Assalamualaikum

Setiap hari untuk orang macam aku ni akan ada masalah yang sama... Iaitu nak masak apa? Tnya anak2 n suami nak makan apa... Makan apa pun xpaaa... Tak pun.. Ikut mama lah... Xpun tak tauuuu.

Susah rupanya soalan nak makan apa ni kan? Macam ranking dia lagi atas dari kesusahan add math. Orang yang nak masak ni lagi la buntu kan.

Tapi xpa lah.. Pagi ni kebetulan ada nasi lebih yang da difrozen kan untum kegunaan kecemasan macam ni. And nasi frozen tu pulak bukan banyak mana pun. Kebetulan ada bunga kubis /cauliflower tu.. So apa lagi.. Buat la ala2 menu diet..
Lagipun memang duk diet konon2 kan.

So apa lagi.. Terus dapat idea buat nasi + cauliflower goreng tu. Janji... Cauliflower tu kena cincang halus skit.


Laki aku cakap sedap gitewwww


So a jommmm lah kita tengok bahan-bahan dan cara-caranya

Bahan-bahan.

Nasi sejuk satu mangkuk  kecil /cawan
Cauliflowet yang dicincang halus 2 cawan / mangkuk kecil.
Sos tiram
Lada benggala
Ayam dipotong dadu(aku guna dada)
Crushed garlic
Telur sebiji
Garam
Serbuk cukup rasa
Lada sulah
Cili padi 3 biji.. Diketuk kasar.
Cauliflower dipotong kasar /besar.

Cara-caranya

1. Panaskan minyak, masukkan crushed garlic.. Biarman sampai baik bau dan masukkan ayam dan cili padi.
2. Kacau-kacau seketika dan pecahkan telur dan kacau telur bila telur dah start masak.
3. Then masukkan cauliflower halus tadi, kacau2 dan masukkan sos tiram.
4. Bila nampak cauliflower hancur tadi dah start masak and jadi putih macam nasi.. Baru masukkan nasi. Kaup2 nasi... Masukkan lada benggala dab cauliflower yang dipotong kasar tadi.
5. Masukkan garam, lada sulah dan serbuk perasa. Jangan lupa kacau sebati semua bahan.
6. Dah nampak sebati and mesra semua nasi +cauliflower hancur dengan bahan-bahan lain... Dah boleh tutup api.

Dah siapppp...sedia untuk dimakan. Kalau nak trick anak2 yang xmkan sayoq mcm anak2 aku ni.. Boleb jugak buat mcm ni.. Padan muka.. Kahkah. And ada jugak orang diet guna bunga kubis ni untuk replace nasi.. Sebab memang hampa takkan sedaq pun rasa dia berbeza ka. Sebab once dah masak... Akan jadi warna putih macam nasi jugak.