Wewittttt.....
Orang Penang kalau yang jenis sweet tooth tu finally da boleh la p layan korang punya craving dekat Paragon.

Located kat ground floor, korang boleh cari dekat area yang open space tu menghadap ke pantai tu.

Hari tu kitaorang p , memang ramai la. Lagi-lagi pulak weekend kan and baru bukak. So semua orang macam gila la kan nak try.

So joms tengok menu-menu dia.











Mula-mula kitaorang duk kat luaq, tapi ujan tempias pulak. So pindah la masuk ke dalam. Muahahaha. Baru nak feeling-feeling kan amik bau pantai.



Hero saya.



Sambil-sambil tunggu makanan dia sampai.



Kitaorang amik brownies crepe. Rasa dia? Sedap gils oiiii!!! Definitely will come again!!! Hahahaha.



Muka bahagiakan lepas makan cokelat.



Chocolate fountain. Laki aku kata choc fountain ni penting untuk pastikan dapat coklat yang sedap. Aku tanya dia , oo dulu masa blajaq Food Tech ada eh pasai choc. Dia kata tak, ni dia tengok dalam Willie Wonka and The Chocolate Factory. Hahahha. Ngek kan.

Rate : 4.5 / 5.0

*** oh ya. This is not a paid review ya. This is based on my personal review by using our own money. I hope by giving this review will help you guys out there.

posted from Bloggeroid

Giethoorn Holland cuma dipenuhi canal dan trek basikal sahaja.







































Cantik kan?
Macam dalam movie pun ada gaya tengok tempat ni. Tersangat-sangatlah cantik.
Kurang pencemaran sukanya aku!

Sumber: Facebook and Mr Google

posted from Bloggeroid


Amazing kan?
Cendawan tumbuh atas cendawan
Allah Maha Pemurah.
Ingatkan cendawan yg kat bawah tu da tak ok and baru bercadang nak cabut ja.
Sekali haaa , Allah bagi yang lebih baik.



Ni pulak terlambat tuai. Tapi 1 dia saja boleh buh dalam pasta tadi. Kenyang kami anak beranak.



Ni pulak menanti untuk dituai esok.

Ada yang bertanya, taknak jual ke hasil cendawan ni. To be frank, pernah terpikir jugak nak komersialkan kan. Tapi wat masa sekarang cuma jual bongkah cendawan ni sahaja. Mungkin satu hari nanti akan start jual cendawan tiram fresh yang bela kt rumah ni. Who knows kan?

Kalau ada yang berminat nak beli bongkah cendawan, boleh la directly contact aku 0133363775.

Seronok wo dapat makan cendawan fresh fresh macam gitu yaa.

posted from Bloggeroid

Salam korang

Hari ni nak share 1 lagi simple resipi untuk korang try ya
Petai ni memang favourite aku so masak apa pun memang aku suka
Kalau hang makan petai sorang-sorang tak ajak aku, memang boleh wat gadoh woi. Hahahah




Bahan-bahan:
Ikan bilis
Bawang besar / merah
Bawang putih
Ibu sambal ( boleh refer sini ya )
Petai
Minyak masak

Cara:
1. Panaskan minyak , goreng ikan bilis hingga garing. Kemudian masukkan bawang merah dan bawang putih. Aku tak pakai minyak banyak masa goreng ikan bilis, kalau korang guna minyak banyak sebelum masukkan bawang merah n putih tu boleh buang skit minyak tu ya.
2. Kemudian masukkan ibu sambal tu agak-agak cover semua ikan bilis.
3. Bila da nampak salut ikan bilis tu dengan sambal masukkan pulak petai. Biar dalam 3minit macam tu sambil kacau-kacau dia. Dah boleh tutup api lepas tu.
4. Siap dah untuk dihidangkan.

***makan ni dengan nasik boleh terbabas-babas ni. Beware tau!

posted from Bloggeroid

Hi korang....

Sebenarnya dah lama gila nak share resipi eggless bun ni. Yerp doh tanpa guna telur.

Bahan-bahan yang korang perlukan:
250g tepung gandum
1 1/2 sudu kecil dry yeast (aku guna jenis Mauripan)
2 sudu besar margerine / butter (aku guna marjerin jenama Pelangi, ramai otai bakery suggest pakai brand ni)
1 sudu makan susu tepung / susu pekat
1/2 sudu kecil garam halus
1/2 sudu kecil bread improver (ni aku letak saja nak bagi gebu, tak letak pun takpa)
130 ml air suam
1 sudu kecil gula pasir

Untuk topping:
Cheese parut
*** Blueberry ni aku takdak so aku takbuh. Pendek kata topping ni ikut korang.
Gula kasar

Cara-cara:

1. Masukkan 1 sudu kecil gula ke dalam air suam dan masukkan dried yeast. Tunggu sampai yeast berbuih, tu tandanya yeast da aktif and sedia untuk digunakan.
2. Dalam satu bekas besar masukkan bahan-bahan lain dan tuang yeast yang da dibancuh tadi sedikit demi sedikit dan uli hingga doh sekata dan tak melekat.
3. Biarkan doh rest selama 1 jam (doh akan mengembang 2 kali ganda ya. Doh mesti kena tutup ya).


Ni doh yang dah mengembang dengan jayanya ya.

4. Then uli balik doh untuk keluarkan balik udara-udara dalam doh tu.
5. Then bahagikan doh dan uli bulat-bulat dan susun dalam bekas. Bekas tu oles dulu dengan marjerin / butter tau untuk elakkan roti melekat nanti.


Jangan lupa wrap or tutup doh dan biarkan another 45 minutes to 1 hr untuk doh tu mengembang.

6. Sementara tu, panaskan oven pada suhh 180 degree C selama 45 minit ( api atas bawah ya setting dia) .
7. Bila doh da kembang balik after 44 minutes to 1 hr, letak segala topping mak nenek.


Macam ni rupa setelah tabur topping ya.

8. Terus masukkan dalam oven dan bakar 15 minit ke 30 minit depends dengan suhu oven korang. Aku bila da nampak dia nk brown tu aku da keluarkan dia.



Taraaaa.
Siap dah. Sedap oi. Senang ja nak buatnya. Tapi bila M da datang tak guna sesen pun. Oh nak lagi sedap. Masa panas-panas tu sapu sikit marjerin dekat atas bun tu.

Makan ni pastu minum dengan ovaltine. Memang perfect combo oi. Dah lama tak buat. Rasa mcm malam ni nak kena buat la hai.

posted from Bloggeroid

hai korang...

tempat korang jerebu teruk tak? kan aku ada bgtau kami anak beranak batu, selsema, demam semua pakej lengkap. dah dekat2 seminggu da berlarutan. aku la yang obviously kong kang kong kang batuk oi...sadis betul.

dah la dengan jerebu sekarang ni. husband aku cakap dia p keja, nak masuk pulau memang tak nampak langsung seberang sana. penang bridge pun samar-samar ja.

tudiennn teruknya index udara kat penang kan...

macam Pirates of The Caribean ja kan
pictures credit to Google masa Jerebu 2013 kat Penang.

so korang....

apa preparation korang masa jerebu ni?

1) Jangan lupa pakai MASK...ni memang aku wajibkan untuk shuben aku..lagi2 dia merempit kan hari-hari. kesian dia. tapi tu la sayang punya pasal.
2) Minum air masak banyak-banyak untuk elakkan dehydration.
3) Makan buaha-buahan yang kaya dengan Vitamin C untuk pertahanan sistem imunisasi kita.
4) Kalau malas jugak makan buah-buahan telan jer supplement. (sapa nak order Shaklee, boleh roger aku okeh...harga special pnya utk pembaca blog ni)

okey..tu ja nak share ngan korang pasal tip-tip nak menghadapi jerebu ni....

KEEP CALM & CHILL YO
© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS