Showing posts with label Travelog Perth : Day 4
Fuhhhh.
Lamanya delay nak update pasal travelog ke Perth hari tu kan.
Biasa la orang mengandung ni kan, hormon upside down. Lagi nak edit masukkan watermark semua bagai lagi. Semua tu perlukan kesabaran yang tinggi. Hihihi.

Tapi takpa, demi blog tersayang dan sumber rujukan dan kenangan pada masa akan datang, maka kita pun simpan di blog ni la kan.

Oklah sambungan untuk cerita hari ke 4 di WA, selepas selesai ja meneroka Cape Leeuwin Lighthouse; maka kami pun terus gerak ke Pemberton. Pemberton ni actually dalam routes kami nak ke Albany. So before pi ke Perth sana memang da study dulu dah satu2 routes yang akan singgah.


Kalau dari Cape Leeuwin Lighthouse memang amik masa lebih kurang 1 jam 41 mins. Kat sini bawak kereta memang gila2 patuh halaju sampai balik ke Malaysia pun da terset pulak. caya tak?


Pemandangan sepanjang jalan nak ke Pemberton.


Kat area ni pun ada gak vineyards. Ada satu kawasan forest tu sebijik macam dalam cerita Twilight yang pokok gergasi tinggi-tinggi tu. Rasa seram gak tapi at the same time rasa tenang pun ada.


Cantik tak pemandangan kat sana?


Da sampai Pemberton!


Pekan kecil tapi sangat2 calming.


Nak nampak kereta lalu pun susah.



Kat sini terkenal dengan landmark landasan kereta api dia ni la.


Ok ready set go and strike a pose!


Well i guess this is a guy most have pose kot kan?!

Masa kat Pemberton ni, rasa mcm kat pekan dalam cerita Twilight tu pun ada. Nak nampak kereta lalu sebutir pun payah kadang-kadang.



The famous train kat Pemberton. 


Wajib la kan bergambar kat sini 3 beranak.


Apa pun kena singgah refill and refresh dulu sebelum teruskan perjalanan yang seterusnya. Kami singgah minum kat cafe ni. Minum hot choc je lah dengan scones. 



The scone, tapi prefer lagi scone kt Uncle Bala kt CH tu. hahahah.

Punya gila azab masa kat dalam cafe ni sebab semua orang pakat makan pasta la noodles la. Kat dalam cafe ni ada jual noodles ala2 Siam tu sebab rasa-rasanya bini tokey tu Siamese sebab nampak dia duk cakap-cakap ngn tokey dia tu sambil bemesra2. No wonder la ada Asian fusion kat dalam cafe ni. Telan ailio je lah time tu. Dahla sejuk gedi kt luar tengah2 winter, nasib xda snow ja. 


Lepas minum, jalan-jalan lagi kat luar cafe tu. Pusing-pusing sat sebelum nak meneruskan perjalanan ke next destination.


Dia punya la suka bunga kecik-kecik tu. Mama dia pun suka gila. Rasa macam jakun sat.

Bagi korang-korang yang ada banyak masa and tak rushing kejar routes boleh la naik Pemberton Tram . Antara tourist attraction juga la kat sini. Seronok bila tengok gambar-gambar orang yang pernah naik tram ni.  Macam kami hari tu tak sempat sebab nak kena sampai ke Albany before 5 pm kan so kami terpaksa skip yang tram ni.



Pic courtesy of Mr Google.


Serius rasa 1 week kat WA memang tak cukup. Next time kalau ada rezeki lagi ingat nak layan motorhomes and nak explore sampai ke Esperance. Husband pun da bagi-bagi hint tak leh move on and nak repeat balik tu. hihihi.

***mode menabung is ON








Hi, again. Finally an update about my Travelog to Perth and to be precise to Western Australia side, although I think we only manage to cover 1/3 of WA side. Hahaha. So can you imagine how long we should cover the whole Australia? Tak pernah dibuat dek orang kot cover the whole Australia with car kot. Kalau ye pun maybe it would take a month and half of it.

*** So please bear in your mind that this entry is panjanggggg gilaaa with lots of pics!

Ok back to our story, as usual. Kat sana bangun pagi aku prepare breakfast and bento for the next journey. Pagi tu pun breakfast nasi goreng bodo-bodo je and masak untuk bento pun asal boleh ja. Janji nasi kan. lapar kot long hours journey lagi-lagi pulak tengah winter tu.

Lepas ja da siap breakfast and cuci rumah/ tempat kami stay, maka kami pun siap la untuk Check out semua.

Nampak macam cerah and panas kan. Hakikatnya fuhh sejuk.

Pandangan luar tempat kami menginap malam sebelumnya. Hari sebelum tu tak snap pun gambar sebab sampai da gelap and hujan-hujan. Tak tahan oiii terus masuk rumah ON heater!

Sederet ni semua rumah untuk disewakan. Yang kami sewa ada 1 bilik, Ada yang 2 bilik jugak.

Bye- bye Augusta Escape. Bagi yang nak booking Augusta Escape, hampa boleh check kat Agoda or Booking.com 

Buh minyak dulu bagi penuh. Pagi yang tenang di pekan kecik Augusta.


along the road to Cape Leeuwin Lighthouse, sepanjang tu akan nampak South Ocean belah kiri, Indian Ocean belah kanan.


Yeayyy da sampai.



Kami sampai dalam pukul 9am+ so nampak a bit cloudy belah kiri, tapi belah kanan nampak ok je!


i just love the clouds over there! So beautiful. Subhanallah.




Dua beranak ni asyik berkepit ja lah.


Nasib ada yang lalu lalang, boleh mintak tolong snapkan. Oh btw, my tripod nak selfie patah masa kat sana hari tu.


To the entrance, sampai sini tak payah bayar lagi. Masuk ja dalam office dia and untuk jalan ke kawasan sekitar Cape Leeuwin Lighthouse ni kena bayar. Aud15 per adults. Adriana foc. Moh layan gambar-gambar dulu ye.



Dulu mengikut sejarah Cape Leeuwin Lighthouse ni, ada 3 cottage ni untuk pekerja lighthouse ni. But now, one of them da bertukar jadi office / show room and cafe untuk lighthouse ni. And the other 2 remain as office. 


Teropong apa tu sayang?



Look warm but it's so windy and cold!


 Berjalan menuju ke lighthouse.



Oh ya, sepanjang lawatan ni boleh pilih untuk ada guide atau guna audio ni. So kat setiap audio check point kita just tekan ja, nanti akan keluaq la explaination panjang berjela-jela. 





North, South , East , West


Dekat sini ada warning sign ular orok-orok ye. So be careful all the time ok.


Tak puas lagi teropong ke sayang?



Breathtaking scenery!


Adriana da gigil time ni. Takda mood nak tangkap gambaq bagai.


As usual , she refused to cooperate.


Can u see her nose turn into red already? hahah. Pity my princess.


Menghayati kebesaran ciptaan-Nya.


Some warning. Ada ka yang turun p ke situ?



Cantik sangat-sangat. No word can describe it. Subhanallah.


Yes. Ni la contoh audio check point. Tekan ja macam walkie talkie tu nanti hampa dengaq la uncle mana ntah duk explain.


Kasik chance la mak buyung nak bergambar kat point terpenting di dunia ni, where Indian Ocean meets Southern Ocean.


Kesian kat my lil princess, da mengigil sangat-sangat da time ni.



Overview Cape Leeuwin Lighthouse

Situated at the most south-westerly point of Australia, Cape Leeuwin Lighthouse is the tallest lighthouse on mainland Australia. Cape Leeuwin is also the point where the Indian Ocean meets the Southern Ocean. It's also one of the best land-based vantage points for spotting whales from May - September! 

Terletak di Selatan Barat Australia, Cape Leeuwin Lighthouse adalah rumah api tertinggi di Australia. Cape Leeuwin Lighthouse juga merupakan titik di mana dua lautan bertembung iaitu Lautan Hindi dan Lautan Selatan. Cape Leeuwin Lighthouse juga dikenali sebagai tempat untuk melihat ikan paus sepanjang Mei- September.


Opening Hours




8.45am to 5pm daily.Guided Tower Tours every half hour from 9am to 4.30pm.Precinct Tours - self-guided audio. Closed Christmas Day.


Masa Beroperasi

                       8.45 pgi sehingga 5 petang. Pemandu arah setiap setengah jam, bermula 9pagi hingga                           4.30petang. Tour "bebas"-menggunakan khidmat audio di setiap check point. 
                        Tutup pada Hari Krismas.


Lepas ja abis pusing-pusing kat sekitar kawasan lighthouse, maka it's the time to say good bye to Cape Leeuwin and Augusta. And we're heading to Albany but with a few pit stops along the journey.
Will tell later in the blog about Pemberton and Green Pool, Denmark!

Till then, bye2






© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS