Aku sepatutnya heppy sebab aku da berjaya dengan bf journey aku...2 tahun menyusu Adriana dengan susu aku sendiri....

Ya bukan mudah...seriously mmg bukan mudah...lagi2 bila kat rumah..asyik nak mengempeng tak kira masa....even da besaq ni pun asyik..mama susu..mama susu....

Penat!perkataan yang paling sesuai...ya tipulah kalau aku kata aku tak penat kan sepanjang 2 tahun bf journey ngan mek kenit ni...sumpah penat! Sebab tu la Allah pun angkat darjat wanita yang menyusukan anak2 hingga 2 tahun ni...bukan mudah wei...banyak emosi kau nak kena hadap..tu belum lagi emosi masa keja dulu..stress gaban..nak pump susu lagi..nk hadap keja lagi...nak hadap bos ka hapa ka...heeeiiii.....malas lagi nak ingat semua tu....

Dan sekarang ni aku hadap plak dengam emosi nak kena wean off Adriana...serious ni part lagi sedih..sebab kau main ngan emosi diri kau sendiri n dengan emosi anak kau sendiri....perghhh...bayangkan tetiba anak kau mintak susu..kau dalih2 itu la ini la...pastu nanti mula la maktok dia pulak suruh letak pulak akar seruntun la apa la...

Oiiii...sedih oiiiii....
Ya aku penat...lagi2 sekarang ni aku migrainne..denyut2 kepala aku ni...then anak pulak nak susu...aku tau dia tak puas....ni pun tengah2 malam nangis2 sebab tak puas kot minum susu..tapi susu da kurang..maybe sebab aku penat or terlampau stress...lagi2 period pulak...memang merudum la kan...ni pun aku da bangun bancuhkan susu dutch lady coklat untuk dia minum....



Mula2 nampak la dia taknak minum susu tu..tapi aku pujuk2 letak kat mulut dia..last2 dia minum jugak..walaupun tak abih botol 5 oz tu..ada la setengah dia minum..ya anak aku mmg dr dulu lagi pkai botol 5 oz ja...dari zaman hantaq kat umah bonda dia lagi mmg 5oz tu ja...impian aku nak beli botoi besaq ntah bila ntah nak jadi kenyataan kan...

Pastu tepuk2 bontot dia..pujuk2..Adriana kena la minum susu ni...susu mama da kurang..lagipun Adriana kan da big girl sekarang ni....

Hoihhhh emosi okey...
Emosi hakak ni....
Nak lepaskan precious bonding ni...
Bukan mudah...but have to....

Nak wat macam mana kan...
Niat di hati memang nak bf selagi mampu...tapi rasanya da lepas tempoh wajib ni pun da kira ok la kan....
Memang bukan senang nak wat decision macam ni...tapi kadang2 kena jugak wat...
Walaupun hakak tengah berperang dalam hati..bermonolog dalaman bagai nak rak!
Lagi sedih wei kalau nak bg dia isap nenen yang letak akar seruntun kot...
Mama is tak sanggup!

Akhir kata....
To my precious Adriana....
Sorry sayang....
Mama have to ya
Bukan sebab mama tak sayang Adriana...
Mama tetap sayang Adriana...
Mama tetap akan rindu bonding kita dua..lagi2 bila tengah bf tu Adriana suka main2 mata dengan mama...tengok ja mama dengan kusyuknya...
Serious mama akan rindu gila nanti...

Takkan dapat satu moment pun dalam dunia ni akan ganti moment bonding kita yang kuat tu sayang.....




Even Adriana da jadi kakak ka nnt..Adriana tetap lil girl utk mama n papa...




Mama love u sayang!

posted from Bloggeroid

Tips ini asalnya diterbitkan di FB Wall Azizul Azli Ahmad, seorang pensyarah UiTM yang banyak berkongsi tentang pengurusan kewangan peribadi dan juga penulis buku Mudahnya Beli Rumah.

Tahun baru, harga barang banyak yang naik. Suka tak suka, ada barang yang terpaksa dibeli walaupun harganya lebih mahal dari tahun lepas.

Kali ini kamu mahu kongsikan pula 35 cara untuk anda kurangkan perbelanjaan. Semoga apa yang kami kongsikan ini dapat memberikan idea untuk anda berjimat cermat.

tips-jimat-belanja

KURANGKAN PERBELANJAAN

Jika kita tidak mampu tambah pendapatan di tahun 2015 ini, kurangkan perbelanjaan.

