Kali ni aku nak share resipi Gulai Ayam Minang yang aku buat hari tu untuk join Saji punya competition dekat ig. Syarat2 dia kena guna 2 bahan dari Saji.. Sama ada santan, gula atau beras keluaran Saji yang baru..
So pikiaq punya pikiaq la nak pakai bahan apa.. Last2 aku decide untuk guna dua bahan dari Saji iaitu santan and gula. And resipi yang aku nak buat pun mudah ja. Gulai ayam minang. Antara favourite dish aku kalau makan dekat kedai Minang.
Nak buat pun actually senang and simple ja... Jom tengok bahan-bahan yang digunakan and cara-caranya.
Resipi Gulai Ayam Minang
Bahan-bahan yang digunakan:
Ayam yang dipotong
Cabai besar
Kunyit hidup *kalau xda guna serbuk ja
Bawang besar
Bawang putih
Serai
Halia
Daun limau purut
Garam
Gula @sajimalaysiaofficial
Santan @sajimalaysiaofficial
Cara-caranya :
1. Blend kunyit hidup, cabai, bawang besar, bawang putih, halia n serai.
2. Tumis bahan-bahan blend, masukkan asak keping dan masak hingga mendidih.
3. Masukkan ayam... Perasakan dengan garam, gula @sajimalaysiaofficial dan masukkan santan @sajimalaysiaofficial. Jangan lupa masukkan daun limau purut.
Dah siap....