Assalamualaikum
Nak Tanya skit ada tak peminat peria atau yang lebih extreme skit peria katak macam aku ni? Yesss aku memang peminat peria... Tak kira la peria biasa ka peria katak ka dua2 aku suka. Selalunya makan dekat kedai la sebab kat rumah ni takda orang makan pun kan.. Aku sorang ja yang nak makan.. Tak berbaloi nak beli peria besaq2 tu makan sorang kan...kalau nampak dekat kedai makan kompem2 aku akan amik punya lah...
Credit to Berita Harian
Lani tak perlu risau lagi dah sebab laki aku pun kena makan peria untuk jaga kesihatan dia kan. So mau takmau dia kena la makan jugak peria yang dia rasa tak best sangat ni. Siap tadi suruh beli peria katak lagi... Extreme pulak dia ni. Dia tak tau peria katak lagi pahit dari peria biasa tu...
So being a good wife mesti la aku masak kan apa dia nak.. Masa kat Sabah hari tu ada la 2 kaki jugak dia makan peria goreng kunyit pecah teloq tu. Satu makan kat kedai.. Satu lagi aku masak. So tadi dia request nak macam hari tu. So apa lagi.. Cargass la buatkan.
Tapi sebelum tu... Hampa tau dak... Peria ni banyak khasiat dia... Tak kira la peria biasa ka peria katak ka both of them are beneficial to our body.
Khasiat peria untuk badan.
1. Membantu menyerapkan bahan terkandung pada peria ke dalam hati dan otot seterusnya merangsang kandungan glikogen untuk tenaga.
2. Melewatkan pengosongan uncang perut, meningkatkan sel beta dalam pankreas dan seterusnya melambatkan kadar penyerapan glukosa.
3. Mengandungi phytoinsulin yang boleh menurunkan kadar gula dan mampu menangani masalah berat badan berlebihan.
4. Kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, magnesium, folat, zink dan kadar Vitamin dua kali ganda berbanding brokoli.
5. Ada sejenis multi vitamin semula jadi kerana sarat dengan nutrisi dan 20 bahan kimia aktif bertindak sebagai anti HIV, anti diabetes dan anti kanser.
Jom kami nak kongsikan macam mana kami buat sayur peria katak kami ni...
Bahan-bahan:
1biji peria katak size seder hana untuk sekali makan.
Bawang kecil
bawang putih
Udang 3 Ekor size sederhana(potong kecil)
Sebiji telor
Kunyit
Garam
Serbuk perasa
Minyak untuk menumis
Cara-cara:
- Panaskan minyak, kemudian tumis kan bawang kecil dan putih hingga naik bau.
- Pecahkan telur dan kacau hingga telor masak dan masukkan udang yang da dipotong.
- Kemudian, masukkan sedikit air dan masukkan peria bersama serbuk kunyit, garam dan serbuk perasa.
- Masak sehingga nampak peria dah lembut dan masak.
Dah siap untuk dihidangkan.
Tips:
Kalau nak kurang kan pahit peria katak ni.. Boleh la Cuba rendam kan peria katak yang da dipotong dengan air garam selama 15 Minit. Macam aku tadi nak cepat sempat buat 5 mjnit ja. Memang pahit jugak la cerita dia. Tapi jangan tak tau aku boleh buat peria katak ni as ulam mentah cicah dengan sambal belacan tau. Janji peria tu mesti baru lepas petik ya. Baru krup krap gitoh Haa...
OK la.. Chow sin chi...
Aku lani duk buat eat clean dengan laki aku ni... Doakan kami dua istiqomah naa