Sebagai pencinta gadget.. Sudah tentu aku orang yang paling menggeletis bila tengok robot vacuum ni. Sebenarnya dah lama aimed nak beli robot vaccum ni... Cumanya.. Duk buat kira-kira and bajet untuk beli. Ya lah.. Nak beli tu satu hal bajet nak kena tengok macam mana.. Pastu review nak kena tengok dulu... Nak study spec dulu yang mana ok. Yang mana dak... Benda bukan beli sekupang dua kan.... Hahahhahah
Antara robot vacuum yang aku duk aimed ni adalah keluaran Xiaomi Mijia Vacuum Mop cleaner ni... Aku memang duk aimed yang Xiaomi ni.. Bukan sebab apa.. Aku kenan la jugak barang2 Xiaomi ni sebab barang-barang dia nampak chic n stylo la jugak.
Segaknya diaaaa haaa...
Time nak beli tu aku berbelah bahagi nak beli Xiaomi Mijia 1C atau G1..being me.. Mesti la aku compare habis-habisan kan... Hahahha... Dari segi harga aku compared..dari segi capacity..suction...battery lifetime.. Lepas tu macam-macam la kan...
1C ni kiranya version latest dari G1. Sebab tu dia macam penambah baikkan untuk model 1G ni. Oh ya.. Dua2 boleh mop ya...
Ni details comparison la kan... Yang Dreame F9 tu aku tak survey pun... Yang tu must be lagi mahal sebab dia punya battery capacity n run time dia pun lagi tinggi dari yang C1 tu.
Antara sebab lain aku pilih 1C ni adalah disebabkan suction dia lagi kuat dari G1. Lepas tu run time dia pun lagi lama dari G1. kalau ikutkan space rumah aku ni.. Pakai G1 pun dah ok. Tapi aku bab2 vacuum ni memang nak cari suction yang kuat ya. Kalau setakat suction ala kadar ni tak kuasa la aku nak beli. Tapi suction G1 pun da kuat sebenarnya ya...
Lepas tu. Robot aku ni aku panggil Mimi d Bibik ni bijak.. Dia boleh panjat sendiri carpet2 aku... Oh ya... Aku memang sejenis pakai carpet sepenuh-penuh alam ya.... Sebab aku xleh pijak lantai ni.. Nanti kaki aku sejuk and sengal-sengal. So bila baca review yang Mimi ni bijak boleh panjat semua ni memang lagi tertarik la ya. Actually G1 pun sama boleh panjat jugak carpet ya. And hampa boleh set time dia nak vacuum n mop rumah hampa pukui berapa. Aku set malam. Dalam pukul 10.30 tu dia akan keluar untuk vacuum. Biasanya 2 hari sekali aku akan letak dengan mopping pad tu. Sebab aku xla mop rumah aku hari2... Bila perlu ja. Sebab masak pakai hood apa semua.. So lantai dapoq pun xberminyak. Cumanya bila letak mop pad tu bila dia balik ke doc... Dia xkkan charging la.. So hang kena removed dulu la mopping pad tu dri dia untuk dia charging.
Ada apps dia tersendiri. So hang boleh la setting macam mana hang nak...
(photo credit to Google)
What you got when u unboxing the box.... Memang besar ya Si Mijia 1C ni ya. And berat jugak. Abam JNT pun cakap boleh tahan berat vacuum robot ni.. Sebab dia kata yang dia beli dekat rumah ringan ja 😂 so aku tak tau la kalau brand lain or jenis lain ringan ka apa ka... But this thing is quite besar n berat.
So bila pakai robot mcm ni hampa 1st of all kena la make effort utk clear up dulu hampa punya lantai. Jangan la duk biaq kertas2 yang besaq ka.. Mainan anak ka bersepah2 kat atas lantai. Kalau dak macam mana kawan ni nak vacuum bagi elok. Logic la kan kalau kita guna vacuum biasa pun kita clear dulu lantai kan... Sama la macam ni pun.. Aku siap angkat kerusi makan terap atas meja mcm dekat kantin sekolah dulu kot punya nak bagi dia vacuum elok2 semua..
Nindia... Baik punya terapppp...senang la skit dia nak bergerak ke sana ke sini nnt.
Hasil vacuum for 3 days.. Memang power gila suction dia.
Nindia... Nak cabut cuci filter dia pun senang ja tak susah.
Pasal function mopping dia pun aku suka jugak la sebab dia pandai and auto detect kawasan mana yang nak kena mop. Contoh macam kawasan rumah aku kan mostly ber carpet. Dekat dapoq la kot yang paling banyak berlantaikan tiles... So dia akan mopping dekat sini sekali... Best sebab bila dia mop pun bukan jenis yang lencun ka apa tu ka.. Dia mcm small mist and terus lap terus.. So that kawasan tu lepas dia mop pun takdak la kesan lencun ka apa ka. Within few seconds dah kering n kilat gitu. Oh ya dekat dalam mopping based dia ni kena guna a yaw kosong ja na.. Takyah duk gateiii buh detergents utk tiles ka apa ka.. Lingkup satgi padan muka hanggggg...
Aku rekemen beli robot Xiaomi Mijia ni tam kira la G1 ka 1C ka untuk depa2 yang :
1. Baloq liat macam aku ni.. Nak ada bibik sorg tak mampu.. Tapi mampu ada sebuah bibik macam ni.
2. Depa hat ada bela kucing2 ka anjing ka bagi yg bukan beragama Islam. Rekemended la beli natang ni.. Xdak la rumah hang bersepah dengan bulu2 ja... Ishkkk tak rimaihhhh kaaaa 😂😂😂
3. Depa hat keguguran rambut banyak tu.
4. Orang tua... Apa salahnya beli kat mak ayah dekat kampung tu kalau ada duit lebih...buat masa ni aku mampu bagi cordless ja dulu kt mak aku untuk permudahkan kerja dia cuci rumah. Serius wei ada natang2 ni meringankan beban depa sangat-sangat. Kalau tanya depa nak ke idak.. Memang jawapan depa takmau la.. Sebab xnak susahkan anak-anak beli dekat depa.. Tapi cuba beli tengok.. Senyum lebaq tak sangga-sangga.
Overall aku memang berpuas hati sangat spent duit beli menda alah ni. Aku xpayah try hard sangat nak vacuum teruk2 dengan cordless vaccum aku tu.. Just maintain apa yang patut ja lah... Bangun2 celik mata pagi2 da bersih rumah... No more rambut bersepah2 ka.. Carpet rasa berpasir ka... It is a good investment org tua2 kata... Sebenarnya tak salah pun beli gadget untuk memudahkan kerja kita. Lantak lah orang nak cakap malas ka apa ka.. Janji salah satu beban kita dah selesai....
Oh lupa nak cakap beza harga antara Mijia G1 dengan 1C lebih kurang dalam RM250+... So kalau sapa2 nak beli vacuum robot.. Hampa boleh la compare apa yang patut.. Mana yang sesuai dengan preference/spec hampa n bajet hampa.
Jom aku belanja my cleaning routines...
Jangan lula follow tiktok aku ya