Holaaa..

Kali ni nak cerita pasal satu obsession baru aku iaitu indoor plant. Kalau nak tau indoor plant ni ada banyak faedahnya jugak tau selain sebagai penyeri dan dekorasi kat rumah kita tau.

Rumahku syurgaku, makin banyak pokok-pokok hidup dalam rumah.


Jom la kita tengok antara kebaikkan indoor plant ni.

1. Menyerap aura negatif.

Perasan tak bila kita terlampau penat dan stress dan rasa nak marah sebaik saja kita nampak tumbuhan ni kita rasa lebih tenang. Betui dak? So selaku indoor plant, aura-aura tak baguih ni dapat diserap n kita ni berada dalam zone-zone positif gitu.

2. Supply oxygen

Well memang sedia maklum lah kan pokok-pokok memang lah menghasilan oksigen dan menyerap karbon dioksida. Ingat lagi dak belajaq sains dulu?

Nah tukang filter gas2 tak elok lagi untuk hampa


3. Mengurangkan allergi

Kalau hampa nak tau..ada kajian dari Universiti of Agricultural di Norwegia mendapati indoor plant dapat mengurangkan gejala allergik sebab dapat meningkatkan kadar kelembapan and secara tak langsung mengurangkan debu kat dalam rumah. Haa best ke tak best? Yang ni proven ya..memang serius rumah aku pun jadi kurang berhabuk ya especially dekat rak tv tu.

Dulu dekat area ni letak fake plant, jenuh berdebu. Sekarang ni letak pokok hidup macam bird paradise ni kurang dah debu-debu nya. Super love it.

4. Mempercepatkan process recovery.

Well, selalu kita tengok kalau orang sakit, biasa yang ziarah mesti bawak bunga or pokok hiasan kan. Betul tak? Kan da cakap tadi pokok-pokok ni menyerap aura negatif. Orang yang sakit ni dikelilingi aura negatif. Kalau tak percaya, cuba suruh suami hampa beli bunga masa hampa demam nanti.

Tengok pokok hijau pun boleh buat heppy gila dah. Memang satu terapi yang hebat.

5. Meningkatkan fokus

Korang xdak perasaan bahagia ka bila tengok tumbuhan-tumbuhan hijau dan warna-warni ni? Kalau aku punya la heppy. Kalau hampa nak tau, dengan melihat tanaman segar yang menghijau, daya focus seseorang tu dapat dipertingkatkan. Sebab tu ka kalau mata and otak kita da lemau, cuba try tengok pokok-pokok hijau ni selama 1 ke 2minit. Otak akan lebih releks dan tenang.

And jangan tak tau ada kajian yang menunjukkan student yang mengulang kaji dalam persekitaran yang menghijau dengan tumbuh-tumbuhan ada daya kosentrasi 70% berbanding yang tak menghadap hijau-hijauan.

Ruang ni akan nampak "kosong" without touch of greenyπŸŒ±πŸŒ±πŸ€πŸ€πŸŒΏπŸŒΏ

6. Pokok pun bertasbih.

"Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tidak ada suatu pun melainkan bertasbih memujiNya, tetapu kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun Lagi Maha Pengampun". (QS Al Isra 44)

So bila kita tanam pokok automatic kita bagi aura positif dalam rumah kita. Well pokok-pokok kita ni bertasbih tau. Sedikit sebanyak pahala tu kita dapat. Sebab tu dalam Al Quran pun kita digalakkan bercucuk tanam.

Ni areca palm or yellow palm orang panggil. Dapat filter benzene, xylene, ammonia , formaldehyde, & tricholoroetylene. Bagus kan pokok ni. Selain menaikkan seri kawasan, boleh tenangkan mata tengok pokok-pokok ni😍


So amcam? Banyak kan kebaikkan ber indoor plant dalam rumah ni kan. Saya sudah. And bila lagi...

One of my fav..monstera!

Spread the love and positivity 😍😍😍

Till then..adios


.