2 labu bawang besar*
5 ulas bawang putih*
Sedikit kunyit hidup* (aku takdak so aku tak letak lah. Kalau letak tu lagi power aroma ori kunyit tu kan.)
8-10 biji cabai melaka * (nak pedas lagi letak lebih.)
3 senduk kecil Santan pekat.
Sekeping asam keping
Garam
Gula
Serbuk perasa
Udang 15 ekor (ikut korang.. Nak letak banyak lagi pun tak kesah)
Cendawan (lagi banyak lagi sedap la kan)
Cara-cara:
1. Bersihkan udang.
2. Blend bahan-bahan yang bertanda *.
3. Panaskan bahan-bahan yang diblend tadi dan tambahkan air.
4. Masukkan asam keping, bagi yang takdak kunyit hidup macam aku.. Sila lah masukkan serbuk kunyit.
5. Bila dah start menggelegak boleh la masukkan cendawan dan udang tadi ke dalam periuk.
6. Masukkan santan dan perasakan. Kacau kuah tadi, jangan sampai pecah minyak. Nanti tak cantik la masak lemak tu.
7. Nak pekat, kacau la lama-lama skit sampai pekat ikut kepekatan yang korang prefer.
8. Dah capai kepekatan yang korang suka. Silalah tutup apinya dan hidangkan lauk korang tu.
Ini makan dengan ikan kering/masin dengan ulam and sambal belacan mau mak mentua lalu pun watdek ja lah.... Kalau mak mentua marah or sentap ngan korang. Korang ajak dia join sekali makan.. Nescaya terus jadi menantu kesayangan. Kahkah.
***disclaimer... Ni cara aku punya masak lemak cili padi tau. Diolah mengikut tekak aku. Ada orang cakap pure nismilan tak pakai bawang... Tapi aku ni sejenis mesti nak pakai bawang jugak.. So aku guna ja ikut suka hati aku. Maaf lah org nismilan kalau resipi aku ni resipi derhaka. Tapi aku tetap suka masak lemak cili padi forever.