Showing posts with label alia travel
Duhhhh.
Blog da bersawang. Tak tau apa yang duk sebuk pun xtau la kan. Tapi tu la. Ada lagi tugasan hakiki yang lain yg perlu jugak disetelkan.

Ok lah untuk Part 3 mainly nak cerita pasal after Sky Cab kat Langkawi hari tu. Actually lepas ja Sky Cab tu kami gerak keluar dari area situ. Terus ronda-ronda nak p Pantai Pasir Hitam ka apa ka ntah. Tak ingat dah nama dia. Last-last sesat ke Tanjung Rhu bagai. Tapi perghhhhh lawa nak mam oiii pantai dia tu. N no wonder la rates dia pun mahai nak mam. Bahahahha.

Pusing punya pusing punya pusing last-last rupanya kitaorang da nak abih tawaf da satu pulau. Tengok-tengok nampak MRSM da. Ehh dekat la dengan rumah yang arwah abah beli dulu tu. Tapi jangan tanya kat mana sebab aku pun lupa oi. Nama ja ada rumah kt lamgkawi tapi bertahun-tahun tak pernah mai sini. Yang selalu incharge pasal rumah abah kt langkawi tu pun angah ngan mama ja. Kami yang lain memang tak amik port.

Terus lagi ehhhhh. Ismail Group la. Nampak food court. Baik la isi perut dulu. Ok la not bad makanan dia. Aku p yg kedai makan kt tengah2 food court tu sebab yg hujung depan tu nampak mcm ramai ja so aku malas. Baik pegi yang takda orang sangat. Lepas ja makan terus masuk kat Ismail Group tu. Apa lagi cari coklat dulu la. Aku of course la Twix kan. And sempat jugak aku mintak Amir belikan pressure cooker! Yahuuu pasni leh amik cater nasik daging la kan!

Lepas shopping semua. Time tu memang panas gila-gila. Semua balik bilik memang terbongkang. Petang sikit da redup kitaorang p ke Underwater World. Nasib sebelah resort ja. Memang jalan kaki ja lah.

Untuk tiket Underwater World:

Dewasa (pemegang Mykad): RM33
kanak2 (bawah 3 tahun) : FREE

so means dat Adriana FREE la hari tu. Kami berdua la kena bayaq so total dalam RM66 gitu la.

Jom kita explore dalam Underwater World Langkawi tu jom.



Kemain lagi menghayati.



Anjing laut yang cute!



Tengok penguin sat.



Papa n Adriana tengok penguin pulak.






Tun M



Tun Siti Asmah.



Starfish yang cantik.



Ikan2 besau.



Cantik kan?



Subhanallah. Amazing kan.



Jelly fish. Nampak ja cantik. Tapi dia punya bisa Ya Rabbi.

Kalau yang tanya aku perlu ker pergi Underwater world ni?

Jawapan aku bergantung pada budget korang la kan since dia punya tiket agak pricey jugak kan. Tapi pricey dia pun bertempat la kan. Sebab tempat macam ni maintenance dia pun bukan calang-calang. Apa pun depend dengan bajet korang jugak la sebenarnya kan. Yalah kalau 5 6 orang da berapa kan. Ye dak?

Tapi sebab kitaorang ni da tak tau nak pusing mana dah petang tu sebab tu kitaorang p yang sebelah motel ja.

Okla korang da mengantuk gila ni.
Apa pun tunggu Part 4 ya.
Aku da tak daya ni. Ngantuk sangat2 ni haa.

posted from Bloggeroid

Oklah.
Bagi yang tertunggu-tunggu Part 2 kan ( ehhh ada ka yang tertunggu tu???)
Kali ni more to cerita pasal cable car or nama yg di upgrade kan sky cab! Walaweh sky cab sekarang. Urban gila nama kan. Bahahaha.

