WEHUUUUU

encik somi ku, jom la p serbu.

posted from Bloggeroid

Hi korang,

Dah lama nk upload entry pasal ni. Tapi lupa memanjang. Maaf ya.



Teruja tak nak buat playdough sendiri kat rumah??

Jom tengok bahan-bahannya:
2 cups tepung gandum
1 cup garam halus
1 cup air
1 sudu tartar ( ni aku tak letak pun sebab takdak kat rumah , optional ja tau ni)
2 atau 3 sudu minyak masak.
Food Coloring

Cara dia:
1. Masukkan semua ke dalam satu bekas kecuali air.
2. Masukkan air sikit-sikit sampai dough terbentuk.


3. Uli doh dan bahagikan sama size. Aku buat 5 ketul utk 5 color ya.


4. Ni lepas da letak color maler ya. Uli la doh tu sampai kaler tu sekata ya.

Dah siap, boleh la main dengan anak kan.



Ni baymax hijau. Sebab mak pak dia ijau ok! Hahaha


Buat la macam- macam bentuk asalkan anak kau suka kan.



Ni pulak baymax kat taman. Haha



Kemain kenit ni kan.



Mak pun eksaited lebih nak main.


Yang lebih tu simpan dalam plastic zip lock. Katanya tahan sampai 1 bulan. Nanti nak main boleh amik yang dalam ni.

Texture dia sama mcm playdough yg maheiii nk mam tu haa. Buat sendiri murah ja.

Apa lagi korang, boleh la try DIY sendiri kan.

posted from Bloggeroid

Yahuuuu
Setelah sekian lama menanti buncis renek ni keluarkan hasil.


Finally



Tadaaaaa
Wehuuu da keluarkan hasil.
Yang ni kita simpan kasik wat benih pulak untuk future ya.
Banyak lagi bunga dia duk keluar.
Seronok tu Allah ja yang tau.
Yang gila berkebun ja akan paham. Walaupun secara kecil-kecilan kan.
Cukup la habuan nak makan skit, letak dalam nasi goreng Mat Maslan ka. Hikhik.
Jom usha yang lain sama.
Selamat menjamu mata di balcony kecikku ini.



Kacang panjang yang tak berhenti-henti berbuah.



Sweet pepper.



Landscape pun sendiri-sendiri ja bikin



Peria katak cepatla berbuah ok.



Pokok-pokok bunga ni kegunaan dia untuk divert attention serangga-serangga perosak. Lagi bagus kalau dapat bunga taik ayam or marigold tu. Memang boleh buat companion tree yang sangat bagus. Salah satu kawalan organik instead of using harmful chemical pesticides.



Stress pulak haku sebab kenit ni suka betul main-main ngan batu putih mama dia ni. Haishhh

Oklah. Tu ja lah nak update pasal balcony garden atau urban garden kesayangan aku ni.

Sekian.

posted from Bloggeroid


Hihihi...
Neno neno...




Cantik dak???
Feeling feeling kajol sat lahhhh.
Tpi hat ni ter kojol haa
Time kawin dulu memang aku tak wat sebab nak simple simple ja.
Time kezen aku bertunang kt Baling kelmarin masa duk kalut malam sebelum tu sempat la menempek sekali haa.
Pandai adik tu lukis kan.
RM10 ja satu tangan macam ni. Kalau 2 belah rm20 ja.

Orang-orang Baling kalau berminat leh gitau. Nanti aku try minta kt kezen aku contact number adik ni.

posted from Bloggeroid

Wahhhh....
Tetiba jadi mcm blog kepoh dot com dot my kan...
Hahhaha....

Tapi sebenarnya sebab suka sangat dek kecomelan Lisa Surihani ni. Memang la aku agak teruja jugak nak tau pasal anak dia. Alahai mesti comel ni kan.



Tengok Lisa preggy pun wat kan aku x sabar nak preggy lagi kali kedua. Tapi plan tu kena hold dulu satttt. Hahahaha. Lisa ni preggy pun relax ja cun melecun. Kalau aku macam mak lampir dah.
HAHAHAHA



Alololo. Cutenya!!! X sabar nak tengok yang close up punya. Tengok dari jauh pun da comel lote. Ini kan pulak kalau dari dekat kan.

Dan dan rasa nak baby lagi. Kalau bukan sebab alahan yang teruk. Allergic abih satu badan, braxton hicks sampai kena tahan kat wad and tak lupa jugak carpal tunnel syndrome, aku rasa memang la aku relax ja nak selalu selalu mengandung ni kan.

posted from Bloggeroid



Tudiennn kat Penang duk ada dah penyakit anjing gila or rabies ni...
P dahhhh.....

Jom baca ni....

Pulau Pinang telah diisytihar sebagai kawasan jangkitan penyakit anjing gila berikutan berlaku dua kes yang membabitkan seorang kanak-kanak berusia 11 tahun dan seorang dewasa berusia 44 tahun.

Sehubungan itu, Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengeluarkan Perintah Suntikan Pencegahan Penyakit Anjing Gila (Negeri Pulau Pinang) 2015 yang memberi kuasa kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk mengambil tindakan sewajarnya. 

“Ekoran daripada perintah yang saya keluarkan, semua langkah yang perlu akan diambil untuk menghapuskan anjing liar,”katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau turut memberi amaran bahawa sekiranya tiada sebarang penguatkuasaan dijalankan, beliau akan mengambil tindakan terhadap pegawai terbabit memandangkan keadaannya adalah mencemaskan dan perlu ditangani segera.

Kes anjing gila atau ‘rabies’ mula dikesan selepas seorang lelaki digigit anjing di Pokok Sena, Seberang Perai Utara pada 8 September lalu dengan kes kedua dilapor pada 15 September di Taman Nelayan, Kuala Sungai Pinang, Daerah Barat Daya berikutan seorang kanak-kanak turut digigit anjing.

Guan Eng berkata, kerajaan negeri bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar,  Jabatan Kesihatan dan pihak berkuasa tempatan turut menubuhkan Jawatankuasa Pengawalan Wabak Rabies untuk memulakan operasi pengawalan dan pembasmian anjing.

“Operasi ini melibatkan penangkapan, pemusnahan dan pelupusan semua anjing yang terbiar di negeri ini. Semua anjing peliharaan turut diperintahkan untuk dikurung, divaksin, ditanda serta dilesenkan sehingga wabak ini berakhir,” katanya.

Guan Eng turut mengingatkan orang ramai yang digigit atau bersentuhan dengan anjing liar agar mendapat rawatan segera dan melaporkan kepada pihak berkaitan.  Bilik Gerakan Jabatan Veterinar boleh dihubungi di talian 04-5041407. – Bernama



LGE pun da bg order kan...so yang berkenaan sila jalankan tugas anda. Risau lepas satu satu penyakit duk ada.

Yang mana boleh kita elakkan kita elak. Nampak anjing hat pelik-pelik kita elak buang la kan.

posted from Bloggeroid

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS