Ok.
Kali ni nak cerita pasal kedai dobi layan diri atau erti kata lain self service dobi kan.

Disebabkan dari hari balik dari KL haku demam. Maka aku sempat basuh baju sekali ja. Tu pun aku basuh ja, part nak menyidai aku da surrender sebab takleh nak dongak kepala aku bagai so aku pass kat laki aku ja. Memang selalu part-part sidai menyidai ni pass baton kat dia. Muahaha. Untung dapat laki tinggi ni. Muahahehehe.

So hari a lepas, memandangkan petang tu da rasa macam ok skit dah. Maka aku pun gigih la basuh 2 kali full load dan ajak laki aku standby siap-siap jom kita p dry ja kat kedai dobi self service. Bayangkan 2 full load tu kalau nk tunggu kering ntah bila pastu dengan baju yang duk pakai lagi. Masing-masing dalam rumah ni pakai baju pun xnak kalah. Maka jom search kat mana ada kedai dobi self service ni. Check-check ada nu haa kat perda ja. Alhamdulillah

Nama kedai dobi tu BUBBLE LAB

Terletak di 9, Lorong Perda Utama 4, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Malaysia

Senang ja nak cari, sapa suka Emas tu mesti selalu p Kedai Emas Anwar kan. Haaaa kat area situ la dia. Yang kedai emas belah kat kedai pasaraya ekonomi tu. Bertentang ja.

Jom usha skit.




Perghhhh aku kalau student uitm ka memang tahan ja baju bergunung seminggu baru mai basuh time off peak hours.




Washer 14kg and 23kg ada kalau tak silap aku.



Mak jem ni kan memang nak sibuk ja keja dia.



Suka hati dia ja kan.




Siap ada tv and free wifi lagi. So tak la boring sangat kan nak tunggu. Macam kitaorang nk dry ja. Ada la 30 minit gak nak tunggu. Nasib ada cita and wifi. Best la sikit.



Siap ada tempat tukar duit lagi. Tak payah nak pening-pening dah.




Tu baju kitaorang la tu tengah dry. Total bayar cuma RM5 ja. Okla kan terus kering dan wangi. Bestnya kalau rumah ni ada dryer. Mesti wangi dia macam baru lepas hantar dobi.

Tengah misi mengecek laki ku beli dryer ni. Berbaloi atau tak?

posted from Bloggeroid

DIY project

in , , by Alia Farhan, 9:56 AM
Hai korang.

Kali ni nak kongsi DIY project alu sendiri kat rumah ni sambil dibantu oleh partner in crime aku encik suami tercinta.



Ni color asal dia da fade. Ni pun mama yang bagi. Cermin ni da hadap 2 kali banjir dah masa kt Jitra. Masa first dapat kerja kat Penang and masuk umah sewa lama, mama bagi cermin ni untuk aku. So kita make over skit. Kasik spray skit bagi lawa skit.




Ni pulak kitchen cabinet aku, dah lama gak ni guna. Dari ujung tahun 2010 masa start keja kt Ibiden lagi aku pakai cabinet ni untuk letak dapoq gas aku. Rasa macam da bosan pulak kaler tu. Cat la kaler putih pulak. Maktok kata lawa! Tak semestinya kena tukar cabinet baru lawa kan. Janji kena kreatip sikit la kekdahnya.




Ni pulak rack hyllis kat ruang tamu. Color asal dia nampak macam boring skit, too industrial pnya color. So kita spray kaler gold bagi nampak mewah skit. Seriously i love the outcome! Terus nampak mewah kan


Heee.....
So korang suka tak DIY barang-barang kat rumah korang? Bagi aku, kadang-kadang barang-barang lama ni ada sentimental value dia. Cuma kita la kena pandai skit untuk jadikan dia lebih menarik. Betul tak?

posted from Bloggeroid

Food review : Williams Corner

by Alia Farhan, 11:55 PM
Ok.
Ni nak cerita 1 port makan yang best kat KL nuu...dah 2 kali kitaorang makan kat Williams ni...

First time dulu p sebab kebetulan Kedai Murni SS2 yang kitaorang nak p makan tu tutup so kawan Amir bawak kitaorang p ke Williams ni since food depa dua ni lebih kurang ja.
Mau tak sama, adik abang kot. Tapi dengaq kata yang si adiknya tu muallaf yang si abang nya William ni.

Location Williams Corner ni dekat:
Kelana Jaya 3-1, Ground Floor Plaza Mayang, Jalan SS26/4, Taman Mayang Jaya, Petaling Jaya, Jalan SS 26/4, Taman Mayang Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

Nak senang set Waze, kalau hang mereben nak wat terer p cari memang tak jumpa la. Sebab ni memang masuk ntah mana-mana hala ntah. Pastikan battery phone penuh, data tu banyakkkk. Hahahaha

Ok lah, untuk kali ni kami order mixed platter tu ja sebab petang tu sebelum hantar Angah kat Tabung Haji KJ aku da makan dah. Laki aku ja tak makan sangat. Sunggu aku heran, rupa-rupanya dalam otak dia da set ni p makan kt Williams rupanya. So lepas da mandi semua dekat kul 11 malam kami keluar dari Seputeh shoot ke Williams.

Sampai kat Williams da tak ramai orang, kalau tak nak parking pun susah.



Kedai dia relax relax wat peace wat lek ja







Nin diaaaa.
Ada chicken wings, lamb chop, rib, wedges, broccoli bagai. Rasa nya chicken wings ngan lamb chop tu ada la 4 to 5 pieces kot. Yang ribs tu pun banyak gak.




Harga dia RM80 ja!!!! Berbaloi kot!!!boleh 3 4 orang kot. Sedap pun sedap. Tapi sebabkan aku da makan sebelum tu so aku pun tak berapa la nk perform sangat. Rasa rugi di situ. Huwaaaa. Yang tak abih kitaorang tapau bawak balik. Hihi

So masa tengah makan, owner kedai tu Uncle tu mai la. Sembang ngan kitaorang and ajaq kitaorang dip each chicken wings, lambchop, ribs tu ikut sauce yang dia sediakan. Memang sedap sangat!!!

Pastu ada satu couple ni baru sampai duduk belakang kitaorang diorang nak order nasi goreng kampung. Uncle tu kata ishk2 mai jauh-jauh kat William takkan nak order nasi goreng kampung kot. Pastu mai pulak kat meja kitaorang camdek couple tu, ada ka patut mai Williams order nasik goreng kampung!!!!
WAKAKAKAKA!!!! UNCLE U SO FUNNY, UNCLE!!!

tapi betul la, mai William order la yang best-best skit. Nasi goreng dia kalau tengok memang big potion sangat-sangat. Tapi tak pernah try lagi la. Pasta dia pernah try, memang sorang makan tak abih. Jenuh mengelepiaq nak bagi habih. Hahaha


Review:
4/5 stars

Hampa pulak suka makan apa kat Williams?

Ok lah
Sekian sahaja food review untuk kali ni

posted from Bloggeroid

Rabu lepas masa still kat KL lepas hantar angah kat Kelana Jaya utk p Mekah tu.
Esoknya pulak adik smpai dari Jeddah.

So ada budak tu open table sempena promotion dia n sempena bday mama.

Mana lagi yang dekat dengan Seputeh kan mesti la MidValley&The Garden.tuan inginiaa kita dari Jeddah nak belanja Tony Romas, kitaorang on je lah.



Sementara nak tunggu dish sampai jenuh nak calm kan 2 org kenits ni. Nasib sorg kenit lagi kena tinggai kt rumah bs. Macam nk pecah TR ni dengaq sora depa 2 ja.


Jom kita jenguk dish yang diorder



Prawn apa ntah.
Sedap wajib try. Tapi kalau nak wat sendiri ni senang ja.



Ni my husband punya.
Malam sebelum tu kitaorang dah belasah kt William Corner dah. So tak la excited sangat nak makan steak bagai kot.



Ni maktok punya. Wah ribs gitewww



Closed up skit



Ni pulak aku punya. Ikan cod lemon apa ntah. Ok la. Not bad. Dah jemu makan salmon. Try la cod pulak. Selalu tengok cod kt jusco mahai gila kot. Itu yang try tu.



Ni konon-konon order untuk Adriana. Tapi letak bagi Adriana makan dalam pinggan kecik ja. Yang lebih kitaorang yang belasah. Hahahaha



Suprised from TR.







We love u mama!!!

Missin in this picture, Angah and Adni.

Overall rate for Tony Romas:
4/5
Boleh la. Burger dia husband aku order medium pun nampak macam well done. Tekak kitaorang 2 ni makam steak tak boleh nak well done well done sangat.
Yang lain ok la.
Diorang tak banyak main dengan gravy macam kat TGIF. macam TGIF memang menang kat gravy dia yang sedap tu and dia punya daging tu betul-betul ikut macam kita nak. Mintak medium dapat medium. Mintak medium rare dapatla medium rare. Tak pernah la menghampakan.

Ok lah.

Sekian review untuk kali ni.

posted from Bloggeroid

Hari Kebangsaan Malaysia

by Alia Farhan, 10:30 PM


I love my Country!!!!

Selamat menyambut hari kebangsaan kepada seluruh rakyat Malaysia!!!!

I'm sure all Malaysian love our own country...this is our homeland....this is where we were bornt...regardless what color we are.....

So let sing this song!!!!

JALUR GEMILANG!!!


Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua

Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa merdeka
Semarak jaya kami warganya

Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat

Jalur gemilang... di bawah naunganmu
Jalur gemilang... kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia
Jalur gemilang... megah kami terasa
Jalur gemilang... kibarkanlah wawasan
Merah putih biru kuning
Jalur semangat kami semua

Berkibarlah
Berkibarlah
Berkibarlah

Jalur gemilang!

***lagu Jalur Gemilang ni sentiasa menaikkan srmangat patriotik aku...whats ur fav patriotic's song?

And Malaysian...lets stand united as ONE....regardless our race....stay our from racisms!!!!

I LOVE MALAYSIA....
N MALAYSIA IS WHERE I BELONG...

lets fight for the better nation!

posted from Bloggeroid

Demam

by Alia Farhan, 5:47 AM
P kl pun demam.
Ingat da ok.
Tup2 blk kl. Demam blik
Now my body aching like hellooo~~~
But one thing thay brings my smile back to see those plants behave so well during my absence. Allah kan ada



My first kacang panjang. Mcm nk wat nasi goreng kt shuben pagi esk.



Cili solok pun da berbuah untuk kali kedua ni.



My cabai kemetot. Cute n hot



Daun karipole yang segar bugar.



Rose yang merajuk taknak berbunga. Dah pun berbunga.
Allahu sukanya ai



Capsicum or bell pepper da start keluaq buah. Yahuuu

Tomato pulak baru bunga mengecut. Harap2 pendebungaan secara manual tu berhasil la ya.

posted from Bloggeroid

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS