Hai hampa semua.
Kali ni nak share pasal satu resipi mudah untuk homemade sosej ayam. Nak beli sosej yang siap selalu sangat pun tak bagus kan. So apa kata buat ja sendiri. Mudah pun mudah kan... yang penting xda bahan-bahan tak elok dalam tu kan.
Bahan-bahan:
Ayam bahagian fillet(potong kecil-kecil)
Bawang besar (potong dadu)
Garlic 6 ulas( crushed)
Cendawan(aku guna king oyster)
Garam bukit
Stock ayam
Paprika powder
Dried Mixed herbs
Tepung ubi
Telur sebiji
Air sejuk 1/3 cawan
Cara-caranya:
1. Potong isi ayam kecik supaya senang nak blend dengan food processor.
2. Campur semua bahan, then blend guna blender or food processor. Aku guna food processor ja sebab dah ada. Senang skit nak keluarkan nanti.
3. Masukkan isi ke dalam mould sosej. Oh ya mould ni silicone ya so it safe untuk kita kukus ya
.
4. Then kukus selama 20 minit.
5. Unmould dan sejukkan. Nak goreng pun boleh lepas tu.
6. Aku goreng skit. The rest sejukkan dan frozen kan. Nak nanti keluarkan and goreng.
Sukatan yang betul-betul tu xda. Ko pandai2 la main agak. Sebab aku ni jenis main agak ja tau. Janji jadi.
Kalau korang ada yang tertanya-tanya kat mana nak beli mould sausage ni..boleh la jenguk instagram : scandi_scandu ya. Depa ada juai kat sana tau
Senang ada menda alah ni.. nak buat kepok lekor pon boleh ni..hahahah