Sama2 kita amik kesempatan lakukan sunat sempena dengan hari Arafah ni.
Tadi tengok video orang ramai2 nak wukuf kat Arafah, Allahu rasa sebak pun ada. Tetiba terpikir nanti bila dibangunkan di Masyar Allah yang jauh lebih jauh. Time tu hanya amalan kita ja yang kita ingat. Anak kita, family kita semua kita dah tak ingat. Masing-masing berlumba-lumba di Masyar Allah nanti. Takutnya. Terbayang dosa-dosa. Kawan2 kalau aku ada wat salah korang, harap dimaafkan segala apa yang aku dah buat secara sengaja atau tak sengaja. Sesungguhnya yang baik tu dari Allah, dan yang buruk tu dari aku sendiri.
Dan aku harap jugak, Allah permudahkan urusan kakak aku bertugas kat Tanah Suci sana. Ni tahun kedua dia bertugas kat sana as medical staff. Bila dengar cerita kakak aku pasal kejadian tahun lepas, memang buat aku insaf. Semoga Allah jaga Angah aku dekat sana, dan semoga Allah rewardkan Angah dengan segala nikmat setimpal atas segala pengorbanan angah dalam menjaga jemaah haji kita kat sana.
Jom, sama2 buat perkara sunat sempena Hari Arafah ni.