Eidul Adha

by Alia Farhan, 3:21 PM
Eidul Adha korang semua.



Pic courtesy to Mr Google

Dikesempatan ini, saya, suami dan anak dengan rendah hati memohon maaf di atas segala salah di silap kami.

***setiap kali musim haji ni, hati sayu ja tengok Kaabah dan Masjib Nabawi. Ya Allah bilalah nak dapat jejak kaki ke sana. semoga impian kami suami isteri untuk ke sana dipermudahkan Allah SWT.

posted from Bloggeroid

Wewit
Sapa suka make up angkat tangan!!!

Bagi yang suka make up macam aku ni, kedai-kedai macam Sephora, MAC, Parkson esp yang ada kaunter NARS memang lah kena elakkan diri.
Bukan apa, takut terlupa diri.

Ni pun kes lupa diri terbeli Too Faced punya eyeshadow yang kiut miut ni.
Adoi, mak jem tak leh nak resist lah!


Cute sangat oi packaging dia. Sebab tu aku memang dari dulu mai suka sangat dengan Benefit and now Too Faced pulak dah.



Cantik kan colors dia.



Siap bagi lagi cara-cara nak apply bagai.



Ehhh. Nah cantik gila kan.



Color dia. Menarik. Aku paling suka warna macaron tu. Cantik ok!



Ni aku just pakai eyeshadow warna macaron tu ja. Nak cepat. Malas nak main banyak-banyak warna sangat.



Color pun pigmented sangat-sangat. Suka aih.

Harga: RM115

Kat mana boleh beli ya?

Boleh p terjah Sephora.
Kalau nak aku belikan pun boleh, almaklumlah da jadi personal shopper untuk barang-barang kat Sephora , Nars , MAC bagai.

Nanti untuk eyeshadow color lain yang ada kat pallet ni kalau aku pakai, nanti aku update ya macam mana rupa dia.

Ok lah.
Sekian sahaja update untuk barang make up kali ni.

posted from Bloggeroid

Puasa Arafah

in , by Alia Farhan, 8:43 AM
Jom kawan-kawan Puasa Arafah esok


Besarnya fadhilat dia.

Now ready nak tdoq. Esok nak bangun soq goreng ikan

posted from Bloggeroid


WEHUUUUU

encik somi ku, jom la p serbu.

posted from Bloggeroid

Hi korang,

Dah lama nk upload entry pasal ni. Tapi lupa memanjang. Maaf ya.



Teruja tak nak buat playdough sendiri kat rumah??

Jom tengok bahan-bahannya:
2 cups tepung gandum
1 cup garam halus
1 cup air
1 sudu tartar ( ni aku tak letak pun sebab takdak kat rumah , optional ja tau ni)
2 atau 3 sudu minyak masak.
Food Coloring

Cara dia:
1. Masukkan semua ke dalam satu bekas kecuali air.
2. Masukkan air sikit-sikit sampai dough terbentuk.


3. Uli doh dan bahagikan sama size. Aku buat 5 ketul utk 5 color ya.


4. Ni lepas da letak color maler ya. Uli la doh tu sampai kaler tu sekata ya.

Dah siap, boleh la main dengan anak kan.



Ni baymax hijau. Sebab mak pak dia ijau ok! Hahaha


Buat la macam- macam bentuk asalkan anak kau suka kan.



Ni pulak baymax kat taman. Haha



Kemain kenit ni kan.



Mak pun eksaited lebih nak main.


Yang lebih tu simpan dalam plastic zip lock. Katanya tahan sampai 1 bulan. Nanti nak main boleh amik yang dalam ni.

Texture dia sama mcm playdough yg maheiii nk mam tu haa. Buat sendiri murah ja.

Apa lagi korang, boleh la try DIY sendiri kan.

posted from Bloggeroid

Yahuuuu
Setelah sekian lama menanti buncis renek ni keluarkan hasil.


Finally



Tadaaaaa
Wehuuu da keluarkan hasil.
Yang ni kita simpan kasik wat benih pulak untuk future ya.
Banyak lagi bunga dia duk keluar.
Seronok tu Allah ja yang tau.
Yang gila berkebun ja akan paham. Walaupun secara kecil-kecilan kan.
Cukup la habuan nak makan skit, letak dalam nasi goreng Mat Maslan ka. Hikhik.
Jom usha yang lain sama.
Selamat menjamu mata di balcony kecikku ini.



Kacang panjang yang tak berhenti-henti berbuah.



Sweet pepper.



Landscape pun sendiri-sendiri ja bikin



Peria katak cepatla berbuah ok.



Pokok-pokok bunga ni kegunaan dia untuk divert attention serangga-serangga perosak. Lagi bagus kalau dapat bunga taik ayam or marigold tu. Memang boleh buat companion tree yang sangat bagus. Salah satu kawalan organik instead of using harmful chemical pesticides.



Stress pulak haku sebab kenit ni suka betul main-main ngan batu putih mama dia ni. Haishhh

Oklah. Tu ja lah nak update pasal balcony garden atau urban garden kesayangan aku ni.

Sekian.

posted from Bloggeroid

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS