Kali ni aku nak share skit la apa yang aku amalkan lately ni. Ni pun sebab kawan baik aku dari sekolah rendah.. Sampai menengah satu sekolah dengan aku share pasal surah Insyirah ni. U know who u are to me, sahabat. Walau jauh di mata dekay di hati gitewww.
Kalau dihalusi kalam Allah ni.. Sejuk ja rasa hati. Tengok maksud dia pun dah rasa sejuk and lembut hati ni... Bayangkan kalau jadi amalan kita setiap hari
Antara kelebihan-kelebihan surah Insyirah ni adalah:
- Dipermudahkan segala urusan.
Amalkan membaca setiap kali lepas solat fardhu. In Sha Allah, Allah akan permudahkan urusan kita.
2. Diberi kekayaan dan murah rezeki.
3. Terhindar dari segala masalah.
4. Menjadi lebih positif.
5. Rajin dalam mengerjakan ibadah.
6. Menghilangkan rasa sedih.
7. Menghindari sifat malas.
8. Terhindar dari kesempitan hidup.
9. Dapat Melihat Perkara-perkara Yang Ajaib
Kalau hampa baca dan amalkan Surah Al-Insyirah ini ketika waktu dhuha sebanyak 200 kali tiap-tiap hari, Insyaallah Allah S.W.T. akan memperlihatkan perkara-perkara yang ajaib kepada pengamalnya. Itulah kelebihan membaca surah Al-Insyirah yang ramai tak tahu... Ni boleh cuba lepas ni. Setakat sekarang ni xpernah lagi capai 200 kali.
10. Dapat Mengatasi Sakit Pinggang
Bagi mak2 macam aku yang banyak buat kerja rumah sampai sakit punggang and belakang bagai, bacalah Surah Al-Insyirah ayat ke 3 tersebut sebanyak 3 kali. Kemudiannya ditiupkan di tapak tangan dan ditepukkan pada bahagian pinggang dan punggung. Insyaallah Allah akan lindungi atau sembuhkan rasa sakit tersebut dengan izinNya.
11. Menyerikan Wajah
Surah Al-Insyirah bukan sahaja memberi kebaikan dalaman, tetapi juga dapat menyerikan wajah. Bagi kaum isteri yang nak kelihatan cantik di mata suami tu, amalkanlah membaca Surah Al-Insyirah ini. Bacakan Surah Al-Insyirah ayat ke 4 ini sebanyak 7 kali, kemudiannya ditiupkan ke tapak tangan dan disapukan ke muka. Mohon kepada Allah S.W.T. supaya suami pandang kita nampak cantik. Siapa tak nak cantik di mata laki sendiri kan? Soh moh ler kita cuba ya beramai-ramai.
12. Terhindar Dari Penyakit
Sesuai dengan keadaan sekarang ni.. Dengan penularan wabak Influenza la Coronavirus la.. Kita boleh amalkan baca surah Insyirah ni pada setiap waktu. Pelbagai penyakit yang ditakuti dalam dunia ini, atasinya dengan kelebihan Surah Al-Insyirah ini. Tak salah berusaha secara rohaniah kan. Penjagaan secara fizikal pun jangan lupa.
13. Mengubati Sengatan Serangga
Baca surah Al-Insyirah, kemudiannya tiupkan kepada pesakit. Insyaallah akan sembuh dengan izin Allah S.W.T. Kelebihan Surah Insyirah ini sering digunakan oleh pakar perubatan Islam juga.
14. Hajat Mudah dimakbulkan
Kalau ada hajat yang penting tu, boleh buat solat sunat Hajat dan Tahajjud tengah malam. Baca surah Insyirah sebanyak 103 akli atau lebih ikut kemampuan. In Sha Allah, hajat akan tercapai dan dimakbulkan Allah.
Jom amalkan surah Insyirah ni and jadikan amalan harian.