1. Batalkan langganan Astora anda
2. Guna lampu led
3. Kurang guna handphone
3. Berhenti beli majalah, akhbar dan mastika. Baca online saja
4. Hentikan keahlian gym atau golf anda, padang taman percuma
5. Bandingkan harga sebelum beli
6. Guna email ianya percuma
7. Beli barang dapur dalam jumlah banyak
8. Kurangkan wang dalam dompet
9. Banyak dirumah dari di pasaraya
10. Perpustakaan itu percuma
11. Jangan ke restoran sebaliknya ke gerai saja.
12. Pergi kedai seminggu sekali
13. Patuhi peruntukan belanja anda
14. Beli pakain hujung musim
15. Barang terpakai bukan dosa
16. Sewa bilik jika kita bujang
17. Jangan beli kereta jika masih bujang
18. Berhenti kesalun dan spa, potong timun letak dimata
19. Teliti kembali takaful anda, jangan sampai lebih belanja
20. Bawa bekal tak mengapa
21. Air kosong tetap sihat dan nikmat
22. Jangan merokok
23. Naik kenderaan awam, banyak awek di dalam
24. Kawasan perumahan yang lebih murah
25. Tukar jenama lebih murah
26. Hanya satu kad kredit had terendah
27. Mintak diskaun sebelum bayar
28. Beli bila ada diskaun
29. Tukar kenderaan kepada viva saja.
30. Melawat tempat yang percuma.
31. Beli bila ada tawaran saja
32. Henti beli dan belah
33. Nak jimat buat ulam, makan timun yang letak dimata
34. Kuih raya 3 jenis saja, siapa makan banyak kena denda
35. Baju raya untuk kanak kanak saja

Sila tambah apa yang anda lakukan, mungkin membantu yang lain.

Tidak semua orang bijak tambah wang, jika kita belum mampu mulakan dengan berjimat dahulu.

Wallahu A’llam

posted from Bloggeroid

Annoying

by Alia Farhan, 10:30 AM
Lately ni aku rasa annoying sangat2....
Dengan somebody.....
Contohnya....

Bila aku upload gambar aku selfie...
Nanti dia cakap...make up da cantik...
Tapi tudung tu herottttt sangat....
Ehhhhh.....

Pastu bila aku...
Upload gambar makanan ka apa ka....
Nnt dia cakap ehh mmg wat macam tu ka...kita belajar tak macam tu pun....

Errrrŕ.....
I find it annoying...
Yer..tudung aku herottt...mmg trademark aku dr dulu pkai tudung herotttt(ehhhhh)
Yer...mak aku ajar aku msak mcm tu...dah kenapa kau nk kna ckp kau blajar mcm laen......ehhhhh.....

Malas aku...nak layan.....
Bo layan sudaaa

Tadaaaa....

posted from Bloggeroid

Resipi: kimchi mudah

in , , , by Alia Farhan, 8:12 AM

3 balang kimchi ni sekali buat haaa
Puasss hati...

Sejak dua menjak suka sangat nk wat lacto fermentation food ni...n kimchi is one of them....

Oklah...
Nak tau cara2 nak wat dia dan bahan-bahan dia?
Meh usha meh

Bahan-bahan

Untuk sayur:
Kubis cina
Carrot
Lobak putih/radish
Daun bawang
Garam

Untuk paste 1:
Tepung pulut 1cup
Gula 3 sudu(ni utk feed bacteria korang utk wat keja dengan efektif ya)

Untuk paste 2:
Sos ikan 1 cup(ada yang guna budu tapi sbb mama aku ajaq aku guna sos ikan maja gunskan sos ikan)
Bawang putih 2 labu
Halia panjang jari telujuk korang
Bawang besaq(aku guna yg betl besaq terus..so aku guna 1 labu yg besaq tu ja)
Serbuk cabai/cili

Cara- cara

Untuk sayur:
Kubis cina tu aku potong-potong macam dalam gambar ni...cuci betul2 dulu before potong gini



Then toskan dia smpai air betul2 kering...
Baru masukkan dalam bekas macam ni dan tabur garam bagi sekata.then wat layer by layer macam tu...kubis garam..kubis garam..gutuuu...pastu kau tindihkan kubis yang digaramkan tadi tu dengan penutup and menda berat(aku guna lesung batu jaaa)
Ni orang panggil process osmosis...nak remove water dalam kubis cina tu..sebab tu la kena letak menda berat skit baru cepat..aku wat dalam 4 jam macam tu..
Lepas 4 jam bilas 3 kali dengan air biasa..nak bagi hilang rasa masin tu..kalau terlalu masin boleh bilas byk2 kali lagi...
Ok...pastu kubis tu korang toskan la..sampai la air semua da keluaq...xmau la ayaq banyak2 kan...
Boleh wat reja lain dulu sambil nak tunggu kubis tu kering sikit...
Oh ya potong carrot ngn radish tu macam bentuk mancis gituuuu....sama gak ngan daun bawang...potong panjang...cuci dan toskan 3 menda alah ni...

Untuk paste 1:
Larutkan 1 cawan tepung pulut dengan air dan masakkan...guna api slow ja sampai la pekat...dan kacau jangan tak kacau ...dekat last2 tu masukkan gula naaa...tunggu la sejuk...ok?




Untuk paste 2:
Blend semua mak nenek bahan-bahan kat atas tadi tu...
Tunggu paste 1 tu sejuk dan combine kan sekali...

Semua da siap..dah boleh combine sekali paste yang ada dengan sayur-sayur tadi



Da siap dah..
Fermented la utk 1 hari mcm tu...
Pastu pindah la masuk jar baru segak bergaya skit kimchi ku...haha



Dan malam ni aku da belasah dah kimchi dengan nasik panas n sambai udang...
Perghhhh sangattttt....

Ok lah..
Tu jaaa cara2 nak wat kimchi....

Tapi klau hampa malas nak wat..meh la beli ngn hakak niiii....
1/2 kg RM12 saja...
Dijamin halal dam toyibban gituuu


Hat ni da ready nk jmpa buyer dia da esok....

Klau selain dari penang..boleh ja poskan..tambah rm9 jer....

Ok lah...babai...
Gtg na

posted from Bloggeroid


Ni la dia retak seribu goreng pedas yang less then 10 minutes nak msak dia...
Aku tak sure korang panggil ni apa..tapi kat tempat aku mmg panggil retak seribu.maybe sebab tgk kat shell dia tu mcm retak2 kan...

Ok lah....
Jom kita usha bahan2 dia...

Bahan-bahan:
*siput retak seribu(kalau nak ganti ngan kepah ka lala pun boleh jugak)
*garlics yang siap dipotong
*ibu sambal(sebelum ni da bagi resipi dah)
*sos thai
*kicap ikan
*daun selasih or thai basils omputih panggil... (nak ganti ngan daun limau purut pun boleh..tapi effect n bau dia lain la skit kan)
*minyak (sikit ja...utk menumis ja) tapi kalau guna minyak kelapa...perghhh dia punya wangi n sedap tu lain macam weh
*gula
*garam

Cara-cara:
1. Panaskan minyak, tumis garlics hingga naik bau.
2. Masukkan ibu sambal dan sos thai, masukkan siput retak seribu.
3. Then masukkan sos ikan, biarkan seketika. Jangan tambah air ya. At first memang akan nampak takda kuah. Tapi nanti air dari siput tu akan keluar.
4. Then seasoned to taste.

Dah siap weh...
Modai tak sampai rm9 kot...
Makan kt kedai siap la mendapat..
Ni hrga beli siput ni sekilo baru rm8 ja..
Makan puas hati...
Tu la best nya homecook ni..
Makan puas...
Muka ada sunyum lah

posted from Bloggeroid


Tengok gmbar ni pun da telan ailio wehhh....

Hampa tengok gmbaq ni drooling dak???

Oklah..jom kita tengok bahan2 dan cara wat

Bahan:

Untuk udang goreng
*udang besar
*kunyit
*garam
*minyak untuk menggoreng
Bahan-bahan kat atas ni untuk menggoreng udang ya

Untuk kuah:
*minyak sedikit
*butter 2 sudu
*garlics yang dicincang
*daun kari
*susu sejat/fresh milk pun boleh
*cheese keping /cheese parut(tak kesah sangat jenis cheese..asal bukan cream cheese)
*garam sikit
*gula skit

Cara-cara:
1. Goreng udang seperti biasa, angkat dan toskan.
2. Untuk kuah, masukkan sedikit minyak dan butter(guna api slow sbb bila letak butter, cepat hangit).
3. Tumiskan daun kari dan garlics cincang, masukkan susu sejat/ fresh milk.
4. Masukkan sedikit garam dan gula, seasoned to taste.
5. Lastly masukkan cheese, kalau kuah terlalu pekat n korang nk kuah banyak, masukkan air skit biar jap.
6. Tutup api....curah kuah atas udang goreng tadi.

*makan ngan nasik perghhhh Ya Ampun....jadi la 2 genggam atau 3 genggam...abih diet noks!

posted from Bloggeroid

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS