The Place Cyberjaya Review

in , by Alia Farhan, 10:34 PM
Hai korang

Wat apa weekend ni?
Tak p chillex dengan kawan-kawan or family ka?

Hari tu aku ada upload kt fb gambar-gambar masa stay kt The Place Cyberjaya. Ramai gila yang cakap cool kan. Actually memang gila cool kot.
Selalu duk tengok kat dalam channel 728 ja kan rumah-rumah cenggitu. Ni haa depan mata ja.



Amcam? Cool tak?

Actually this studio apartment / condo ni belongs to my friend merangkap my make up guru Yana n her husband En Amir. Betul-betul located dekat sebelah Lim Kok Wing Universiti.

Kebetulan kami memang nak kena p amik angah yang baru balik bertugas kt Tanah Haram. Nak stay kt rumah abg kat Seputeh, ayaq pulak ada catuan ka apa ntah. So last minit la confirm dengan Amir ni cakap nak stay. Nasib date yang kami nak ni takdak orang lagi. Siap offer masuk awal lagi sebab takdak orang date sebelum kitaorang stay tu. Tapi as usual bila bawak kenit ni ada ja lah delay dia.

So jom cuci mata ya.






Tangga nk ke atas since studio ni duplex style.






Kat atas ada 2 katil single. Sebenarnya dijarakkan tapi sebab kami bertiga malam first tu. Kami rapatkan katil tu.



Ada ni jugak kt atas tu. Memang konsep minimalis la kiranya.



Dari atas boleh nampak si kenit ni tengah lepak.



Ni pulak kat bahagian kitchen dia.



Ada counter top for 2 untuk makan-makan.



Peti ais ada. Microwave ada.



Induction cooker pun ado.



Ni pulak kat tepi meja tu. Kami simpan barang-barang kami kat sini.



Si kenit bukan main lagi ajak mandi.


Ok ni the best part ok!




Swimming pool!
Sadly tak sempat pun nak bawak Adriana mandi pool sebab everyone macam penat gila n decide to stay at the room. Ni pun sebab aku p amik brownies kat Loone kat bawah. Sempat mengulaq p usha line kat sni.



Cantik tak?



Kat area pool.

Overall :
aku rasa tempat ni sangat cool ok. Owner pun bail hati. Siap sediakan jajan bagai. Air kotak bagai la. P hotel pun xdapat kan dengan harga macam gini. Memang puas hati sangat-sangat kot.

Rating: 4.5 / 5

Price : RM129++

To book boleh usha sini ok.

posted from Bloggeroid

Ecewahhhh

Ni teaser skit tau untuk korang tengok.

Geng #bloggerutara dah berkolabrasi dengan geng HOHO Penang yawww


Wewit.

Untuk pengetahuan korang sekarang ni Hop On Hop Off Penang ada wat promotion untuk beach route dengan city route dengan harga RM5 sahaja untuk pemegang Mykad.

Bagi yang berminat boleh check dekat SINI ya.

posted from Bloggeroid

Hai korang.

Kejap ja dah hari Jumaat kan. Kalau orang yang kerja tu mesti menjerit TGIF kan???mcm tu la aku dulu. Start ja hari isnin bila la nak hari jumaat bila la nak hari jumaat bahahaha.clichè sangat kan

Hari ni kebetulan ada customer mintak COD Vitalea n Vitamin E Shaklee kat Seberang Jaya. Zass pantas ke shaklee and then terus la singgah Border's Tea ni. Tak pernah try pun any border's tea ni. Selalu duk minum bukan kt border dah. Memang kat dalam Siam terus dah. Sana punya stail memang stock potong kaki terus punya. Minum banyak naik menugai rasa dia. Paham dak menugai tu padia? Bahahah. Menugai tu muak nak muntah derr.



Order milk tea ja pun. Ok la besaq gedabai macam ni RM4.50 kan. Lagi aku puas hati dari minum kat mamak tu. Ehhh



Kedai dia kecik ja. Tapi ok la just nice kan.



Few selection of desserts and jajan macam bahulu n popia.



Drinks selection. Okla rasa milk tea pun not bad. Next time nak rasa milk green tea pulak.



Budak kenit ni pulak sebuk la nak main dengan cat kat bawah tu. Larang pun bukan nak heran. Turun arwah tok wan dia la ni suka cat. Skit-skit cat.



Overall aku puas hati la dengan air ni. Banyak kali aku dengan adriana sedut pun tak abih-abih lagi. Kalau kedai mamaks tu kena order 2 gelas siap-siap asing aku ngan kenit ni. Kalau tak memang tak ckup. Dasar kan.


Next time memang akan p repeat lagi.

Korang pulak suka minum apa kat Border's Tea ni?

posted from Bloggeroid


Berita baik untuk kita semua. Kadar baru untuk passport antarabangsa sekarang dikurangkan sebanyak RM100 untuk tempoh 5 tahun. So untuk tempoh 5 tahun cuma bayar RM200 sahaja untuk umur2 ai ni.

Untuk tempoh masa 2 tahun yang dulu dikenakan bayaran sebanyak RM100 telah dimansuhkan.

Elok sangatlah passport kami husband n wife da nak mati december nanti. So boleh la renew sebelum ke Krabi nanti.

posted from Bloggeroid

Terkejut bila tengok kt timeline fb khabarnya ada ibu berpantang terjun dari tingkat 26 sebab stress tak dapat susu kan anak dia yang berusia 10 hari.

Allahu. Sedihnya aku.
Tak cukup dengan tu ada pulak yang jadikan isu breastfeeding ni kononnya la penyebab. Kononnya ibu-ibu yang taksub bf ni la yang jadi penyebab. Ewah-ewah. Sedap-sedap mulut kau ja kan. Pastu pakat-pakat share kononnya ibu2 bf ni penyebab. Adoiyai. Bengap ke apa ni?

Maaf cakap. Selalunya mak-mak yang tengah berpantang ni bukannya stress dengan mak-mak lain yang boleh bf, stress selalu sebab orang asyik cakap topup la fm. Tak payah la mnyusu nanti sebab nanti nak p reja payah la apa ( tak pernah dengaq ka perkataan breastpump bhai???duduk zaman mana ni bhai???)
Tolonglah. Perkataan-perkataan macam ni la lagi mengundang stress kat ibu-ibu yang tengah berpantang. Banyak la lagi perkataan lain yang langsung tak membina. Bukan nak encourage tapi down kan.

Perlu kita tau yang perempuan dalam pantang ni sangat-sangat fragile. Si suami dan kaum keluarga, support lah keputusan si isteri. Beri sokongan moral kepada mereka. Aku sendiri pun pernah berdepan dengan post partum blues, tetiba nangis bila en suami balik penang. Pastu tetiba nangis rindu sebab kat en suami. Pastu abih pantang nak balik penang pun nangis lagi sebab sedih nak tinggalkan mama yang bersusah payah jaga kami 2 beranak masa dalam pantang. Serius weh bukan saja-saja nak p menangis ok! Satgi kol suami nangis-nangis sebab ntah hapa-hapa. Adoyai. Nasib si suami akan selalu cool kan aku.

Aku takleh bayang kalau suami aku jenis wat derk ja dengan aku. Mau jenuh gak la aku.

Si suami di luar sana, post partum depression is real ok! Jangan pandang sebelah mata. Aku ada sorang vendor ni dia cerita wife dia memang kena post partum depression and sampai lani duk depression tak hilang-hilang. Anak dia dah masuk 5 years rasanya and disahkan mild autisme. Bayangkan baik nya dia ni, every month akan p bawak wife dia check up. Anak dia, dia yang uruskan. Dia cakap my wife n kid are all i have, alia. Sebab aku pernah tanya dia tak plan for second child ka. Dia kata i nak tapi my wife dia kena post partum depression masa bersalin dulu. So i memang xkkan paksa dia untuk mengandung and beranak lagi. Wah rasa nak menangis aku dengar. Lepas tu dia cerita pulak anak dia mild autisme. Lagi la aku jadi sebak. Tabah gila dia kot. Aku ingat kan diorang memang nak anak sorang ja sebab biasa kan chinese memang anak sorang dua ja kan. Rupa-rupanya ada cerita disebalik tu tau dak.

Aku ni memang ada tabiat suka p duk belajaq dengan vendor perongkah equipment-equipment aku dulu tu masa duk reja. Kadang-kadang sambil duk testing nak calibrate ka apa memang akan keluar la cerita macam-macam. And cara dia cerita tu, dia agak regret bila keadaan wife dia sekarang. Mungkin he put the blame on himself. Tapi aku cakap aku memang kagum dengan dia sebab dia seorang yang kuat.

So guys ingat, berikan support yang tak berbelah bahagi kepada wife korang. Emosi kitaorang memang tak stabil time tu. This is not a breastfeeding issue!! The post partum blues/ depression is real.

And kepada ibu-ibu yang tengah preggy tu, persiapkan diri anda. Banyakkan pembacaan. Join support group and cari kawan-kawan yang berjaya dalam penyusuan. Sebab aku tak rasa ibu-ibu yang menyusu ni akan bagi korang down. We will support each other.




Picture from Mr Google.


Ibu mana tak sayang anak wei. Baik kau feed bm ke fm ka. Tetap lah kita sayang anak.

Para ibu-ibu sekalian let dig more n more knowledge about breastfeeding. And para bapak-bapak sila lah support bini anda tak berbelah bahagi. Jangan la tetiba cakap bini mengada-gada ka hapa pulak!

posted from Bloggeroid

Tshirt kami #bloggerutara

in , , by Alia Farhan, 7:59 PM

Ewahhhh cantik dak baju kami???

Heee.
Tu ja lah tayang. Bahahaha

Nanti kita cerita lagi naaaa.

posted from Bloggeroid

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS