Showing posts with label Travel tips

Credit to Google.


Haiiii guys....
Kali ni nak share skit travel tips bila travel dengan kids. Macam kami personally kalau travel memang angkut sekali anak-anak kami sebab kami takdak maid nak tinggai kan. Tak fair jugak kalau kami nak tinggaikan anak-anak kami yang stil kecik and tak boleh nak uruskan diri depa sendiri kat mak kami kan.

Kesian mak kami, bagi la maktok rest kan. But it doesn't give a right for me to critic those don't bring their kids while they're travelling. Well, kami kalau ada maid maybe kami pun nak jugak travel berdua dengan laki kami but at the tine being...angkut ja lah..mana tau nanti depa dah masuk duk hostel ka..time tu kami berjalan la berdua dengan laki kami pulak kan. So cut it short kita cerita la apa yang nak kena hangkut kalau travel dengan anak-anak ni kan.

Jom tengok barang-barang apa yang wajib kita bawak kalau travel dengan anak-anak ni:


Credit to mamonde.com

1. Pasport/mykid & tiket kapal terbang

Kalau travel keluar negara, jangan lupa pasport and mykids anak and kalau fly...jangan lupa tiket boarding korang. Sama juga kalau roadtrip naik bas ke,ketapi ka..jangan lupa tiket ye




2. Baju yang sesuai

Kalau pi negara 4 musim..time summer tak payah la beria-ria nak bawak coat bulu bagai kat anak ok. Tu namanya cempera. Pilih baju ikut kesesuaian.

3. Diapers

Pilih disposable diapers yang nipis; so far untuk next time punya trip for 10 days aku beli Fitti Gold Pants. Memang betul-betul jimat space sebab nipis gila. Korang yang ada bajet lebih boleh la beli offspring ke yg nipis gila tu. Aku bajet lebih xda. So aku opt for Fitti Gold pants je.
Buat kira-kira berapa keping kena  bawa
Contoh= 5 keping× 10 hari=50 keping
Spare= 10 keping in case of emergency.
Untuk diapers ni, kalau taknak makan space dekat dalam luggage...korang boleh la selit-selit dekat hand cary korang, 3 keping..hand cary laki korang 3 keping, hand cary anak korang 4 keping...and jangan lupa selit jugak dekat stroller bebeh 3 keping ke. Kat situ korang dah jimat space kat dalam luggage u olls.

Gambar from Google.
0.4cm je uolls. Memang nipis gila! Sep space. Bought this for travelling purpose this May!


4. Formula milk

Bagi anak korang yang minum fm, jangan lupa bawak satu kotak yang belum buka (sebab ada sesetengah negara yang quite strict dengan fm yang dah buka ni..mcm Aus tu). Masa kat Aus aku memang bawak sepeket kat Adriana dulu yang belum bukak. Yang dekat atas flight, aku letak ja dalam milk dispenser untuk habuan untuk dia minum dekat atas flight. Untuk Aishah nanti quite easy sebab takyah nak angkut FM dah sebab dia BF jer. Senang keja mama takyah nak angkut susu ni.

Pic credit to Google



5. Stroller/baby wearing

Asal ada nama anak kecik ko angkut jelah stroller tu. Bukan dia kira kgs pun dalam ko punya luggage tu. Baby wearing? Ko angkut jugak je..selit je kat stroller tu haaa. Macam aku tak larat nak baby wearing si Aishah ni sebab dia gedebab...sakit belakang aku walaupun pakai dah betul. Tolak dengan stroller ja senang. Ni dengan si kakak lagi. Memang ada dua strollers untuk anak berdua ni. Larat nak dukung salah sorang kalau dua-dua tidur time travel nanti. Jangan cari pasal wei. Boleh mengundang bad mood kalau kena berdukung. Nanti pak hang hijau...anak pun nak hijau jugak mengamuk kena paksa berjalan!


