Selesai breakfast dalam pukul 8.00 pagi kami terus check out dari hotel untuk meneruskan perjalanan kami ke Busselton. Perjalanan daru Perth ke Busselton mengambil masa kira-kira 2 jam 30 minit tanpa berhenti minum,bubuh minyak, kencing dsb. As usual kalau dah namanya berjalan ada saja berhenti dia so xda la jadi 2 jak 30 minit ya.
Tapi on the way ke Busselton akan lalu dekat area Bunburry, cumanya kami tak ke pekan Bunbury tu. Kami cuma singgah di Bunbury Farmers Market di situ.
Kalau nak tau Bunbury Farmers Market ni senang ja nak carinya sebab dia terletak betul-betul di tepu hiway nak ke Busselton. So korang takkan missed punya lah pit stop yang best ni.
Untuk pengetahuan korang dekat sini la petani-petani tempatan diorang akan jual hasil pertanian dan ladang depa. Kiranya all locally grown and produce kat situ la kan. Selain dari sayur-sayuran dan buah-buahan ada gak hasil tenusu, pelbagai jenis daging, produk-produk seperti homeade sosej dsb.
Jom jamu mata tengok hasil pertanian local farmers di situ.
Nota kaki kalau singgah di Bunburry Farmers Market jangan lupa beli yogurt diorang. Ya Allah sedap giloss wei..rasa mcm makan cheese cake gitewwww...
Lepas ja shopping apa yang patut di Bunburry Farmers Market ni kami pun meneruskan perjalanan ke Bussekton. Tapi on the way tu masing-masing da kelaparan kot si kami decide la untuk berhenti makan bekalan yang kami masak. Gambar masa picnic and makan ni pun tak sempat nak amik dah sebab masing-masing dah kelaparan kot. Hahahha.
Selesai saja makan dan cuci kawasan yang kami tumpang picnic tu maka kami meneruskan perjalanan ke Busselton. Tiba saja di Busselton kaki terus ke Busselton Jetty yang dibina semasa zaman kedatangan British ke Australia.
Busselton Jetty ni dibina menganjur 1.81km ke tengah laut. And along the jetty u either can walk or naik diorang punya tram. As for us kami decided untuk jalan kaki ke hujung jetty tu. Actually masa 2016 dah pernah mai ke sini but due to bad weather (winter time tu)..boleh baca di ENTRY ni it was temporary closed. And this time kami mai ke sini dapat kami jalan-jalan and releks amik udara segar dekat laut.
Macam tak percaya jugak boleh jalan sejauh ni. Hahahha. Kalau kat Msia kompem peluh keti. Ni panas terik pun angin sejuk oii.
Ni dekat hujung jetty tu. Memang dekat tengah laut la kan. Sejuk and gigil wei.
Sambil jalan menikmati keindahan alam sambil tolak budak ni. Nasib dia mau duk diam-diam dalam ni. Lali je mek ni kena angin sejuk-sejuk gediiii tu.
Balik naik tram oiii.
Memang sayup jugak la berjalan kat tengah-tengah laut ni kan. Tapi tu la it's a must try experience kot kan. Taknak la terlepas lagi chances macam ni.
Setelah bergambar and koya apa yang patut maka kami pun decide untuk pulang ke pangkal jalan dengan menaiki tram...hahaha..save d best dor the last giteww...lagipun dah makin lewat. Cuaca panas terik time tu...muka aku pun da burn tapi angin dia Ya Rabbi sejuk gila wehhhh...so autumnz dekat Western Australia can be hot damn cold gitew.. hahahhaha.
Selesai ja lepak-lepak dekat area jetty tu maka kami pun decide untuk chalo sebab nak ke Coles Busselton beli ayam, udang, ikan dan seangkatan dengannya. Lagipun jam da lebih kurang pukul 3.30 petang and pukul 5 nanti dah maghrib ok.
Look what I found in Coles. Nyaris nak beli tanpa arah tujuan. Cute sangat sapa suruh weiiii.
Selesai ja membeli belah di Coles kesukaan aku tu maka kami pun bergerak untuk mencari homestay yang aku sewa di Busselton. By the time kami sampai dekat area kawasan perumahan tu hari da makin gelap and it was a bit tricky to find the house.
Bayangkan dah senja kawasan perumahan diorang tu tak macam kita ada orang lepak2 sapkoklu apa kan..diorang takde ok. Sorang makhluk pun xda ya duk lepak2 kat luaq...semua da kat dalam rumah kot.
Mencari-cari la kitaorang rumah tu. Nasib la jumpa oi. Dah jumpa rumah nya..nak kena cari keys pulak..ada dekat secret box..secret box tu pulak ada dia punya pin bagai. Nak mencari secret box dalam2 gelap tu pun boleh tahan la..dah macam treasure hunt masing2 macam duk kena pikir kat mana..kat mana.. hahahahha.
Last-last sekali jumpa jugak weiii...
Canggih sangat wei depa ni.....
And terpaling kagummm sekali bila masuk rumah tu bilaaaa.....
BERSAMBUNG.. jeng jeng jenggg
Gambar rumah di siang hari.
(Jangan maki makjem noks)