SYARAT PENYERTAAN

1) Mestilah follow blog ini telebih dulu

2) Follow Instagram @aliafarhan
3) Like PAGE VANILLA FREAK

4) Follow Instagram @kathyshomemadesoap
cari gambar ini dan tag rakan anda
5) Like PAGE KATHY'S HOMEMADE SOAP

6) Buat 1 entry bertajuk 'Giveaway Kathy's Homemade Soap by Alia'

7) Dalam entry tu, copy semua info dalam entry ini

8) Tinggalkan link penyertaan pada comment entry ini

9) Komen dalam penyertaan ini masalah kulit yang dihadapi ( kering, ekzema, berminyak, berjerawat dsb)



1 HADIAH UTAMA:

Produk homemade soap bernilai RM50.



3 HADIAH SAGU HATI:

Produk homemade soap bernilai RM25.




Supermom??? Am I???

in , by Alia Farhan, 12:06 AM

Every mom rasanya admit kita ni da jadi macam Supermom kan...
Yeahhh i know.

Yang bekerja dengan cara bkerja yang tak bekerja lagi la 24hrs NON STOP house chores....

Seriously lately i feel like i'm a bad mom. Fyi, aku da start hantar Adriana ke rumah pengasuh, called her tok mama masa December hari tu. That was a month before I started working/worked again(but now da tak kerja balik dah...work for myself now). That December menimbun-nimbun tempahan homemade soap aku masuk. Bayangkan 1000pcs of Xmas doorgift aku kena siapkan. Dengan nak ke Krabi lagi. Pftttttt. Gila wei gila. At least time tu aku memang all out gila kat soap ja. Cukup time hantar Adriana ke rumah tokmama dia and then ckup pukul 6 aku pick up dia. Balik rumah layan-layan dia sat, dia tidur and then aku siapkan balik soap aku. Gila gak lah time tu.

Ting tong gak aku. Pastu January lepas seminggu balik bercuti dari Krabi, start ka bertugas as Engineer (dambaan masyarakat la sangat..haktuihhh). After several weeks, aku da tak boleh go on dengan kerja aku tu. Ada sebab musabab yang aku rasa aku patut keep it to myself only.

Then by the end of February aku da FREE again. Tempahan sabun, Rosetyara glow fd & honey bee masuk mencurah-curah. Alhamdulillah la kan.

Sebelum aku resigned husband ada tanya aku, aku nak jaga sendiri Adriana or nak terus hantar rumah tokmama dia? Aku decide untuk stil hantar dia ke rumah tokmama dia. Bukan sebab aku nak lepas tangan. NO trully sebab aku rasa bila dia start duduk dengan tokmama dia, dia da pandai bergaul. Kalau tak asyik menempek kat aku ja. N kalau dia duduk fulltime dengan aku, aku takut aku tak dapat nak focus 100% dekat dia.

Ya lah, aku seriously bukan seorang yang multitasking. I need to focus on one thing rather than berlagak jadi multitasking and end up semua hancussss. So aku taknak aku punya tumpuan kat Adriana tu hilang. At least kat rumah tokmama dia ada Kiki n Hanania. Boleh gak dia berkawan-kawan. Kalau dengan aku, nanti dia kacau aku wat reja aku mula jadi tarzan. NOT GOOD...NOT GOOD...


Mak mana yang taknak spend 24hrs dengan anak sendiri ya dak??? Tapi kemampuan aku terbatas.. memang kalau boleh nak sangat jaga dia sendiri. Tapi sedar kemampuan aku yang tak berapa nak multitask ni. Lagi nak melayan customers punya peel. Lagi nk.packing barang...packing n wrapping sabun...belum cerita lagi nak p pos barang lagi. Paham-paham ja lah. Kalau nak angkut anak sekali ke poslaju ni. Susah tu satu hal. Bahaya pun satu hal. Lagi2 kalau orang da aim hang bawak anak kecik kan selalu ke poslaju. Bodo-bodo buat kerja macam ni tengok2 da pukul 2 3.

