Salam.

hai. Hai ni cerita pasal charity program yang Projek Blogger Utara anjurkan. Sebenarnya program nanti antara kami2 ja.

Lokasi kami malam tu sekitar kwasan Masjid Kapitan Keling. Dekat situ kadang-kadang malam malam memang port diorang bermalam kat situ.



Berjasa jugak stroller hijau Adriana dalam kejadian malam tu.

Aku macam p shopping pulak kan...

Keluarga kecil PBU.


Ada satu time tu aku jadi macam sebak bila kami bagi kat sorang pakcik tu dia siap bersungguh2 berterima kasih kat kami. Siap tadah tangan berdoa kami murah rezeki lagi . Allahu. Sebak wei sebak. Aku sebak bukan sebab apa, kalau ikutkan negara kita yang kutipan zakat tiap2 tahun yang dibanggakan tu patutnya takdak lagi golongan-golongan gelandangan. Okla taknak aku cakap bab ni..kang jadi menda lain pulak kang.

Misi Mencari dan menjejaki gelandangan diteruskan lagi.

Akhirnya habis jugak semua packs makanan yang disediakan.

Thank you to Kak Sha sebab sponser nasi lemak. Masak sendiri lagi haa.
Thank you jugak utk ahli2 PBU familia lain yang turut serta menderma dalam menjayakan program #FEEDTHEHOMELESS ini.
In Sha Allah there will be another charity program by PBU.

Kepada yang pm n tanya macam mana nak join as volunteer and nak bagi sumbangan, soon kita akan inform balik ya kat korang. Setakat lani kawasan yang kami akan cover hanya lah di sekitar Masjid Kapitan Keling, Georgetown Penang.