Haishhhh....
Tak tau nak start dari mana eksheli...
Macam aku cakap sebelum ni...
Ni memang tersangat2 unplanned!

Hari Selasa lepas husband aku kol dr office dia tetiba tnya apa plan weekn ni. Aku pun mcm errrrrmmmm...dia ni nak wat apa pulak dahhh....

"B, kalau p Koh Lipe khamis ni mau dak????"

"What????!!!are u kiddin me???u mean esok lusa ni???"

" yahhh..betul."

" seriously??? "

" ya berapa kali la nk habaq cik oiiii"

" hotel macam mana?everything da book ka?"

" nope"

"Then?"

"U tlg survey now..i pun survey"

" wokeyhhhh"

And kalau hampa nak tau kami booked hotel on Wednesday lepaih...khamis nk ke Koh Lipe da dari Penang.
Agak gila di situ.. tapi makjem suka ja laki wat gila macam ni kadang2...afterall, it's Koh Lipe kot...
Thailand's Maldives kot....

So untuk pengetahuan hampa semua, kalau nk ke Koh Lipe ni there are 2 ways, one from langkawi and the other one from Pak Bara.

So kitaorang memang p Koh Lipe ikut Pak Bara ya. Lebih jimat n sepp. Kami drive all the way from Penang to Pak Bara.

Bertolak kul 8.30 pagi macam tu. Singgah bfast kt RNR Gurun and then teruskan perjalanan sampai ke Changlun buat insuran kereta utk bawak masuk n tak lupa jugak tukaq duit kat situ ja.

So kami masuk Siam ikut Wang Kelian Perlis, lagu dekat kalau nak ke Pak Bara ya. Tapi Ya Allah jalan dia berbukit2.. boleh tahan laaa.

Ni check point imigresen malaysia ya. Memang kecik comel ja check point kt Wang Kelian ni.

As usual la kalau kat imigresen thailand tu hampa kena turun dari kereta n p tgkp gmabaq hampa seketoi2. Tak maju langsung.. cehhhh

Check point kt Siam

Masa kt Wang Kelian ni...drebar2 pakat beli sim card baru. Senang nk Waze p ke Pak Bara.

Dari Wang Kelian Pak Bara ada kot dalam sejam macam tu kalau tak silap la.


Ni da sampai area Pak Bara dah. Untuk pengetahuan hampa, Pak Bara ni terletak dalam wilayah Satun. Banyak org Islam kat sini. Siap ada yang boleh cakap Melayu lagi.

Aku masuk2 Siam teruih ajaq Adriana mengira dalam Bahasa Siam. Hahahha.
Ironik sangat. Connected to the land sangat oiii.


Sampai2 ja kt area Pak Bara pnya jetty tu akan ada la ulat2 tiket yg kejaq hampa. So hampa stay kool. P ja beli tiket kt kaunter teruih. Sebab depa ni agak jilake charge kita mahai nok. Kami kena dewasa p balik sorang dalam 1200B and kanak2 depa charge 3 orang, sorang 800B p balik. Aku baru tau yang hotel boleh arrangekan p balik cuma 900B ja. Beza banyak kot. So lesson learnt ..len kali mintak hotel arrange kan terus ja... senang and murah.
Total kami kena bayaq untuk speedboat adalah 18000B

Si kenit dengan papa. Ni masa dari jetty Pak Bara ke Koh Lipe ya. Perjalanan dalam 1hr 30min. Sapa yang stail mabuk laut tu stand by la plastik ya siap2.

Sakan kt dalam speed boat.

Kakek & fiza's family.

Ni da sampai dekat jetty Koh Lipe ya. So kat sini kena bayar lagi 200B sorang. Tapi adults ja.. kids no need. Anddddd... kat sini gak hampa kena bayar duit tiket long tail boat utk ke beach Koh Lipe tu.
Another 50B for adults.
So total kat sini=250×7 kami kena bayaq hari tu.
AND NAK PESAN, resit Taman Negara tu jangan buang. Sebab nanti nak p snokerling kena bawak ya resit tu. Kalau dak nanti kena bayaq lagi ya.

Cantik gilos kan????

Kusyuk kenit ni.

Kat dalam long tail boat.

Crystal clear water. No wonder la depa panggil Thailand's Maldives!!!

Ok da sampai kt beach tu. Sila la menapak ke hotel ya. Untuk pengetahuan hampa ada 3 sides tau kat Koh Lipe ni. Pattaya beach, sunrise beach and sunset beach. Kami punya hotel kat Pattaya beach ja. Centee of attraction gitu sebab memang dekat tengah2 n walking distance ja ngan Nite Market n kedai2 makan.

Untuk pengetahuan hampa kami stau kat A Plus Hotel.
Untuk pengetahuan hampa, hotel ni dibuat dari blok2 kontena. Merasa la duk dalam kontena. Oh ya untuk backpackers dunt worry hotel ni sediakan dorm unit untuk hampa. Tapi toilet kat luaq la but stil toilet tu aku p usha comfortable la. Kebersihan pun terjaga. Oh yang kami duduk tu bilik2 private macam tu kat tingkat 2 ya. GF and 1st floor utk dorm ja. Dah lama tak rasa tak naik 3 tingkat kan. Amik hang. Tapi ok ja. Exercise skit la alia oiii.

Sampai2 tu terus masak megi. Gila lapaq kot. Last meal pagi. Time tu dah kul 4 thailand. Lebih kurang 5 time Malaysia. Nasib bawak cooker. Tapi as usual la aku memang takleh sangat megi bodo lagu tu. Tak bubuh sayoq ka apa ka tekak taklen nk menelan bhai. Ya lah 5 tahun duk SAINA asyik jejai megi guna ayaq panaih water cooler. Kenot wei kenot. Sebab tu bila aku masak megi, megi aku akan lengkap bertumis, lengkap ngan sayoq dan umpan2 sotong ayam udang dll. Hahhaha.

Disebabkan laki aku tau perangai aku, maka dia pun lalu turun membeli nasi goreng kt bawah tu. Fuhhh 120B ...nasib sedap...habisss bhaiiii.

Lepas da kenyang semua...
Semua pakat duk lena...
Tinggai aku ja tak lena2...

Ok lah,
Bersambung....