Tak tau berapa lama lagi nak kena hadap MCO yang berterusan ni... Dengan kes harian Covid yang makin tak nampak akan pulang ke pangkal jalan... Buatkan aku rindu kehidupan sebelun Covid melanda. Terlalu rinduuuu dengan semua2 tu..

Antara yang aku rindu adalah makan dekat Kedai Tomyam yang betul-betul pure dari sana... Rindu jugak nak makan dekat Pak Bara, Hatyai semua 😭😭😭

Buat masa sekarang... Rindy nak makan siakap steam limau 😓😓😓.. So kena la beli sendiri siakap dekat Tesco untuk buat steam limau dekat rumah ni....



Alang-alang nak beli.. Beli la dua ekoq kan... Satu lagi nanti kita buat miang pla pao ka kan... Sedappp uiii...



Murah la siakap besar ni dekat Tesco/Lotus.. Dalam RM8 ja... Tapi tu la pakej dia hg kena bersiang sendiri la ikan tu... Pakej hanyiaq satu badan 😂


Ok la untuk buat steam limau ni... Senang ja.. Bahan-bahan pun semua jenis mudah2 ja nak sediakan... Jom la tengok bahan-bahan yang aku guna kan...

Bahan-bahan 

Ikan siakap yang dah disiang and cuci bersih

1 biji lemon / 3-4 biji limau nipis

Segenggam bawang putih

3 biji cili padi merah pedas gila 

7 biji cili padi***nak kurangkan pun boleh tapi x kick la... 

2 sudu besar kicap ikan/ namfla

4 sudu besar gula

1 sudu kecil garam

1 sudu kecil aji/maggi cukup rasa

Daun ketumbar


Cara-caranya:

1. Masukkan bawnag putih, cili padi merah pedas gila dan cili padi hijau ke dalam chopper, boleh la kisar kasar 3 bahan ni. 

2. Gunakan kuali besar dan panaskan 2 gelas air. 

3. Bila air da mula mengelegak masukkan air perahan lemon/limau dan masukkan ikan ke dalam kuali. 

4. Masukkan bahan-bahan yang dikisar dalam chopper tadi ke dalam kuali. Kacau dan alihkan ikan ke bahagian lagi satu selepas masak menggelegak 10 minit setiap bahagian.

5. Kemudian masukkan nam fla/kicap ikan, gula, garam dan serbuk perasa. Balance rasa masam manis dan pedas ni. Kalau kurang rasa manis.. Boleh tambah sikit lagi gula.. Kalau kurang masam boleh tambah lagi air perahan limau. 

6. Masak sehingga ikan masak (kena ingat bila masak sekor2 macam ni.. Akan ambil masa untuk fully cook)...ambil masa setiap bahagian lebih kurang 10 minit untuk masak.  Bila agak-agak nak masak.. Masukkan daun ketumbar. 

7. Da siap boleh angkat dan hidangkan... Dan tabur lagi daun ketumbar ke atas ikan. Bagi yang tak suka daun ketumbar boleh skip daun ketumbar. Macam aku terlalu favourite daun ketumbat ni.. Boleh la letak banyak-banyak ya.


Aduhhh telan ayaq lioq pulak tengok ni😂😂😂



Sedap steam limau ni sebab dia pedas-pedas masam. Hirup kuah dia tu.. Fuhhh feeling gilaaa... Nikmat gilaaaaa la haiiiiii.... 
Boleh naik sheik tok nenek belah siam aku tu
 ðŸ˜…😅😅

Bila la boleh balik kampung tok nenek tok moyang ni... Cicit nak balik makan laksa siam 😭😭😭