hai...

kembali nak update blog pasal Koh Lipe yang dirindui sangat-sangat tuh.
fuh...
i still remember the crystal clear water and the sands!

so untuk Part IV ni nak bercerita tentang Island Hoping kitaorang hari tu.

seperti yang da diceritakan masa PART II dan PART III dulu kami amik pakej asing, pakej sewa boat untuk trip kami-kami sahaja. boleh rujuk kepada previous post pasal charges semua tu.

So after berkumpul pagi tu untuk tunggu boat masing-masing maka kami pun gerak la dua boat. Sebab nmaximum untuk satu boat cuma 8 orang. Kami pulak ahli jemaatnya ada 13 orang. Mau takmau kena la naik dua boat jugak sebab tu yang da ditetapkan pihak berkuasa kat sana. Lagipun boatnya tak besar pun, just long tail boat yang kecik jer.

on the way untuk Islang Hoping. cream Sunblock lupa nak bawak, nasib ada Rosetyara ada SPF30 youuuu...

selfie dengan anak dara i kejap.

jangan tanya aku kenapa dia mesti landing macam tu ya



Snokerling time bebehhhh


kasik chance la romantik ngn shuben jap aihh.


Ni second peak stop. Kat pulau ni apa yang menariknya, dia takdak pasir tau. Yang ada cuma batu-batu hitam ni. Cantik sangat-sangat. Tapi sakit gila kaki Ya Rabbi kena pijak batu-batu ni masa nak terun naik ke pulau kecik ni.
Nama pulau ni Koh Hin Ngam.

Ada tangkap gambar beramai-ramai kat sini tapi dalam phone adik ipaq rasanya.
Picture credit to Google.

Unik kan sebab takdak pasiaq langsung. Yang ada cuma batu hitam ni
Pic credit to Google.

ni la abntara yang aku tangkap tapi disebabkan tangan basah bagai n pakai cover waterproof bagai. Maka dengan ini aku haruslah mengumpul duit untuk beli Go Pro kot. Ehhhhh.


Photo by The Thailander/Brad Florescu



ni peak stop ketiga. time ni betul-betul panas gila. dah agak penat snokerling sebenarnya time ni. So ni nama dia Koh Rawi. So kat sini la kami menikmati lunch kami , nasi goreng seafood yang agency island hoping tu sediakan untuk kami. Oh ya, yang makanan ni kami add on ya sekali ngan pakej boat kami amik tu. Sekali dengan air, drinking water ja lah. Tapi panas-panas tu yang paling sedap kot.

Muka bahagia dapat tibai se tupperware nasi goreng seafood yang super sedap dan super banyak. super udang banyak, super sotong banyak. nahhh meleleh pulak air liur bila teringat.

fuhhh super cantik kan.

Time ni tengah relax-relax jap bagi nasik jatuh skit dari perut yang gendut ni.

lepas ja dah ok, apa lagi maka join la berendam jugak kat sini.

Dalam pukul 2 macam tu kiranya pulau ni makin lenggang, banyak bot-bot yang da pi ke next stop untuk snokerkling. forth stop tu aku memang tak turun dah untuk snokerling, sebab dah lemau penat gilos dengan panas nya.
husband and adik ipaq ja yang turun mandi, kami duduk ja kat dalam boat tu.

Pit stop yang kelima semua da surrender taknak turun, just lalu and tengok ja. Gila la time tu arus da makin kuat, tak larat oii nak lawan arus balik ke boat. Termengah2 nanti nak berenang balik ke boat. So kitaorang decide terus je balik ke Koh Lipe balik. untung sebab pi asing ni macam tu lah, ko nak blah awal boleh je blah awal. Tak dak kacau sapa-sapa pun kan.

Balik tu semua terbongkang. Malam ni lapar keluar la cari makan. Malam tu pun makan biasa-biasa ja. Order untuk hilang lapaq saja orang kata. Makan asal boleh sebab semua memang da kelaparan gila kot.

Bersambung untuk Part V ( Sunset Beach pulak)