Bila anak balik tidoq awai maka aku pun aku sayu ja rasa hati ni. Dulu masa duduk dengan aku kul 1 pun xtidoq lagi. Sekarang ni awal betoi mek ni tdoq. Takpa lah kakak. Hari jumaat ni takyah p rumah tokmama ok. Kakak stay ngan mama ja kat rumah.


Sometimes we have to choose to this or to do that so that we can have the quality one rite???
Bukan senang nak jadi supermom. Dan bukan senang nak senang ya anak mama sayang.
Hai...
Bersambung kembali dari entry yg lepas.
Kali ni nak cerita sambungan pasal entry Koh Lipe yang dirindui tu.

Maafkan makjem kerana kesihatan kurang memuaskan 3 4 hari ni. Demam+ eyes infection and now sore throat macam nak terkeluaq kerongkong ni rasa.

Tapi takpa. Demi blog tersayang makjem gagahkan jugak menaip untuk sambungan di Koh Lipe hari tu.

Ok seperti yang hampa semua tau petang sampai2 kat Koh Lipe tu semua orang da penat gila and masing-masing terbongkang kt dalam hotel. Suami and anak dah jauh belayar. Makjem??? Apa barang lena awai. Meh kita explore apa yang ada kat Koh Lipe ni.

Jalan2 kat area Pattaya Beach ja. Sepanjang perjalanan dari hotel ke beach side tu akan jumpa la macam-macam kedai. Ala-ala macam street market gitu. Tapi yang bestnya no car, setakat taxi motor tu ada la ya. Tapi bila malam no taxi (motor) dibenarkan lalu kat kawasan tu.
Time ni rasanya da pkul 5.30ptang diorang. Dalam lebih kurang pukul 6.30ptang waktu Malaysia.

Time2 ni dah ramai orang start keluar lepak2.

Siap ada clinic lagi. So hampa tak perlu risau ok!

Fresh seafood. Sedapnya!

Koh Lipe yawww....
Rindduuuu pulakkk dahhh

Punya ramai umat manusia oiii.

Langkawi->krabi->phuket->koh lipe semua selipar ni dah sampai.

Selfieeee....
Wajib la berlatar belakang kan long tail boats di Koh Lipe kan

Welcome to Koh Lipe, Alia!

Lepas ja selpie merata2 dan tangkap gmbaq merata2 maka baliklah aku ke hotel. Kalau stay kat area Pattaya Beach ni semua walking distance ja. Kedai makan, 7eleven, kedai runcit semua dekat2 ja.

So balik hotel rehat sat, malam tu turun balik sebab nak survey2 pakej utk snokerling semua. Sekali harung la nak dinner sekali. Untuk snokerling after survey2 and lepas wat kira2 balik, aku n amir agreed utk amik yang sewa asing dari pakej. Selalunya kalau pakej 550B per person untuk 5 pit stops. Tapi kitaorang decide untuk pergi asing dari pakej. Kami sewa boat untuk kami2 ja. Tapiiii kami kena amik 2 boats sebab kami ramai. 1 boat depa charge 1800B so kalau 2 boats dalam 3600B tak termasuk sewa snokerling set and makan. So after nego2 ngan Siam tu kami mintak dia sediakan semua sekali dengan makan. Total dia amik 4950B saja. Ok la chatered 2 boats khas untuk kami saja. So kalau kami rasa nak balik awai, kami xyah nak tunggu2 orang lain dah. Rasa nak snokerling lama kat sini boleh stay lama. Kalau pakej soryyy beb nan hado la lagu tu.

So malam tu plan awal nak la makan-makan goreng-goreng gitu. Tapi ntah macam mana dah ada yang masuk kat tempat yang roti canai tu. Konon nak jimat. Ciskek betul roti canai nipis mcm kertas rega pun mahai nak mampos 60B ok. Last3 dari nak jimat kena katok 970B total makan dengan air semua. So nasihat aku tak payah la nak makan menda2 merapu gitu. Baik p makan nasi goreng 120B terus ja.

