Alhamdulillah…Adriana mek kenit tu dah masuk 5 bulan…dan
Alhamdulillah jugak…Allah masih memberi rezeki untuk Adriana menyusu badan. Seronok
bila tengok anak kita membesar dengan air susu kita sendiri…terima kasih Ya
Allah, Yang Maha Pemurah…
Buat kawan2 kat luaq sana yang masih ragu2..takut2 susu
takda..jangan macam tu….mindset tu kena always positive. Ingat Allah jadikan
tetek kita ni suka2 ka…tak ….sebab Allah tau dari situ la letaknya susu untuk anak2 kita….Allah
jugak jadikan kita ni dengan tetek khas untuk anak2 kita..bukan untuk bapak nya
ja ya…..kat sini nak list out kan beberapa tips: selok2nya dari awal pregnancy
lagi da start cari bahan bacaan berkenaan breastfeeding ni. Kalau nak tau, aku
pernah diperlekehkan oleh kwan2 yang kununnya da brpengalaman (da ada anak
terlebih dahulu) bila aku cakap psai breastfeeding ni…n mcm mana pngalaman
kakak ipaq aku masa mnyusukan Zakwan dulu…for them alaa..ckap pengalaman org
boleh la…cuba try tgk nnt mcm mana…ok now, aku da buktikan(bukan nak riak dlm
hal ni..tp aku suka sgt kalau ada kwan2 yg tnya psai aku pnya breastfeeding
journey..yg mana aku boleh kongsi kan..aku aku kongsi)
1) Niat
kerana Allah. Dalam Al Quran pun dah menyatakan kewajipan seorang ibu untuk
menyusukan anak dia selama 2 tahun…yang penting kena niat kerana Allah
Ini telah disebutkan di dalam surah Al-Baqarah ayat 233.
Maksudnya:
Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang hendak menyempurnakan penyusuan itu: dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). Kemudian jika keduanya (suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.
2) Jangan
cakap “Susu saya kurang”….tu adalah pantang larang dalam menyusukan anak….sebab
kata2 tu doa…kena sentiasa ckp “alaa…xper…maybe aku letih..japg susu aku byk la
tu..In Sha Allah”…sambil tu kena la doa2..zikir2 sama…mcm aku hari tu tonsillitis
and demam panas…mmg susu drop byk jugak la…dengan badan panasnya..badan xlarat
nya…mmg nk pump pun rasa berat lahai…tp bila pikiaq kewajipan dan amanah Allah
dalam nak menyusukan Adriana..terus rsa takleh manja2…hewhew….pastu sambil pump
sambil doa n ckap menda2 yg positive ja..Alhamdulillah..sekarang nib ack to
normal dah.
3) Always
follow pump schedule….kalau baby taknak menyusu…sentiasa pump kluaq so dat otak
kita akan rangsang hormone prolactin supaya sentiasa mnghasilkan susu sebab ada
demand…kena paham konsep demand and supply…
4) Amalkan
pemakanan yang sihat…banyakkan makan sayur2 hijau…minum air masak yang mncukupi…air
manis pun ok jer..Cuma jgn lebih2 ya..cth:milo, horlicks panas.
5) Banyakkan
amalan rohani dan zikir. Sentiasa berdoa supaya Allah murahkan rezeki untuk
kita susukan anak kita sampai 2 tahun…amalkan zikir Ya Matin..In Sha Allah susu akan banyakJ
6) Jangan
berputus asa kalau tips2 kat atas tak Berjaya….boleh jugak usaha dengan mengambil
supplement macam Set Menyusu Shaklee terutamanya Alfalfa yang terkenal sebagai
milkboosters. Ni adalah salah satu usaha kita ya. Amalkan pengambilan Habbatus
Sauda, madu dan halba untuk menambah susu kita.(rujuk makanan2 Sunnah)
Always remember, bagusnya dan hikmahnya suruhan Allah ini buat ibu yang menyusui anaknya.
1. first, anak kita dapat susu yang sepatutnya iaitu dari ibunya sendiri bukannya dari sumber lain.
2. Second, bonding itu amat kuat antara kita dan anak.
1. first, anak kita dapat susu yang sepatutnya iaitu dari ibunya sendiri bukannya dari sumber lain.
2. Second, bonding itu amat kuat antara kita dan anak.
3. Sistem pertahanan badan anak kuat.
4. Ibu pun sihat, rahim cepat kecut. Sesungguhnya setiap yang Allah suruh itu tidak memberi mudarat dan jika ada sedikit mudarat sekalipun ada penyelesaiannya. Kita kena sentiasa berusaha.
4. Ibu pun sihat, rahim cepat kecut. Sesungguhnya setiap yang Allah suruh itu tidak memberi mudarat dan jika ada sedikit mudarat sekalipun ada penyelesaiannya. Kita kena sentiasa berusaha.
pesanan penaja: sesapa yg nak rsa ke"best"an product Shaklee...boleh whatsapp 0133363775....free consultation regarding breast feeding...because sharing is caring