Holaaaaa....
Mood blogging mencanak-canak uolls. Time sendu kemain takda idea kannnnnn nak hapdet nya pun....
Bila datang idea...pusss pusss keluar nyaaa...haaa gitewwww.

Actually aku tengah rangka iti untuk next trip bersama my Bikoi Sisthurhood gitewww. Bila duk plan n rangka iti ni macam kena jugak la listkan apa yang kena bawak ye dak? Kalau dulu travel dengan flight dengan anak sorang kali ni anak dua. Lain macam skit perginya. Hahahah.

Tapi takpa...small matter ja tu. Jangan cakap rugi bawak anak kecik-kecik ni depa bukan ingat pun. No no korang salah...Adriana setiap hari berzikir nak balik Ausie ok. Nak balik ok..nak balik..celah mana nak balik nak oiii...balik rumah ALIA je lah dari balik AUSTRALIA. tu belum lagi jom pi phuket. Ni maktok berkempen nak bawak cucu2 pi Kashmir pulak...ha kemain dia buat homework tekun habis sebab maktok janji nak.bawak pi Kashmir nanti. Pendek kata, kalau hampa kata rugi bawak budak-budak hampa silap....sebab depa memang ingat ok. Alaa kalau depa tak ingat pun hampa boleh haih tunjuk gambaq kat depa kan.

Ya udah melalut...jom kita check barang-barang yang wajib bawak.

1. Pasport / pengenalan diri



Yalah..kalau nak pi oversea make sure la pasport kena ada and valid sebelum 6 bulan tarikh paspirt luput ya. Kalau travel dalam negara jamgan lupa pulak IC..my kid anak2 tu. Kad nikah dsb.

2. Tiket/ dokumen perjalanan.



Jangan lupa print tiket atau dokumen perjalanan contoh sapa2 yang roadtrip nak ke negara jiran ke. Korang kena ada dokumen perjalanan pasal kereta etc. Yang nak ke Thailand boleh refer post aku dekat SINI pasal Roadtrip ke Thailand.

3. Charger fon.



Gila ka kalau tak bawak charger fon. Pecah pala kalau x bawak!

4. Usb cable.

Wajib kena standby kat celah2 bag tu untuk emergency, at least kalau charger fully occupied..boleh gak selit charge dekat tv etc.

5. Universal adapter.




Ya wajib kena ada kalau selalu travel luaq malaysia. Beli kat MR DIY murah je.

6.  Power-Wire extension.



Ya lah...kalau da travel oversea tu selalunya kepala plug dia tak sama dengan kita. Dari beli banyak universal adapter...hampa bawak ja power-wire extension dari rumah tu. Senang wei,boleh guna untuk masak bla bla bla.

7. Conditioner shampoo



Untuk orang macam aku yang frequency untuk shampoo rambut 2 hari sekali..memang wajib kena bawak conditioner shampoo ni sebab kalau guna shampoo saja tapi tak letak conditioner..kebarangkalian rambut nak jadi macam singa amatlah tinggi. Alaa beli la yang travel pack takpun letak la dalam botol travel yg kecik2 tu.

8.  Found~daiii~tionnnnnn ( sebut ala2 king cocoon)



Penting sebab aku tak suka muka aku selebet time travel. Time travel pun harus dead drop gorjes as always. Again, jangan lupa transfer ke bekas yang kecik and sesuai untuk travel.

9. Lipstick



Selain digunakan sebagai lipstick..boleh gak digunakan sebagai blusher+eye shadow giteww. Bawak la 3 warna yang berbeza so u dont look d same all day long during ur trips.

10. Eye liner



Ehhh..perlu elaboration kerrrr. Mesti la sebab aku nak look hot as always. Masalahnya hot keee...

11. Pencuci muka.



Penting. Sanggup ke nak biaq muka berkeladak???
Macam biasa isikan dalam bekas/botol kecik untuk travel.

12. Sun block



Wajib ya noks. Paling senang choose foundation yg came out lengkap dengan SPF.

13. Moisturiser

Adoiii ni basic la. Mesti kena tempek moisturiser setiap masa untuk pastikan kelembapan muka kita seimbang especially kat negara yang panas mahupun sejuk.

14. Wet tissue.



Senang wei. Cuci muka boleh..cuci yak2 boleh especially kat negara yang xdak bidet kat toilet tu.

15. Minyak angin.



16. Vicks inhaler +vicks balm



Aku jenis takleh berenggang dengan vicks inhaler kalau selsema wei.

17. Medicine/drug



Jangan lupa list kan untuk negara yang agak strict seperti Aus/NZ. Bawak ubat-ubatan yang common macam paracetamol, painkiller, cold/centrizine, etc. Ubat anak-anak jangan dilupakan juga tau.

18.  Pembalut luka+plaster


Malang tidak berbau kan? So standby jek korang.


19. Pad /tampon



Penting untuk kaum hawa untuk standby pad ya. Buatnya kalau tengah roadtrip kat tengah-tengah hutan tu period memang cari pasal betul.
Sama jugak kalau yang travel ke pulau-pulau and nak snokerling and sekali period la pulak..jangan lupa guna tampon tau. Korang yang lelaki apa tauuuuu...

20. Sunglass



Selain boleh nampak hot, at least dapat mengurangkan silau untuk orang yang silau tinggi macam aku ni.



21. Power bank



Of course la kena ada kan power bank. Life saver jugak ni.

22. Selfie stick



Wajib la kena ada kan...kalau tak sapa yang nak tangkap gambar korang sokmo.

23. Travel rice cooker.

Untuk orang yang kena makan nasi macam aku ni..memang kena la bawak travel rice cooker ni. Setakat ni dah try masak satu periuk penuh ni lepas kami 4 beranak makan untuk sekali makan.


Kecik2 ja. Tapi life savior sangat tau.

Hampa kalau nak beli travel rice cooker ni jangan lupa check Ig : kedai_barang_travel tau


24. Collapsible containers



Kata suka masak masa travel...so untuk yang suka masak untuk berjimat or kekangan makanan halal kat tempat nak travel tu boleh la beli collapsible containers ni ya sebab menda ni boleh penyek2 kalau tak digunakan. And sangat tahan lasak, xmakan space dalam lugage korang and yang paling penting boleh guna untuk panaskan dalam microwave. Aku ada 3 different sizes uolls. Senang nak isi lauk-lauk yang masak time travel gitewww.
Korang kalau nak..terjah la instagram kedai_barang_travel ya

25. Travel towel




Yang ni korang kena standby jugak tau..in case of emergency ke or korang nak mandi laut ka..mandi waterfall ke...or mana tau korang stay kat Air Bnb yang tak provide towel ka..haa make sure korang bawak travel towel sebab towel ni nipis and tak makan space tapi mnyerap air and paling penting cepat kering. Macam aku yang ada anak-anak kecik ni better ada la travel towel ni. Senang kalau apa-apa. Kat mana nak beli? Korang cer tengok dekat Ig : kedai_barang_travel ...diorg ada jual jugak travel towel ni.


Banyak kan yang wajib bawak. Biasalah nama pun perempuan. Kalau aku jenis Che Ta lagi panjanh gojeng list aku. Belum masuk bulu mata pelese....lingeriè apa ke bedah lagi kan...opppsss...ni baru part aku secara keseluruhan tau...yang spender ka coli ka takkan aku nak.listkan kat sni..nanti lagi panjang melampau noks...

Nanti sharing barang-barang for the kids (toddler and baby) plak ya. Wat masa sekarang izinkan aku berehat ya.