Dari nak berjimat terus tak jimat. Balik tu tapau pulak nasik 1 bilik sebungkus. Terbang lagi duit. Nasib la nasik goreng dia banyak ok. So kenyang la skit. Sebelum balik tu memang menyinggah 7E terus beli roti, sardines dan mayo. Esok pagi da plan breakfast roti sardines ja. Jimat oii jimat.

Oklah....
Bersambung nanti yek.
Batuk kemain lagi dah ni.




Ok kali ni makjem nak cerita pasal menu favourite makjem...
Tak lain tak bukan lidah masak merah.
Kedai xdak la menu ni cik oi. Kalau ada pun pernah jumpa kt Hatyai tu pun sejemput ja. Coiii betoi.

Apapun jom kita check bahan2 & cara2 nak wat dia.

Bahan-bahan:
•lidah lombuuu yang da direbus
•minyak untuk menumis
•pewarna merah
•bawang holland
•bawang putih
•cabai melaka
•sayur2 yang hampa rasakan sesuai (makjem malas time ni so tak bubuh)
•sos cili
•sos tiram
•nam pla (kicap ikan)
•serbuk perasa

Cara-cara:
1. Potong nipis lidah yang da direbus dan lepas tu masukkan pewarna dan gaul dengaj lidah yang da dipotong tadi.
2. Panaskan minyak untuk menumis bawang putih.
3. Masukkan lidah yang da diwarnakan tadi. Hahahhaha.
4. Agak garing skit masukkan sos cili, sos tiram dan nam pla.
5. Then masukkan bawang holland dan cabai melaka and tak lupa jugak serbuk perasa.
6. Dah nampak sebati elok siap la tu.


Fuh terlioq pulak tengok gmbaq ni.



Haishhhh....
Tak tau nak start dari mana eksheli...
Macam aku cakap sebelum ni...
Ni memang tersangat2 unplanned!

Hari Selasa lepas husband aku kol dr office dia tetiba tnya apa plan weekn ni. Aku pun mcm errrrrmmmm...dia ni nak wat apa pulak dahhh....

"B, kalau p Koh Lipe khamis ni mau dak????"

"What????!!!are u kiddin me???u mean esok lusa ni???"

" yahhh..betul."

" seriously??? "

" ya berapa kali la nk habaq cik oiiii"

" hotel macam mana?everything da book ka?"

" nope"

"Then?"

"U tlg survey now..i pun survey"

" wokeyhhhh"

And kalau hampa nak tau kami booked hotel on Wednesday lepaih...khamis nk ke Koh Lipe da dari Penang.
Agak gila di situ.. tapi makjem suka ja laki wat gila macam ni kadang2...afterall, it's Koh Lipe kot...
Thailand's Maldives kot....

So untuk pengetahuan hampa semua, kalau nk ke Koh Lipe ni there are 2 ways, one from langkawi and the other one from Pak Bara.

So kitaorang memang p Koh Lipe ikut Pak Bara ya. Lebih jimat n sepp. Kami drive all the way from Penang to Pak Bara.

Bertolak kul 8.30 pagi macam tu. Singgah bfast kt RNR Gurun and then teruskan perjalanan sampai ke Changlun buat insuran kereta utk bawak masuk n tak lupa jugak tukaq duit kat situ ja.

So kami masuk Siam ikut Wang Kelian Perlis, lagu dekat kalau nak ke Pak Bara ya. Tapi Ya Allah jalan dia berbukit2.. boleh tahan laaa.

Ni check point imigresen malaysia ya. Memang kecik comel ja check point kt Wang Kelian ni.

As usual la kalau kat imigresen thailand tu hampa kena turun dari kereta n p tgkp gmabaq hampa seketoi2. Tak maju langsung.. cehhhh

Check point kt Siam

Masa kt Wang Kelian ni...drebar2 pakat beli sim card baru. Senang nk Waze p ke Pak Bara.

Dari Wang Kelian Pak Bara ada kot dalam sejam macam tu kalau tak silap la.


Ni da sampai area Pak Bara dah. Untuk pengetahuan hampa, Pak Bara ni terletak dalam wilayah Satun. Banyak org Islam kat sini. Siap ada yang boleh cakap Melayu lagi.

Aku masuk2 Siam teruih ajaq Adriana mengira dalam Bahasa Siam. Hahahha.
Ironik sangat. Connected to the land sangat oiii.


Sampai2 ja kt area Pak Bara pnya jetty tu akan ada la ulat2 tiket yg kejaq hampa. So hampa stay kool. P ja beli tiket kt kaunter teruih. Sebab depa ni agak jilake charge kita mahai nok. Kami kena dewasa p balik sorang dalam 1200B and kanak2 depa charge 3 orang, sorang 800B p balik. Aku baru tau yang hotel boleh arrangekan p balik cuma 900B ja. Beza banyak kot. So lesson learnt ..len kali mintak hotel arrange kan terus ja... senang and murah.
Total kami kena bayaq untuk speedboat adalah 18000B

Si kenit dengan papa. Ni masa dari jetty Pak Bara ke Koh Lipe ya. Perjalanan dalam 1hr 30min. Sapa yang stail mabuk laut tu stand by la plastik ya siap2.

Sakan kt dalam speed boat.

Kakek & fiza's family.

Ni da sampai dekat jetty Koh Lipe ya. So kat sini kena bayar lagi 200B sorang. Tapi adults ja.. kids no need. Anddddd... kat sini gak hampa kena bayar duit tiket long tail boat utk ke beach Koh Lipe tu.
Another 50B for adults.
So total kat sini=250×7 kami kena bayaq hari tu.
AND NAK PESAN, resit Taman Negara tu jangan buang. Sebab nanti nak p snokerling kena bawak ya resit tu. Kalau dak nanti kena bayaq lagi ya.

Cantik gilos kan????

Kusyuk kenit ni.

Kat dalam long tail boat.

Crystal clear water. No wonder la depa panggil Thailand's Maldives!!!

Ok da sampai kt beach tu. Sila la menapak ke hotel ya. Untuk pengetahuan hampa ada 3 sides tau kat Koh Lipe ni. Pattaya beach, sunrise beach and sunset beach. Kami punya hotel kat Pattaya beach ja. Centee of attraction gitu sebab memang dekat tengah2 n walking distance ja ngan Nite Market n kedai2 makan.

Untuk pengetahuan hampa kami stau kat A Plus Hotel.
Untuk pengetahuan hampa, hotel ni dibuat dari blok2 kontena. Merasa la duk dalam kontena. Oh ya untuk backpackers dunt worry hotel ni sediakan dorm unit untuk hampa. Tapi toilet kat luaq la but stil toilet tu aku p usha comfortable la. Kebersihan pun terjaga. Oh yang kami duduk tu bilik2 private macam tu kat tingkat 2 ya. GF and 1st floor utk dorm ja. Dah lama tak rasa tak naik 3 tingkat kan. Amik hang. Tapi ok ja. Exercise skit la alia oiii.

Sampai2 tu terus masak megi. Gila lapaq kot. Last meal pagi. Time tu dah kul 4 thailand. Lebih kurang 5 time Malaysia. Nasib bawak cooker. Tapi as usual la aku memang takleh sangat megi bodo lagu tu. Tak bubuh sayoq ka apa ka tekak taklen nk menelan bhai. Ya lah 5 tahun duk SAINA asyik jejai megi guna ayaq panaih water cooler. Kenot wei kenot. Sebab tu bila aku masak megi, megi aku akan lengkap bertumis, lengkap ngan sayoq dan umpan2 sotong ayam udang dll. Hahhaha.

Disebabkan laki aku tau perangai aku, maka dia pun lalu turun membeli nasi goreng kt bawah tu. Fuhhh 120B ...nasib sedap...habisss bhaiiii.

Lepas da kenyang semua...
Semua pakat duk lena...
Tinggai aku ja tak lena2...

Ok lah,
Bersambung....

Unplanned island getaway

by Alia Farhan, 5:10 PM

Haiiii
Makjem bersiaran dari Koh Lipe....

Stay tune for travelog to Koh Lipe by makjemmmm..
© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS