Sekarang ni tengah outbreak HFMD kan. Start raya hari tu makin menjadi-jadi kejadian HFMD ni kan. Tengok stats hari tu kat Penang champion sekarang ni Selangor dah mendahului carta. Tipu la cakap tak kesah kan. Mesti la kesah lagi-lagi aku ada dua orang anak. 

From : Kementerian Kesihatan Malaysia fb page.

Mengikut pengalaman aku yang lepas masa Adriana kena HFMD tu(2 tahun lepas), nasib baik la dia xdak sampai kena ulser dalam mulut. She start with fever then tetiba naik merah-merah kat kaki and tangan. Time jadi tu masa kat KL masa amik kakak aku balik bertugas haji. 

Masa naik ja merah-merah tu aku terus curious eh takkan HFMD kot sebab naik nya dekat tangan and kaki. Bila kakak aku sampai and minta dia check kan kompem memang HFMD. So time tu kami bagi letak ubat tahan gatal dekat tempat yang merah-merah tu. Alhamdulillah dalam mulut dia takda ulser, kalau tak memang risau la sebab nanti dia taknak minum semua kan. 


Credit to  kpkesihatan.com

Plan asal nak stay kl beberapa hari tapi bila kompem ja Adriana kena HFMD terus laki aku dari Penang mai amik kami balik ke Penang. Esok nya terus pi jumpa paeds Adriana, Dr Cheah. Bila Dr Cheah check Adriana punya blister kira duk ada lagi and lucky her she just got a mild one..tak teruk la kiranya. Kalau teruk memang kena drip and warded la kan due to dehyration sebab tak ak minum ka apa ka. So dia bagi kami ubat tahan gatal and matikan virus tu. 

Yang paling aku ingat dia bagi Pottasium Permanganate (KMnO4) untuk bagi Adriana berendam dengan air tu for 10 minutes. Hahah. Memang KMnO4 tu berkesah gila wei. Sekejap ja blister dia kering and dia tak gatal-gatal. KMnO4 ni mak dia dulu buat main ja kat dalam lab tu. Hahahha.

Menda paling critical time anak-anak kena HFMD ni silalah kuarantin kan anak-anak kita di rumah. Plis ya jangan nak selfish sangat. Kalau yang hantar ke rumah babysitter ka taska ka tadika please make sure dia betul-betul recover baru hantar ya. Ni tak ada ja yang selfish gila anak tak recover lagi terus pi hantar sebab alasan takda cuti bagai. Please lah!

Untuk korang-korang yang nak ambil pendekatan pencegahan, korang bolehlah:

1. Kurangkan aktiviti di tempat-tempat awam especially supermarket, terutamanya kat trolley tu. Banyak virus dijumpai dekat situ.


Credit to Mr Google


2. Sentiasa cuci tangan kita dan anak-anak.

Credit to Kementerian Kesihatan Malaysia.


3. Sentiasa bawa hand sanitizer, paling senang kan.

Husband aku baru beli Antabax Hand sanitizer spray ni. Senang guna ni. Spray ja kat tangan, spray ja kt trolley, kt stroller, meja etc. Dah hilang sikit paranoid tu kan.


4. Jangan berkongsi makanan, pakaian, perkakasan dan juga minuman.

5. Pastikan lampin pakai buang diurus / dilupus dengan sebaiknya.

6. Tutup mulut bila batuk dan bersin.

Lastly, kita semua berperanan dalam mengelakkan anak kita dijangkiti dan menjangkiti orang lain. To those yang anak dia terkena HFMD ni, semoga dipermudahkan urusan kalian. Jangan lupa kuarantin anak-anak sebaik mungkin.