Cable car ni da masuk acara wajib sincr husband aku tak pernah lagi naik menda alah ni. Yalah bayangkan member mai langkawi last masa Lima 95 kan...the first Lima i guess. 20 tahun bhai. Jakun jap laki aku cakap!! Kemon la. Dia kena tau Kedah Maju 2010 hokeyyyy. And dia kena jugak tau Kedah tu negeri kelahiran bini and anak dia and tak lupa juga Tun M idol dia tu. Saja aku nak high light orang2 Kedah ni terdiri dari yg cool2 belaka tau

Oklah enuf of that. Kitaorang sampai kt area cable car ni rasa dalam kul 9 or 9.30 mcm tu la. Time tu ada la 4 5 buah biji kereta kat car park tu. Ok lega. Tak ramai. Sampai kaunter time nak beli tu kalih-kalih tudiaaaa da start ramai orang beratoq belakang kami. Pfffttt nasib bek mai awai cik oi. Memang target nak mai awai sbb takut petang hujan kan. Nasib la kalau dak jenuh nak tunggu turn bagai.
Ingat da selesai la part beli tiket takyah beratur rupa-rupanya masa kat nak que cable car tu da ada da orang. Ramai la jugak. Tapi takdak la ramai gila kan. Kalau weekend and cuti sekolah tobat la ramai kan. Ehhh lagi 1 sebelum korang p tu pastikan la cable car tu beroperasi. Mana tau close for maintenance ka. Aku memang kol and check dulu awai2. Risau beb kita p jauh2 tengok2 tak bukak. Menganga la kita cik oi.

Jom layan gambar-gambar dulu na.



Area cable car tu. Dekat2 car park.



Kalau tak silap la sini pun ada resort dia sendiri. Tapi tak sure.


Mak jemah wajib selfie!


Masa tunggu turn nak naik cable car.


Kan da cakap. Orang2 kedah mmg cool weh!


Cengeynya muka anak dara kami weh.



Air terjun apa ntah kat bawah tu. Cantik!



1st pit stop.


Selfie dulu. Dulu selfie kat sini sorang2. Ni da bertiga.


Sky cab!





Naik lagi sky cab utk ke puncak or last pit stop.



Sila pakai kasut yg comfy ok. Sebab last pit stop ni memerlukan korang 8naik tangga yang banyak. Pakai heels? Nangis la hampa nanti.











Tutup time ni. Kalau sapa yang suka nak explore boleh la berjalan kat area sini.



Macam-macam penerangan duk ada. Budak-budak geologi mesti suka and terer bab2 ni.



Wajib selfie laki bini.



Subhanallah. Cantik kan!

Kalau korang nak tau. Untuk sky cab ni harga ada pakej-pakej dia. Ada yang sekali dengan 5d art museum la. Apa lagi ntah. Tak ingat dah.

Pemegang Mykad : RM20
Untuk Mykid: RM15 (atas 2 yo)
Bukan pemegang Mykad: RM40
Dan untuk 5D art museum tu, sapa IC 02 leh dapat murah lagi (orang kedah saja cik nahhhh)

Oklah tu ja nak cerita untuk Part 2.
Bersambung nanti Part 3 pulak na.

posted from Bloggeroid

Ok ni pun da masuk entry peram.
Macam xdak idea nak cerita dari mana pulak.
Tapi nak cerita jugak!

Actually trip to Langkawi ni last minit aku plan dengan husband since husband agak busy dengan kerja merja dia tu. (Hoiii rosakkan bahasa Alia!)

Memang decided taknak pergi time sangkut dengan weekend. Sebab taknak bersesak. Tak nak kena over charge dekat food bagai. Bahahahha. Dasar cheapskate!

So kitaorang gerak dari Juru dalam pukul 10.30 pagi macam tu kot after brunch kat area rumah ni. Isi perut dulu semua. By the time pkul 12.00 macam tu memang da smpai kt kola perlih dah. Parking pun senang ja kat tepi jetty tu ja. RM15 shari. So total RM30 sebab 2 hari kan.

So sampai-sampai terus la cari tiket fery. Tup dia cakap kul 12.30 ada ferry apa lagi cepat2 la kitaorang dengan terkencingnya aku brkejar-kejar ke toilet bagai. Kitaorang la orang last naik fery. Bahahah. Dalam ferry pun sebab orang tak ramai so boleh la nk duduk mana-mana suka pun. Lega gila.



Mama dan si anak!



Si anak sedang buli si bapak



Laki bini selpie sat

So dalam kul 1.30 mcm tu kami pun sampai la kat langkawi.


Da sampai jetty dah.



Cantiknya!

Ok here come d tak best part!!!

KERETA SEWA!!!

Ya kereta sewa..
Sebelum p tu memang plan nk book kt membe SAINA aku si Yob tu...tapu sebab aku kompem lambat so kereta dia abih. Tanyakan membe punya member pun habis jugak. So kitaorang pun gamble la amik yang kat agent kt Kuala Perlis tu masa beli tiket ferry tu. Kitaorang memang mintak Viva ja. So sembang pnya sembang dia cakap sampai hari Selasa sewa kira RM150...aku tanya balik, bukan hari ni sampai esok kira sehari ka? N sampai selasa kira 2 hari ka?
Dan-dan dia cakap ehh sory3 tersilap bagai. Hellloooo.

Tu takpa lagi. Sekali masa kt Langkawi kt jetty tu husband aku p ikut amik kereta tau dia bagi kereta apa? Kereta aeroback yang da buruk gila and tak power stereng. Diaorang cakap kat husband aku kereta viva tu orang tak pulangkan lagi.
HELOOOOO hotak hampa betui la.

Dah la kereta berbau. Bukan la nak berlagak ka apa ka. Tapi bagi la semenggah skit. Janji viva bagi la viva!!! Jangan la macam capati sangat oi. Dengan aircond bau enjin, pastu tak power stereng. Memang kitaorang call mintak tukar la kan. Mana boleh macam tu. Esok nak round 1 pulau lagi. Kalau kereta macam tu jenuh la. Dengan tayar pun gelong husband cakap. Kamon la, untuk taukey2 kereta sewa dekat langkawi tu. Nak buat bisnes kereta sewa buat la elok2. Please do some maintenance to your cars. Jangan pikir dek untung ja semata-mata. Kalau jadi apa-apa kat penyewa kereta masa tengah drive macam mana? Nasib kitaorang dapat tukar ke Myvi and kena tambah lagi RM10 sebab Myvi diorang charge RM60 per day.

So enuf of dat kereta sewa punya part. Nasihat aku kalau nak sewa kereta, sewa la dekat yang trusted punya tau. Kalau nak yang kawan aku tu aku leh tanyakan la.

Lepas ja dapat kereta buruk tu kitaorang terus la ke Pantai Cenang kan. Sebab memang sewa kat area sini. Kitaorang stay kat Delta Motel. Sebab kawan aku si Mas cakap sini ok. Siap ada breakfast bagai. Ok lah tu kan. Bab breakfast ni takyah nak pikiaq-pikiaq dah kan.


View dari bilik!
Cantik kan.
Tapi hujan la pulak petang hari kitaorang sampai tu.
Lepas ja hujan seriat skit kami terus gerak ke Kuah balik sebab nak tukaq kereta.


Amboi 2 beranak ni
Ni keesokkan harinya. Pagi-pagi lagi da amik feel n bau ayaq laut!
Feel woi.
Sebab tu dulu-dulu masa keja kilang belah pulau sana. Memang saja amik jalan jauh skit merempit pagi-pagi lalu tepu laut tu. Feel dia len macammmm.

.



Breakfast yang disediakan kt motel ni. Ok la not bad. Ada rasa. Tak banyak selection tapi ok la kan dari takdak n kena p cari pulak bfast kat luaq kan.



Ni la new building yang kitaorang duduk tu. Memang tepi laut betul-betul. Ada jugak yang macam chalet type tu. But knowing my husband preference, i choose to stay in this kind of room. Bahahha


Yang ni chalet type!
Ok ja kan.



Kawasan sekeliling motel ni.



Abis breakfast memang bawak si kenit ni ke pantai. Bawak main ayaq kat tepi- tepi tu ja. Tak plan nak mandi pagi tu sebab kami nak terjah ke cable car or Sky Cab pulak.


Breathtaking view!



Dapat siput!



Sayam mama ni.



Papa n adriana



Gambar wajib kot kan.

Untuk Delta Motel ni, untuk bilik yang kami duduk tu rate dia sebab kami p weekdays so jadi RM163 kalau weekend mahai RM10 rasanya.

And lagi satu, tak sesuai duduk ramai-ramai sebab lantai dia tiles. Gila sejuk kalau nak kena tdoq ataih lantai tu. Katil pun queen 1 saja tau. So kalau yang nk p ramai-ramai tu better tanya kot-kot yang jenis chalet tu lantai dia kayu ka mana tau. Boleh gak la nak tdoq pun kan.

Delta Motel contact number: +604-9551307

Apa-apa korang boleh call direct terus kat diorang tanya apa yang patut kan.

Oklah, bersambung Part II nanti ya.

posted from Bloggeroid

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS