KM 52.4 Highway Karak - KL (sebelum Petronas Afendi Hill) ditutup kedua belah. Disyaki 4 buah kereta tertimbus.
Banyak lagi kawasan lain yg terlibat tanah runtuh. Tapi ini yg paling teruk. Elakkan menggunakan Highway KARAK-KL Sekarang...


***Allahu. Bagi yang plan nak travel ke Pahang or Pantai Timur yang guna hiway ni please gunakan laluan alternative ya. Risau pulak dengar. Musim hujan dah nak start. Semoga kita semua dilindungi Allah.

posted from Bloggeroid

Wordless wednesday

by Alia Farhan, 1:06 AM

Bincangkan.
Manusia terlalu malas atau....?

posted from Bloggeroid



Tudia aih. 7 E wat gila lagi!!!!

Mulai jam 12am ni 7E membuat promosi harga special dengan nilai rm1 setiap satu barang pada tarikh ditentu kan . seluruh 7e di malaysia membuat promosi ini .

Hanya barang ini sahaja .

10-11 november .
-air kotak vico
-air lipton
-air yeo's
-mister potato
-maggi hot cup
- kotex

17-18 november
-kitkat 2 fingers
-mameebev cool tea
-air kotak harshey's soyfresh
-nescafe
-ubat gigi darlie

24-25 november
-air kotak yeo's yeogurt drink
-goodday UHT milk
-mister potato crisps
-garnier men
-garnier women
-fumakilla

1-2 December
- yeo's laici
-dutch lady UHT milk
-mamee monster
-Mamee chef cup
-l'oreal shampoo

HANYA RM1 SAHAJA . TIADA LIMIT PEMBELIAN .

***lepas SLURPEE , diorg offer ni pulak. Apa lagi esok tengok list kot ada berkenan boleh p serang kan!

posted from Bloggeroid

Ooo anak

in , , , , by Alia Farhan, 12:26 AM
Gila mencabar kot nak homeschool kan anak konon2 nya lah kan.

Kita ajaq A - B -C dia sebuk nak main lego dia. Ok lah oklah. Kesimpulan dia kita belajaq ABC 10 minit dulu jadi la ya hari ni.

Esok kita belajaq lagi. Yang balance kita main-main la ya.


Ajak baca buku jap. Ok lepas da abih baca dia belek-belek buku ni. Ok sudah ma.

So lepas tu mama dapat idea, jom la kita kaler buku. Walaupun tau memang akan tak kaler sangat pun kan!



Ok la bagi la dia pegang n mau sendiri pegang pensil warna tu untuk dia main-main.



Mama pun sama la bergading bahu kaler ngan adriana kan.


Hasil kerja adriana n mama. Ok la kennnn. Pupuk minat dia sikit-sikit. Tak leh nak push dia sangat pun. Biasa la baru 2y 7 m takkan kita nak push dia suruh kaler ikut skema yang diberikan.

At least today she learnt something, coloring which is fun for both of us.
Well maybe mama pun kena beli coloring book yg advance untuk mama kot. Hari tu jumpa kat Borders. Nanti nak p usha-usha lah.

Tu ja nak cerita hari ni.

***Actually tengah usha-usha kindy kt Adriana. Tengah usha jugak progran Permata kan. Banyak bagi feedback syllabus Permata bagus. So why not kan? Menda baik kita terima, menda hat tak elok kita tolak la ye dak? Ada yang pernah hantar anak kat Permata?i mean yg fully owned by Permata?

posted from Bloggeroid

Oklah.
Bagi yang tertunggu-tunggu Part 2 kan ( ehhh ada ka yang tertunggu tu???)
Kali ni more to cerita pasal cable car or nama yg di upgrade kan sky cab! Walaweh sky cab sekarang. Urban gila nama kan. Bahahaha.

Cable car ni da masuk acara wajib sincr husband aku tak pernah lagi naik menda alah ni. Yalah bayangkan member mai langkawi last masa Lima 95 kan...the first Lima i guess. 20 tahun bhai. Jakun jap laki aku cakap!! Kemon la. Dia kena tau Kedah Maju 2010 hokeyyyy. And dia kena jugak tau Kedah tu negeri kelahiran bini and anak dia and tak lupa juga Tun M idol dia tu. Saja aku nak high light orang2 Kedah ni terdiri dari yg cool2 belaka tau

Oklah enuf of that. Kitaorang sampai kt area cable car ni rasa dalam kul 9 or 9.30 mcm tu la. Time tu ada la 4 5 buah biji kereta kat car park tu. Ok lega. Tak ramai. Sampai kaunter time nak beli tu kalih-kalih tudiaaaa da start ramai orang beratoq belakang kami. Pfffttt nasib bek mai awai cik oi. Memang target nak mai awai sbb takut petang hujan kan. Nasib la kalau dak jenuh nak tunggu turn bagai.
Ingat da selesai la part beli tiket takyah beratur rupa-rupanya masa kat nak que cable car tu da ada da orang. Ramai la jugak. Tapi takdak la ramai gila kan. Kalau weekend and cuti sekolah tobat la ramai kan. Ehhh lagi 1 sebelum korang p tu pastikan la cable car tu beroperasi. Mana tau close for maintenance ka. Aku memang kol and check dulu awai2. Risau beb kita p jauh2 tengok2 tak bukak. Menganga la kita cik oi.

Jom layan gambar-gambar dulu na.



Area cable car tu. Dekat2 car park.



Kalau tak silap la sini pun ada resort dia sendiri. Tapi tak sure.


Mak jemah wajib selfie!


Masa tunggu turn nak naik cable car.


Kan da cakap. Orang2 kedah mmg cool weh!


Cengeynya muka anak dara kami weh.



Air terjun apa ntah kat bawah tu. Cantik!



1st pit stop.


Selfie dulu. Dulu selfie kat sini sorang2. Ni da bertiga.


Sky cab!





Naik lagi sky cab utk ke puncak or last pit stop.



Sila pakai kasut yg comfy ok. Sebab last pit stop ni memerlukan korang 8naik tangga yang banyak. Pakai heels? Nangis la hampa nanti.











Tutup time ni. Kalau sapa yang suka nak explore boleh la berjalan kat area sini.



Macam-macam penerangan duk ada. Budak-budak geologi mesti suka and terer bab2 ni.



Wajib selfie laki bini.



Subhanallah. Cantik kan!

Kalau korang nak tau. Untuk sky cab ni harga ada pakej-pakej dia. Ada yang sekali dengan 5d art museum la. Apa lagi ntah. Tak ingat dah.

Pemegang Mykad : RM20
Untuk Mykid: RM15 (atas 2 yo)
Bukan pemegang Mykad: RM40
Dan untuk 5D art museum tu, sapa IC 02 leh dapat murah lagi (orang kedah saja cik nahhhh)

Oklah tu ja nak cerita untuk Part 2.
Bersambung nanti Part 3 pulak na.

posted from Bloggeroid

8Ahhhhh tidak!!!!
Banyaknya rambut gugur!!!
Tengok kat lantai bersepah-sepah dengan rambut gugur!

Stress wei. Bila stress lagi la cepat rambut gugur!!! Then nak wat macam mana pulak kan???

Apapun, basic things kena kenal pasti apa masalah sebenar rambut kita gugur. Antara sebab-sebab utama rambut gugur:
1. Baru lepas deliver baby.
2. Stress.
3. Kekurangan vitamin dalam badan.
4. Berpenyakit tiphoid.
5. Kerap melakukan chemical treatment kepada rambut (yang mungkin tak sesuai dengan kulit kepala kita)


OH TIDAK!!!!

stress kan bila nampak rambut bersepah-sepah dekat atas lantai tu. Jenuh la nak vacuum / sapu setiap masa!!!

Tapi, setiap problem ada penyelesaian dia kan. Mungkin sedikit sebanyak boleh improve kita punya masalah rambut gugur ye dok?

Antaranya kita boleh cuba:
* makan makanan yang tinggi kandungan protein dan zink.
* kurangkan aktiviti mewarna, melurus dan kerintingkan rambut (fav masa zaman jahiliyah dulu permed rambut sokmo sebab perasan cantik. Pastu rambut rosak mnyesal. Tapi pastu permed lagi sampai lebam!)
* jangan pakai wig. Nanti kulit kepala tu pengudaraan tak elok. Sebab tu makin menjadi-jadi rambut gugur.

Ni pulak antara makanan-makanan yang kaya dengan protein dan zink yang boleh diambil oleh kita:
* ayam dan daging
* taugeh
* sayuran hijau
* makanan laut
* ikan

Tapi macam mana kalau da makan semua ni tapi macam tak berkesan?

Haaa kat sini la pentingnya supplement sayang-sayang semua.



Dalam set rambut sihat dan menawan shaklee ni ada :

1. Zinc complex yang penting untuk menguatkan dan mengukuhkan rambut kita.
2. B complex penting untuk kurangkan stress dan pengaliran darah di sekitar kulit kepala.
3 & 4. Revitalizing Shampoo dan Lightweight Conditioner dari Prosante Hair Care untuk rambut yang lebih sihat bersih dan mudah diurus. Hanya yang SEMULAJADI. Tidak mengandungi bahan kimia yang boleh menyebabkan kanser seperti paraben, SLF, SLS dan lain-lain.

Yang penting 1 set ni bertahan sehinggan 4 bulan. Untungkan. Lelaki pompuan dua-dua boleh pakai tau. Dari spent beribu-ribu untuk rawatan rambut gugur korang boleh try supplement Shaklee ni.

Kalau berminat boleh la terus contact hakak ya.

Alia - 0133363775
Your shaklee independent distributor.
Konsultasi free akan diberikan untuk customer-customer hakak sayam tau.

posted from Bloggeroid

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS