Hi korang....

Kali ni nak share skit macam mana susun atur kat dapor aku yang kecik tu. Almaklumlah umah apartment ja korang. Tapi Alhamdulillah selesa untuk kami 3 beranak.

Untuk pengetahuan korang kat dapoq ni banyak jenis DIY ja. So kena pandai-pandai la hack apa yang patut.



Contohnya, sejak jadi mak-mak ni maka aku pun tak lari dari hobby kumpul pinggan mangkuk. Aduyai. Nasib bukan gila corelle kalau tak mau kena cepuk ngan laki aku ni haa. Oh ya, untuk ni aku susun pinggan aku guna file rack. File rack ni aku beli kt Daiso ja korang. Campoq GST RM5.30 ya. Kalau nak cari, p cari kat bahagian stationary. In Sha Allah situ ada. So dengan guna menda alah ni senang skit aku nak amik pinggan-pinggan yang mungkin berlainan jenis. Kalau susun menimbun tu Ya Allah susahnya la nak amik. Mesti kena angkat semua turun and then amik la yang 1 kita nak tu.



Ni pulak rack Lennart dari Ikea. Aku hack untuk gunakan kat dapoq. Buh bawang aku. And yang kat drawer last sekali tu aku letak vitamin Shaklee aku. 2nd drawer kosong lagi, tengah pikiaq nak isi apa dalam tu...



Ni pulak rack Hyllis dari Ikea gak. Harga dia RM39.90. Ikut description boleh tampung sampai 25kg. So apa lagi sumbat la microwave oven bagai. Berbaloi kot. Berbaloi gak aku angkut dari KL-PENANG. Duduk senget bagai sebab nak bagi muat dalam keta punya pasal. Sampai laki aku membebel-bebel la. Sekarang bila dia tengok hasil aku beli semua ni, baru la muka ada senyummmm. Hahahahha. Tu belum lagi cita aku letak rack hyllis aku kat balcony utk letak pokok2 aku semua. Memang tahan lasak betul. Aku memang rekomen la rack ni. Muahhhh muaahhh sangat kat rack ni. Hahaha. Hoverrr sangat



Kitchen aku wat masa sekarang. Tak tau la akan datang kalau berubah rupa lagi. Tapi In Sha Allah akan menyusul another DIY N HACK project by Alia. Hahaha.

Ok lah...

Saja la nk kongsi. Ruang aku bekerja tiap-tiap hari untuk jamu anak dan laki aku.

posted from Bloggeroid

Nak pinned kt blog sat
Senang nak wat reference.

In Sha Allah tahun depan klau Adriana da ready nak train dia tdoq kt bilik dia sendiri.mana tau kot2 dia nak dapat adik ka hikhik.























Cun tak?


Harap2 cepatlah Ikea Penang bukak...
Senang nak apply konsep Scandinavian kt umah ni.

Sekarang ni boleh reload skit2 la barang-barang ikea pesan kt personal shopper takpun time trun KL wajibun aku kena jejak kaki kt Ikea.kalau tak rasa tak lengkap oiii.
Terapi sangat-sangat tau.
Sambil jalan sambil berangan setiap pelusuk rumah aku tu berkonsepkan scandinavian.
Hahahaha

posted from Bloggeroid


katanya Muslimah Lolita ni dah lama bertapak kat Turkey dan Iran....
aku tengok baju yg org2 kat sana pkai macam sweet ja...
kalau baju dah kebabom gitu...tudung releks2 wat peace sudahhh....


rupa-rupanya pengaruh Harajuku pun boleh tersebar luas ya....
wah2...memang kiut.......


TAPIIIIIIII...............................



bila sampai gini kekdahnya..aku kompius dah lolipop ke lolita ke...zaman Victorian korang ni duduk....
ehhh....sorry dik...
cantik memang cantik...tapi kalau pakai masa Costume party ka sesuai kot...



klau nak jugak pkai baju mcm gini..boleh...tpi part atas kepala tu..takyah la sampai gitu...
dah macam fashion victim akak tengok nyaaa...

akak dulu peminat vintage dress gak...
memang minat la...sanggup p ke bazar2 untuk hunting vintage dress...
ala2 macam gini la pilihan hati ahkakkkk ni haaa...


nice gitewwww

Gift from Japan

by Alia Farhan, 3:42 AM

Tenkiu mak ngah Adriana bagi ole2 dari Japan....

Selalu klau mak ngah p travel/backpack kt Japan...mesti dapat perfume....memang duk standby kata mesti dapat perfume ni....

Sekali kau.....haaa SKII lagikkkkk.....
Tenkiu makngah.....



Tumbler Star Buck Tokyo...



Baju2 kt mek kenit tu sekali...

Dulu masa first2 angah p Japan...mmg aku batak gila la...sruh angah beli baju I LOVE JAPAN tu...lpas tu dia p second time utk backpack ke sana..masa tu aku dalam pantang....aku dapat ole2 unagi 2 ekoq dari sana...perghhh sedappp gilaaa.....dalam pantang aku mncekik unagi.....ada aku kesah?hahahha

Next time betul2 nak kirim LUSH....fuhhhh

Ada sesapa juai lush yg reasonable price?nak try dia pnya shampoo bar la...

posted from Bloggeroid

hi korang....

sebenarnya dah lama gila nak update pasal event yang attend ni...thanks to Dumex-Mamil for inviting me...
agak teruja untuk p ke event..almaklumlah kat Penang ni sangat2 lah jarang sekali ada event yang diorganize and invite bloggers...
hihi...tenkiu ya Mamil....

actually event ni berlangsung pada 1st of August yang lepas...dan berlangsung dekat Hotel Eastern & Oriental Penang..bila dapat2 ja invitation tengok dekat Hotel E&O terus ja agree...hihi...sebab dekat kan...rugi kalau tak p...


layan teh dulu...


makan-makan dulu before start event...





Majlis di hostkan oleh Aisyah Sinclair (mak aih cantiknya dia..kulit pun flawless ja nampak)
not only dat...she also shared her experience with her 2 kids...


Majlis drasmikan oleh Jane Ee, Pengurus Pemasaran Danone Dumex (M) Sdn Bhd.

Semasa majlis ni berlangsung antara isu-isu yang dibincangkan adalah kesihatan penghadaman anak-anak tersayang kita.


************************************************************************************************************************************


Penceramah jemputan Wendy Yeow Kim Sian, Pakar Pemakanan Klinikal dari Pusat Pakar Perubatan Loh Guan Lye, yang berkongsi tentang peranan nutrisi dalam membina kesihatan sistem penghadaman yang baik, dan juga bagaimana ia boleh membantu dalam proses tumbesaran kanak-kanak secara keseluruhannya. Dalam talk ni, beliau ada menerangkan betapa pentingnya pengambilan air (masak) yang secukupnya dan jugak kepentingan fiber untuk penghadaman anak-anak kita.

“Kepelbagaian, keseimbangan dan kesederhanaan berdasarkan Garis Panduan Pemakanan Malaysia adalah kekunci utama untuk nutrisi yang baik untuk kanak-kanak,” kata Yeow, yang berpengalaman lebih 11 tahun dalam bidang pemakanan klinikal.


boleh rujuk table kat bawah as reference untuk kita check balance ke tak pemakanan anak kita


Tambah beliau, panduan ini juga menekankan kepentingan minum air kosong yang mencukupi – kanak-kanak berusia antara 2-3 tahun harus minum 1-2 gelas air kosong sehari sementara yang berusia 4 tahun ke atas harus minum 6-8 gelas sehari.

Kaitan antara Pemakanan dan Sembelit

Sistem penghadaman memainkan peranan penting dalam kesihatan dan tumbesaran seseorang kanak-kanak , dari memastikan penyerapan nutrien yang baik serta membantu fungsi imunisasi . Sebenarnya, 70% daripada sel imunisasi terletak dalam sistem penghadamaniv, yang bertindak sebagai sebahagian daripada baris pertahanan pertama tubuh dan juga sebagai penghalang bakteria merbahaya.

Justeru itu, masalah penghadaman di kalangan kanak-kanak mungkin akan menjejaskan pertumbuhan mereka. Pada masa yang sama menyebabkan masalah sembelit dan masalah pembuangan air besar.

“Ketidakselesaan yang berpunca daripada sembelit boleh bertambah teruk; apa lagi jika ia sembelit yang berulang atau menjadi tabiat. Ibu-ibu perlu menangani masalah ini dengan pantas dan efektif,” kata Yeow. “Selain daripada memastikan kanak-kanak mendapat air dan serat yang mencukupi dalam pamakanan harian mereka, masa tandas yang tetap dan makanan tambahan seperti susu untuk membesar yang diperkuat dengan prebiotik GOS dan IcFOS dapat membantu kesihatan penghadaman yang baik termasuk memudahkan pembuangan air besar.”

************************************************************************************************************************************

oklah...ni aku nak share few useful tips...
macam mana nak kenal pasti anak kita ada masalah penghadaman ka apa ka...
ya melalui stool dia..or poo poo dia or najis dia....

meh usha ni meh

pic courtesy to Dumex Mamil


eleh...geli ker?takyah nak geli sangat lah...bila anak kau 2 3 hari tak membuang..kompem kau akan rindu poo2 dia...poo2 dia ibarat mutiara tau dak...hahahah


ni pulak tips dari Mamil untuk healthy gut...korang boleh refer ok...

so masa event ni jugak ada sesi soal jawab dalam group..kami akan discuss psal masalah-masalah penghadaman anak..so untuk table aku.. luckily kami dapat org kuat Mamil...Jane Ee lagi...so banyak jugak dia shared pasal tips kesihatan penghadaman anak-anak. very useful sangat-sangat

lepas dari discussion tu....kami ada pulak sesi Ibu dan Make Up by Laura Mercier oleh Samson Chan yang juga seorang MUA..
kiranya dia ajar how mother can groom in 5 minutes gituu haaa...lepas ja dari tu..ada sesi bergambar berasmai-ramai...


group photo...


sesi memanjakan diri...tengah tunggu turn ...hihi


dan lagik kan......


kebetulan jumpa sepupu husband yg join event ni..apa lagik..harus la bergambaq kan...


cantiknya Aisyah..gemoknya aku!


amcam?lain tak lepas sesi manjakan diri dengan Laura Mercier? memang saja ja request kaler merah tu..bila lagi nak bagi org make up muka kita kan..Laura Mercier pulak tu....

yang bestnya diap dapat Goodies bag dari Mamil dengan Laura Mercier lagi....

thank you Mamil for inviting me....bagi korang yang nak tau lebih info pasal Mamil...boleh la click MAMIL
banyak tips pasal kesihatan anak korang boleh dapat kat situ...

Update on my urban garden

in , by Alia Farhan, 12:26 AM
Update kat my urban garden di balcony sekangkang kera kuuu...


Ni project re plant ngn my sister...
Akan masuk dalam next project....
Orang penang klau nak beli English Herbs dengan harga murah pasni leh roger ai...okeh?



Batu tak ckup lagi...kena tambah skit



Ni pokok kacang panjang renek...cepat berbuah ya



Tu zucchini, daun bawang ngn kangkung



Ni pulak peria katak.my fav



Pokok tomato



Da berbunga.harap2 lekat la buahnya



Kangkung



Roses n pokok kunyit

Tu ja lah update dr hakak hari ni....
Ni pum da rindu urban garden kt umah kt pnang tu....

Balik mai Jitra...layan urban garden makngah adriana laaaa....

posted from Bloggeroid

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS