Dah official duduk kat rumah baru ni seminggu lebih dah. Dah rasmi dah dapoq baru.. Dah rasmi dah peti ice baru...

Benda paling best bila nak penuhkan peti ais dengan segala haiwan2 untuk dijadikan stock makan.

Masih lagi duk angkut stock ikan di kedai Aceh bila balik Juru sebab mana nak dapat ikan jenahak bahagian isi RM24/kg.. Kepala jenahak RM20/kg uiiii... Ikan kerisi RM11/kg.... Murahhhh kannnn.. So harus lah bila balik ke Juru.. Sambil2 tu tangkap la jugak haiwan2 di kedai Aceh.

Balik Juru hari tu hari Rabu... Dah beli ikan jenahak 6 ketul dengan harga RM20 macam tu. Lepas tu beli ikan kerisi 8 ekoq dalam RM10 macam tu and beli udang 20 ekor size L mcm tu dengan harga RM8+. Memang heaven gila balik Juru shopping ikanw dekat kedai Aceh ni.

2 hari lepas tu ke Tesco Extra dejat rumah baru ni.. Plannya nak beli pencuci stainless Steel ja. Tapi biasa la mak2 ni kan. Mana tenang lalu saja dekat bahagian2 binatang2 laut ni. Hahhaha.


Ya beli lagi ya untuk memenuhkan freeser. Mana boleh kalau freeser lompong2 ni. Tak tenang hidup ku. Lagipun rumah ni jenis makan ikan. 

Campoq dengan stock beli dekat Kedai Aceh masa rabu lepas and lepas masak untuk hari khamis hari tu.. Lepas la untuk seminggu lagi. Memang kuat makan lauk kita orang ni. Kalau makan dekat luaq tu macam2 lauk ambil. Tau2 dah berapa kena. At least bila beli ni.. Masak sendiri..puas makan kan. 

Ikan nyoknyok yang beli tu memang plan nak buat kari ja. Sebab nyok2 dan kari berpisah tiada.  Ikan kerisi tu goreng ja pun dah sedap. Ikan bawal emas pun selalunya kari ja. Tapi esok plan nak buat masak lemak cili padi tengok macam mana rasa dia. Harap2 ngam la kan. 

So hari ni..hari Sabtu.. Mengkari la lah lagi kita.. Baru hari khamis hari tu masak kari jenahak.. Laki cakap kari lagi.. Eleh dia ni lupa ka orang utara dengan kari /gulai berpisah tiada. 


Tengok ni balik rasa terlioq pulak... Ahh sudahhhh... 
😅😅😅

Rasa macam banyak kali dah upload resipi kari ni. Basically buat dia sama ja. Maybe bahan2 dia macam lauk tu guna ikan lain.. Sayur tu guna sayur lain. Bahan utama dia tetap sama. 

Jom tengok bahan-bahan dan cara-caranya.

Bahan-bahan:

1. Seekor ikan nyok2(aku amik bahagian isi ja.. Kepala simpan nanti boleh buat kari kapla ikan)
2. 1 biji bawang besar ( blend) 
3. 4 ulas bawang putih. (blend)
4. Serbuk kari ikan ADNI(4 sudu makan/1 peket kecik)
5. Serbuk jintan manis (1 sudu kecil)
6. 2 tangkai daun kari
7. Satu sudu halba campur.
8. Sedikit minyak untuk menumis
9. Air asam jawa
10. Garam
11. Serbuk perasa
12. Tomato
13. Buncis (dipotong panjang  mancis) 
14.Cabai besar(dipotong serong) 
15. Cabai melaka


Cara-cara:
1. Panaskan minyak.
2. Tumis halba campur dan daun kari dan bawang2 yang diblend. 
3. Kemudian masukkan serbuk kari, jintan manis dan serbuk cili dan kacau.
4. Then tambah air asam jawa and tambah air.
5. Biar kari merenih dalam 15-20 minit supaya rempah masak dan pecah minyak dan kuah makin pekat. 
6. Agak rempah kari da start masak dan pekat masukkan ikan, garam dan serbuk perasa dan tambahkan air
7. Lepas tu , masukkan la segala tomato, cabai besar dan buncis dan cabai melaka. 
8. Jangan masak lama-lama sangat nanti hancoq ikan tu. Dah mendidih sekali terus tutup api tu.

Dahhh siap. Sedap gila oiii!!!

Ni makan dengan sambal belacan... Lepas tu goreng ikan kerisi skit. Lepas tu ulam terung bakaq.. Tudieeennnn sedap nya.. Ni lah lauk kami hari ni. Makan la dari tengah hari bawak ke dinner. Bapak dia tambah goreng teloq dadar ja dinner tdi. 

Yang lain licin... Sedap kerrr.. Dalam duk kata kari lagiiiii.. 🙄🙄🙄

P/s: kalau guna rempah kari brand lain.. Aku prefer tambah skit serbuk cili untuk bagi pedas and nampak merah2 skit. Aku memang suka kari aku nampak2 merah skit baru menarik. Kalau hampa guna rempah kari brand Adni ni memang tak payah dah bubuh. Rasa rempah kari dia memang terbaik dan meletop gila. Cuba la kalau tak percaya.