Tiada sesiapa memahami sakit senggugut, kecuali wanita.
Tiada siapa memahami sakit mengandung, kecuali wanita.
Tiada siapa memahami sakit bersalin, sama ada normal atau
ceaser, kecuali wanita.
Even dalam proses pecah dara pun, tiada siapa yang tahu
sakitnya pecah dara, kecuali wanita.
Bagitahu saya, adakah pengalaman2 yang mereka lalui ini
terlalu enteng? Terlalu minimal? Terlalu sedikit?
Lalu berhakkah satu2 pihak mengatakan wanita berpantang ini
hanya melalui salah satu proses yang BIASA? Tidak perlu dijaga? Tidak perlu
dimanja? Tidak perlu berpantang?
"Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas
bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid." Sungguh tinggi darjat
wanita.
Lalu mengapa ada wanita sendiri yang mengabaikan darjat yang
disediakan untuknya?
Mengapa ada suami yang dengan senang-lenangnya melayan ibu
di dalam pantang seperti hamba?
Jangan hanya kerana sang ibu sudah boleh berjalan, boleh
makan, boleh tersenyum, boleh ketawa, kalian menganggap dia kuat. Sedangkan
kalian tidak dapat membayangkan bagaimana nyawa mereka dihujung jantung semasa
meneran dan mengeluarkan bayi mereka di dewan bersalin. Sedangkan kalian tak
tahu bagaimana perut mereka dilapah 7 lapisan, termasuk rahim dihiris, satu
persatu demi menzahirkan seorang anak.
Dan kepada wanita. Rahim anda hanya sebesar buah pear.
Disitu anda melayan suami saban malam, mengeluarkan darah haid saban bulan,
mengeluarkan bayi saban tahun.
Sebiji buah pear, mengeluarkan seorang manusia?
Lalu, jika dapat difikir menggunakan akal, jika dapat
dihisab menggunakan fikiran, betapa tenatkah rahim anda sekarang? Atau akan
datang?
Maka, sayangilah rahim anda. Janganlah ditenatkan lagi rahim
yang sudah bekerja keras setiap detik untuk anda. Berpantanglah.
Dan untuk suami yang menganggap ini semua perkara enteng.
Bukan sesuatu yang enteng melahirkan anak yang tak tahu mengenang pengorbanan rahim
seorang wanita, iaitu rahim ibu2 kalian. Jika tiadapun perasaan malu,
sekurang2nya adalah sedikit perasaan kesian. Jika anda masih layak bergelar
suami.
Ada sebab mengapa syurga di bawah tapak si pemilik rahim.