utk 1 bilik sorg tu for 4 days 3 nights tau dak charges dia berapa? Rm2k++ ja. Berbeza tak dengan rate KPJ yang bongek tu? Memang lepas-lepas tu kitaorang kalau Adriana sakit xmau baik2 ja bwak check in ke Gleneagles la. Service tiptop. Doctor cekap. Nurse pun ok. Kalau KPJ tu dulu masa aku kena operation removed tonsils pun aku panggil mngadu sakit kat tempat drip ayaq n ubat tu and mintak tukaq p tangan sebelah da wat muka bagai. Aku lesing kang baru akai. Choi sangat2 lah. Memang menyampah lahai kat KPJ tu!

Tu la kan, pendek kata tak semua hospital kerajaan tu teruk nak mampos sangat. And tak la semua hospital swasta tu bagus gila. Ada yang tak bagus pastu mencekik darah pulak tu. Aku lempang jugak kang.. yang misi2 n doctor bajet baguih tu tak kira la kat swasta ka kat government ka tu bukan masalah hospital tu sebenaqnya. Yang masalah tu depa ja. Nak2 kalau yang keja government tu, dah la tak cukup orang. Pastu kena cover keja 2 3 orang, kalau aku pun mungkin sehari ja aku jadi doctor yang hari lain-lain aku jadi HULK terus ja.

And lagi satu dari kita membebel2 taknak doctor lelaki sambut kelahiran bini kita or misi pompuan basuh anu bapak hampa, baik hampa set kan bila ada anak pompuan nanti bagi depa pelajaran bagus2 and suruh depa jadi MO / Specialist kat O&G department. Pastu anak lelaki hampa pulak set kan la jadi misi lelaki. Boleh dak lagu tu? Negara kita pun kekurangan misi lelaki wei!!!

And satu lagi, kepada pihak hospital swasta tolong lah jangan terlalu mengambil kesempatan dan duk over charges just because of that piece of shit ( inssurance card) wei. Over la hampa ni tauùuuu. Memang la rawatan perubatan mahai. Tapi takkan la 1 malam sampai 1k kot????apa ke menda ni woi?

posted from Bloggeroid

Ada tak kat sini yang suka nak baking tapi mempunyai tahap kemalasan melampau2 mcm aku ni? Malas nak sukat, malas nak p beli itu beli ini?

Dah korang takyah nak risau2 dah. Dengan tepung kek ajaib ni...korang cuma perlu tambah 2 bijik teloq sahaja tau. Aku handwisk ja. Sebab tahap malas nak keluaqkan hand mixer bagai. Nampak tak malas aku level berapa? Dengan sabun homemade punya order aku nak kena kejan, memang tepung kek ajaib ni memang power la.
Haaa ni lah dia tepung kek ajaib tu. Yang ni untuk chocolate moist tau.
Ajaib gila cuma letak 2 bijik teloq sahaja.

Aku as usual lagi sekali pemalas, kukus saja. Untuk sesiapa yang kukus cuma 35minit. Dan untuk yang guna oven, panaskan oven pada suhu 150c selama 10 minit, then baru bake cake ni selama 50 minit ( tapi apa pun depends dengan oven korang jugak...sebab tu la mak jem prefer lagi kukus...lebih moist pun 1 hal)

Amcam?terlioq dak????
Suruh Adriana buat pun dia pejam mata ja buat ni...hihi

Tudiennnnn...ni fav Adriana ni.. sat2 mama nak kek...mama nak kek...mentang2 la da sihat kan...layan ja lahhhhh...


Untuk pembelian, boleh contact 0174597615

Terima kasih kepada BME Enterprise http://www.bungamalam.com
© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS