Showing posts with label diy
Salam semua

Dah lama rasa mcm tak update blog ni. Huahua hua. Sedar Sedar dah 10 hari terakhir Ramadan kan. Bila pikiaq Ramadan tu dah nak berlalu pergi rasa satu pun ada. Haihhh ntah lah.. Faktor penuaan mungkin kann.

Sekarang ni  dah nak dekat-dekat raya ni memang fasa mengemas rumah la. Dah la rumah macam tong kang pecah gila-gila. Rasa nak pitam pun ada tengok rumah sekarang ni. Baru kemas living Hall dah ada si kenot dua orang buat kecah. Haiiii takkan nak jadi tarzan hari-hari kan.

Sekarang ni fasa kemas dapur. Living hall baru skit2. Ni pun pening bila dapurnya kecik. Kadang-kadang dah kemas sepah balik. Sebab barang banyak. Ruang kecik. So kena la fully utilized Guna ruang sebaiknya kan.

Macam ada orang suka table top kt kitchen clear kan. Tapi memang aku tak mampu la nak clear sebab tu ja ruang yang ada untuk letak macam-macam kan. Serabut tu serabut bila barang bersepah2. Mana dengan habis masak Kadang-kadang nk letak lauk dekat situ. Situ la nak masak nasi.. Situ la macam-macam oiii.

Periuk nasi pulak ada sampai dua. Satu yang besar satu yang kecik. Memang tak la nk Guna periuk nasi besar tu ja kan. Kadang-kadang Guna yang kecik. Kadang-kadang Guna yang besar. Kalau nak cepat Guna Philip pressure cooker ja. Haihhh. Macam-macam gajet kan. Lepas tu bising ruang kecik kan. Huahua. Pening Kadang-kadang nak decide pakai rice cooker mana. Ni rasa nak simpan balik rice cooker kecik tu sebab yang tu rice cooker travel cik oiii.



Nampak tak almari lauk ni. Legend betul kan.... 




Haaa... Nampak dilemma mak2 ni. Sakit kepala nak pikiaq menda kecik ja pun. Lepas tu ni Haa Tetiba ternampak pulak gmbar ni.


Cute kan. Teringat gobok lauk yg Dulu2 tok2 kita duk ada kan. Tapi ni size kecik la. But still cute tho. 



Dan disebabkan aku punya space limited gila dekat dapur esp on table top. Aku suka everything yang reachable and practical gitu. Kalau semua nak kena letak dalam cabinet dekat atas2 tu dah namanya tak practical and reachable la kan. Tu namanya lebam nak kena panjat bagai dah. 


Baru teringat ada rack ni kat dalam stor duk buat perkasam. Punggah mai letak la dekat sini. Eh fit in pulak kan. So Moh le kita make over dia skit kan. 


Letak wallpaper kat bawah tu. 



OKa part boleh katup ni la kita letak and simpan lauk kan. Aku ni sjenis tak suka betul biar lauk dekat ats Meja even bertutup pun sebab rasa macam semak. Nak letak dekat table top ni lagi rasa semakkkk. Buat macam ni OK skit multilevel letak la macam2 boleh letak kan. 


Haa giteww. Letak lampu beli kt Mr Diy.. Baru nampak kelas jahhh. 


Untuk ni memang tujuan aku untuk keselesaan aku la kan. Pedulik la orang cakap serabut ka apa ka. Sebab memang I can never go minimalist sebab ya celah mana nak minimalist kalau semua menda nak kena Guna. Kahkah. 


Tengah aim nak beli gobok lauk ni untuk rumah baru nanti. Onz ka tak onz? 





Hai quick update...
Just nak share another DIY project untuk deco2 Hari Raya ni.
Simple+ cheap = stylish kebabom!

What you need?


Frame...any frame will do. Saja pilih yg ni sebab nak nampak classic n mewah tu!
RM3+ je kat Mr Diy..maybe boleh dpt murah lagi kat tempat lain.


Also bought this at Mr Diy..dalam RM3.50+ .


Taraa...siap dah...
Nanti nak beli lagi frame...
Nak buat background hitam plak!

See...sapa kata nak deco rumah kena beli mahal-mahal and kena keluaq bajet tinggi. Sebenarnya boleh ja nak DIY banyak menda untuk deco-deco rumah ni. Bukan setakat recycle, kita boleh gak upcycle sesuatu menda tu bagi nampak menarik and more valuable.





DIY project

in , , by Alia Farhan, 6:30 AM
Kali ni nak cerita psal DIY project ya.  Actually idea ni tetiba ja muncul ntah dari mana ntah. Aku kan jenis kejap2 ubah deco ni ubah deco nu.

Hasil tangkapan masa kat Eshed Market Fremantle hari tu.

Masa beli tu saja ja beli sebab suka tengok, kiut ja lahai ni. Bila balik tu masa duk unpack barang tu terpikir ehh takkan nak simpan ja berhabuk dalam almari kan. So apa lagi terus la amik menda alah biru tu. Idea sudah datang!

Taraaa...siapppp



Ni pulak reja minggu ni. Selamat da tempek wallpaper tu. Sebab geram tengok cat terkopek2 sebab dinding tu sebelah dia toilet so hari tu ada leaking. Nak cat takmau la, busuk2 lagipun ngandung kan tak elok sangat bau2 cat ni.

Tamay sudah episod DIY kali ni. 
Nanti kalau ada lagi, akan dishare di sini ya.

Stay tune.




Sapa yang ada masalah barang-barang make up ka perfume banyak gilos ka diharap dapat la gunakan tips aku nak bagi ni.

Dulu semua aku main letak ja kat chest drawer. End up bila nak amik yang kat belakang tu susah gila. Lagi parah bila nak cepat main letak saja pastu mula la bersepah. Kemas2 tak sampai 3 hari jadi balik. Ya lah, takdak optimization budak2 engineering kata!

Haaa maka dengan ini otak selaju kilat la came with this idea. Sebenarnya masa p beli barang kt Mydin hari tu ada promo utk rack kasut yang kayu tu untuk member. Tinggal RM9 saja. Haruslah grab dulu baru pikiaq nanti nak hack jadi apa.

Bila balik rumah ada 2 spot memang aku nak letak menda alah ni. Either at kitchen or kat atas chest drawer ni.

Maka decide nak letak ja kat atas chest drawer dulu. Nanti utk kitchen len kali kita beli lagi rack tu.
Kemas 2 hari jadi balik. Sebabnya semua nk secepuk kat situ. Stress bila tengok! Perfume suami banyak...perfume bini banyak. Make up bini xcampoq lagi tau. Make up bini duk dalam make up bag and trolley Raskòg Ikea nu haa.

Bila asyik jadi maciam ni mula nak stress. Bila start stress mula la nak moody. NO NO NO..NOT GOOD OK!

Tapi bila otak da ligat nak hack n diy skit. Maka jadiklah gini....


Taraaa


Haaaa lega tengok!
More space...
Apa yang penting kena bijak hack dan be creative...bila creative ni macam2 menda kita leh hack and jadikan hidup kita senang.

Nanti kita tunjuk pulak kalau dah hack kt dapoq ya guna rack ni. Soon ok soon!

Babai.
Hi korang,

Dah lama nk upload entry pasal ni. Tapi lupa memanjang. Maaf ya.



Teruja tak nak buat playdough sendiri kat rumah??

Jom tengok bahan-bahannya:
2 cups tepung gandum
1 cup garam halus
1 cup air
1 sudu tartar ( ni aku tak letak pun sebab takdak kat rumah , optional ja tau ni)
2 atau 3 sudu minyak masak.
Food Coloring

Cara dia:
1. Masukkan semua ke dalam satu bekas kecuali air.
2. Masukkan air sikit-sikit sampai dough terbentuk.


3. Uli doh dan bahagikan sama size. Aku buat 5 ketul utk 5 color ya.


4. Ni lepas da letak color maler ya. Uli la doh tu sampai kaler tu sekata ya.

Dah siap, boleh la main dengan anak kan.



Ni baymax hijau. Sebab mak pak dia ijau ok! Hahaha


Buat la macam- macam bentuk asalkan anak kau suka kan.



Ni pulak baymax kat taman. Haha



Kemain kenit ni kan.



Mak pun eksaited lebih nak main.


Yang lebih tu simpan dalam plastic zip lock. Katanya tahan sampai 1 bulan. Nanti nak main boleh amik yang dalam ni.

Texture dia sama mcm playdough yg maheiii nk mam tu haa. Buat sendiri murah ja.

Apa lagi korang, boleh la try DIY sendiri kan.

posted from Bloggeroid

Salam n hi korang

Ada yang mencari2 chalkboard wallpaper tak?

Pening anak suka conteng2 kan dinding?



So takyah nak pening2 lagi anak nak conteng ka.bini nak tinggai pesan kat laki ka hahaha



Nak wat gaya urban kat rumah pun boleh..


Nak lekat kt SOHO pun boleh...

Nak wat labeling pun boleh. semua pun boleh


Sekarang open for pre order ya.

1 roll RM33. harga utk pre order
Harga ready stock RM40 1 roll

Dimension 45cm x 200cm

Free 5 btg kapur ( colorful)

So kalau berminat boleh directly whtaspp ya 0133363775

posted from Bloggeroid

Jom jamu mata dulu ya...

Banyak parts lagik nak kena susun atur..

Ni some parts yang da ready ya










Ni pulak Adriana yang tolong susunkan utk mini Barbie doll dia...
Nak jadik interior designer ka Adriana?
Ok gak...boleh hias umah mama n papa nnt ya dengan designer funiture (perghh tak nak kalah)



Ni pun DIY jugak...



Lepas penat main, minum susu dulu sebotol. Sebenarnya suka sangat dengan carpet hijau,rasa calm ja
Sesuai la nama Lady Green kan.



Sodappp nya. Sambil baring-baring minum susu kan sayang.

posted from Bloggeroid

Hi korang....

Kali ni nak share skit macam mana susun atur kat dapor aku yang kecik tu. Almaklumlah umah apartment ja korang. Tapi Alhamdulillah selesa untuk kami 3 beranak.

Untuk pengetahuan korang kat dapoq ni banyak jenis DIY ja. So kena pandai-pandai la hack apa yang patut.



Contohnya, sejak jadi mak-mak ni maka aku pun tak lari dari hobby kumpul pinggan mangkuk. Aduyai. Nasib bukan gila corelle kalau tak mau kena cepuk ngan laki aku ni haa. Oh ya, untuk ni aku susun pinggan aku guna file rack. File rack ni aku beli kt Daiso ja korang. Campoq GST RM5.30 ya. Kalau nak cari, p cari kat bahagian stationary. In Sha Allah situ ada. So dengan guna menda alah ni senang skit aku nak amik pinggan-pinggan yang mungkin berlainan jenis. Kalau susun menimbun tu Ya Allah susahnya la nak amik. Mesti kena angkat semua turun and then amik la yang 1 kita nak tu.



Ni pulak rack Lennart dari Ikea. Aku hack untuk gunakan kat dapoq. Buh bawang aku. And yang kat drawer last sekali tu aku letak vitamin Shaklee aku. 2nd drawer kosong lagi, tengah pikiaq nak isi apa dalam tu...



Ni pulak rack Hyllis dari Ikea gak. Harga dia RM39.90. Ikut description boleh tampung sampai 25kg. So apa lagi sumbat la microwave oven bagai. Berbaloi kot. Berbaloi gak aku angkut dari KL-PENANG. Duduk senget bagai sebab nak bagi muat dalam keta punya pasal. Sampai laki aku membebel-bebel la. Sekarang bila dia tengok hasil aku beli semua ni, baru la muka ada senyummmm. Hahahahha. Tu belum lagi cita aku letak rack hyllis aku kat balcony utk letak pokok2 aku semua. Memang tahan lasak betul. Aku memang rekomen la rack ni. Muahhhh muaahhh sangat kat rack ni. Hahaha. Hoverrr sangat



Kitchen aku wat masa sekarang. Tak tau la akan datang kalau berubah rupa lagi. Tapi In Sha Allah akan menyusul another DIY N HACK project by Alia. Hahaha.

Ok lah...

Saja la nk kongsi. Ruang aku bekerja tiap-tiap hari untuk jamu anak dan laki aku.

posted from Bloggeroid

DIY boxes for our lil kids

in , , by Alia Farhan, 6:01 PM
Pictures courtesy from the internet.

Boleh dipraktikkan untuk DIY untuk anak-anak.

So lets recycle.

Jom tengok gambar-gambar ni


Washing machine pun boleh buat. kagum!



Laptop kau!



Kereta! vrommmm vrommmmm




Dapur alahai alahai comelnya




Kereta lagiiiiii




Dapur lagi. memang pasni leh DIY utk Adriana ni.



Castle.



Cute!



Ni memang terbaik!




Buat rumah barbie Adriana pun bagus ni!




Main pondok-pondok dalam ni. Kotak peti ais muat lani




Comel ja



Ni projek masa sekolah rendah aku ni boleh ajak Adriana wat nanti.



Ni pun sesuai. boleh buat track kereta lagi..menarik kan!


So jom mommies, kita DIY untuk anak kita...recycle ja kotak-kotak kasut ka kotak2 peti ais ka apa ka. At least tak membazir anak pun boleh main kan.

Yang aquarium tu korang pernah buat tak masa zaman sekolah rendah dulu?aku memang suka gila buat aquarium tu dulu.

Ok lah.
Nanti kita cari lagi bahan-bahan untuk DIY!

posted from Bloggeroid

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS