Holaaa

Jom nak sambung cerita pasal Travelog Phuket ya. Untuk breakfast pagi tu kami cuma panaskan segala makanan yang kami bawak, menda paling senang adalah beli telur dan rebus. Bawak sambai dan ikan bilis goreng. Lepas tu aku masak ja nasi untuk breakfast and beli roti sandwich dekat 7E sana. Oh ya untuk trip ni aku siap bawak Philip Pressure Cooker (PPC) aku lagi..kata mai ngn reta kan. Apadehal kan.




Buat kentang n carot lenyek untuk Aishah guna PPC ja.


Orang kuat tengah breakfast.



Hahahha. Jauh dia berjalan sampai ke Phuket. Apadehal.


Lepas makan...mandi duluuuu.


Untuk Day 2 ni kami cuma pusing-pusing sekitar Patong beach sahaja. Nak island hoping semua malas sebab aku ada baby kan. Lagipun da banyak kali kot island hoping dekat sini. Nak-nak pulak dari hari kami sampai Phuket tu memang hujan ja kejanya. So the best way just ronda-ronda Phuket ja lah.


Abaikan muka sememeh ku.


Sedar tak sedar jauh jugak la kami da jalan-jalan kat sekitar Patong tu. Mula-mula masuk ke Jungceylon shopping mall. Pusing-pusing dalam tu, xda menda sangat pun dalam tu. Kebetulan time tu ada street food bazar dekat open space Jungceylon, mak aih mampu telan ayaq lioq ja lah. Sebab nya bukan muslim yang jual.


Dalam Jungceylon. Macam biasa mall ni takdak la best mana pun.


Keluar ja dari Jungceylon ni kami menapak lagi. Kali ni menuju ke Hard Rock Cafe Phuket pulak. Boleh tahan la jauhnya. Dulu masa pi kami laki bini merempit ja, ya lah time tu honeymoon kan. Ke sana sini merempit la. Ni dah ada anak nak merempit macam mana kan. Selesai ja shopping tshirt untuk kami laki bini kat dalam HRC tu. Maka kami pun menapak la balik ke hotel. Mak oiiii jauhnyaaaaaa.


Ke Rock Shop la kiteeee.



Selesai membeli belah di Rock Shop.



Budak-budak paw ballon kat HRC.


Sampai-sampai hotel masing-masing kelaparan. Terus serang makanan yang ada lagi. Lepas tu kids semua terjun pool balik. Aku pun sama naik bawak Adriana and Aishah mandi depan bilik la. Seronok sebab buka-buka pintu bilik ja pool kan.







Yang paling penting, the kids happy sebab dapat mandi kolam sampai lebam kan.


Untuk malam tu, aku tak join ke Fantasea sebab badan Aishah start panas dah. Demam pulak si Aishah. So laki aku bawak la Adriana untuk join the others. Nak cerita pasal Fantasea pun nothing much sebab aku tak dapat join kan.


Tapi dari gambar-gambar yang depa share kat group WhatsApp tau semua orang enjoy la kan. Seronok tengok muka Adriana pun ceria ja. It's ok, mama jaga Aishah ja kt hotel. Malam tu aku cuma buat nasi goreng guna ppc. Nasib ada ppc, standby ja perencah nasi goreng seri aji tu, dengan beli ja sosej halal and teloq dekat 7E then boleh buat dah nasi goreng. Oh ya, untuk trip ni memang aku bawak la bawang besar, bawang putih and cili padi cukup-cukup untuk masak yang simple-simple ja.



Adriana and friends.





Colourful Fantasea Phuket.

Untuk pengetahuan, harga untuk Fantasea Phuket adalah :

Show+buffet = 2200B
Show only =1800B

Tapi kalau tak silap kami dapat harga melalu ejen 1500B seorang.

Yes quite pricy kan.

By the time, pukul 11 malam Thailand macam tu baru la Adriana and papa dia balik. Aku pun time tu da boring tahap gaban dah. Masing-masing pun dah kepenatan, maka eloklah tidur dulu and simpan energy untuk keesokkan harinya. Nanti aku cerita ya sambungan hari ketiga. Ok byeeee.