Hai korang.

Kejap ja dah hari Jumaat kan. Kalau orang yang kerja tu mesti menjerit TGIF kan???mcm tu la aku dulu. Start ja hari isnin bila la nak hari jumaat bila la nak hari jumaat bahahaha.clichè sangat kan

Hari ni kebetulan ada customer mintak COD Vitalea n Vitamin E Shaklee kat Seberang Jaya. Zass pantas ke shaklee and then terus la singgah Border's Tea ni. Tak pernah try pun any border's tea ni. Selalu duk minum bukan kt border dah. Memang kat dalam Siam terus dah. Sana punya stail memang stock potong kaki terus punya. Minum banyak naik menugai rasa dia. Paham dak menugai tu padia? Bahahah. Menugai tu muak nak muntah derr.



Order milk tea ja pun. Ok la besaq gedabai macam ni RM4.50 kan. Lagi aku puas hati dari minum kat mamak tu. Ehhh



Kedai dia kecik ja. Tapi ok la just nice kan.



Few selection of desserts and jajan macam bahulu n popia.



Drinks selection. Okla rasa milk tea pun not bad. Next time nak rasa milk green tea pulak.



Budak kenit ni pulak sebuk la nak main dengan cat kat bawah tu. Larang pun bukan nak heran. Turun arwah tok wan dia la ni suka cat. Skit-skit cat.



Overall aku puas hati la dengan air ni. Banyak kali aku dengan adriana sedut pun tak abih-abih lagi. Kalau kedai mamaks tu kena order 2 gelas siap-siap asing aku ngan kenit ni. Kalau tak memang tak ckup. Dasar kan.


Next time memang akan p repeat lagi.

Korang pulak suka minum apa kat Border's Tea ni?

posted from Bloggeroid