Credit to google
Bought one Mimosa Stroller origin from Spore and it's totally light and so cabin friendly. Will do the review bout this stroller soon. Adriana still using her Halford Lite Stroller which has been used almost 4 years+


6. Baby wipes

Need more explainations?


Credit to Google. 
Thanks to the inventor of wipe tissues! You are my hero!


7. Baby balm.

Bawak je. Kalau selsema takyah susah2 nak beli kan.

Credit to Google


8. Medicine

Sama juga macam kat atas. Ubat macam paracetamol, ventolin semua tu standby je.

9. Barang mandian baby

Yalah of course kena bawa khas untuk diorang sebab kulit diorang soft and gentle lagi. So kena la guna yang khas untuk diorang kan.

10. Baby blanket / sleeping bag.

Yang ada bawak baby tu sila la bawak baby blanket /sleeping bag ya. Kesian ke anak kalau sejuk tu lagi-lagi kalau travel time autumn/winter tu.


Credit to Google.


11. Small towels/ napkin

Senang kalau nak mandikan diorang guna ja towel kecik or napkin. Cepat kering pun cepat.


Credit to google.
Bawak la spare 2 helai. Banyak kegunaan ni.


12. Biscuits

Kalau nak travel jauh-jauh lagi-lagi nak roadtrips dinasihatkan beli biscuits supaya diorang tak boring kan. Bila depa kenyang, cepat skit lena

13. Baby food.

Baby food untuk baby yang start boleh makan macam Heinz tu ka. Seelok-eloknya beli yang dalam plastic pack so tak mudah pecah.


Credit to google.
Haa beli yang macam ni. Senang bawak travel.


14. Segala tooth brush and tooth paste.

Penting! Jangan lupa. Sebab aku la selalu lupa ni. End up selalu kena beli baru....membazirrrrr. sekarang ni spare siap-siap dalam bag travel diorang berdua. Senang!

Haaa tu ja lah. Anak aku tak pakai baby powder so xda la dalam list ni. Kalau anak kau pakai..kau listkan la sekali ya. Anak kau bukan anak aku. Ehhh.

Ok la chow sin chiiiii.

Holaaaaa....
Mood blogging mencanak-canak uolls. Time sendu kemain takda idea kannnnnn nak hapdet nya pun....
Bila datang idea...pusss pusss keluar nyaaa...haaa gitewwww.

Actually aku tengah rangka iti untuk next trip bersama my Bikoi Sisthurhood gitewww. Bila duk plan n rangka iti ni macam kena jugak la listkan apa yang kena bawak ye dak? Kalau dulu travel dengan flight dengan anak sorang kali ni anak dua. Lain macam skit perginya. Hahahah.

Tapi takpa...small matter ja tu. Jangan cakap rugi bawak anak kecik-kecik ni depa bukan ingat pun. No no korang salah...Adriana setiap hari berzikir nak balik Ausie ok. Nak balik ok..nak balik..celah mana nak balik nak oiii...balik rumah ALIA je lah dari balik AUSTRALIA. tu belum lagi jom pi phuket. Ni maktok berkempen nak bawak cucu2 pi Kashmir pulak...ha kemain dia buat homework tekun habis sebab maktok janji nak.bawak pi Kashmir nanti. Pendek kata, kalau hampa kata rugi bawak budak-budak hampa silap....sebab depa memang ingat ok. Alaa kalau depa tak ingat pun hampa boleh haih tunjuk gambaq kat depa kan.

Ya udah melalut...jom kita check barang-barang yang wajib bawak.

1. Pasport / pengenalan diri



Yalah..kalau nak pi oversea make sure la pasport kena ada and valid sebelum 6 bulan tarikh paspirt luput ya. Kalau travel dalam negara jamgan lupa pulak IC..my kid anak2 tu. Kad nikah dsb.

2. Tiket/ dokumen perjalanan.



Jangan lupa print tiket atau dokumen perjalanan contoh sapa2 yang roadtrip nak ke negara jiran ke. Korang kena ada dokumen perjalanan pasal kereta etc. Yang nak ke Thailand boleh refer post aku dekat SINI pasal Roadtrip ke Thailand.

3. Charger fon.



Gila ka kalau tak bawak charger fon. Pecah pala kalau x bawak!

4. Usb cable.

Wajib kena standby kat celah2 bag tu untuk emergency, at least kalau charger fully occupied..boleh gak selit charge dekat tv etc.

5. Universal adapter.




Ya wajib kena ada kalau selalu travel luaq malaysia. Beli kat MR DIY murah je.

6.  Power-Wire extension.



Ya lah...kalau da travel oversea tu selalunya kepala plug dia tak sama dengan kita. Dari beli banyak universal adapter...hampa bawak ja power-wire extension dari rumah tu. Senang wei,boleh guna untuk masak bla bla bla.

7. Conditioner shampoo



Untuk orang macam aku yang frequency untuk shampoo rambut 2 hari sekali..memang wajib kena bawak conditioner shampoo ni sebab kalau guna shampoo saja tapi tak letak conditioner..kebarangkalian rambut nak jadi macam singa amatlah tinggi. Alaa beli la yang travel pack takpun letak la dalam botol travel yg kecik2 tu.

8.  Found~daiii~tionnnnnn ( sebut ala2 king cocoon)



Penting sebab aku tak suka muka aku selebet time travel. Time travel pun harus dead drop gorjes as always. Again, jangan lupa transfer ke bekas yang kecik and sesuai untuk travel.

9. Lipstick



Selain digunakan sebagai lipstick..boleh gak digunakan sebagai blusher+eye shadow giteww. Bawak la 3 warna yang berbeza so u dont look d same all day long during ur trips.

10. Eye liner



Ehhh..perlu elaboration kerrrr. Mesti la sebab aku nak look hot as always. Masalahnya hot keee...

11. Pencuci muka.



Penting. Sanggup ke nak biaq muka berkeladak???
Macam biasa isikan dalam bekas/botol kecik untuk travel.

12. Sun block



Wajib ya noks. Paling senang choose foundation yg came out lengkap dengan SPF.

13. Moisturiser

Adoiii ni basic la. Mesti kena tempek moisturiser setiap masa untuk pastikan kelembapan muka kita seimbang especially kat negara yang panas mahupun sejuk.

14. Wet tissue.



Senang wei. Cuci muka boleh..cuci yak2 boleh especially kat negara yang xdak bidet kat toilet tu.

15. Minyak angin.



16. Vicks inhaler +vicks balm



Aku jenis takleh berenggang dengan vicks inhaler kalau selsema wei.

17. Medicine/drug



Jangan lupa list kan untuk negara yang agak strict seperti Aus/NZ. Bawak ubat-ubatan yang common macam paracetamol, painkiller, cold/centrizine, etc. Ubat anak-anak jangan dilupakan juga tau.

18.  Pembalut luka+plaster


Malang tidak berbau kan? So standby jek korang.


19. Pad /tampon



Penting untuk kaum hawa untuk standby pad ya. Buatnya kalau tengah roadtrip kat tengah-tengah hutan tu period memang cari pasal betul.
Sama jugak kalau yang travel ke pulau-pulau and nak snokerling and sekali period la pulak..jangan lupa guna tampon tau. Korang yang lelaki apa tauuuuu...

20. Sunglass



Selain boleh nampak hot, at least dapat mengurangkan silau untuk orang yang silau tinggi macam aku ni.



21. Power bank



Of course la kena ada kan power bank. Life saver jugak ni.

22. Selfie stick



Wajib la kena ada kan...kalau tak sapa yang nak tangkap gambar korang sokmo.

23. Travel rice cooker.

Untuk orang yang kena makan nasi macam aku ni..memang kena la bawak travel rice cooker ni. Setakat ni dah try masak satu periuk penuh ni lepas kami 4 beranak makan untuk sekali makan.


Kecik2 ja. Tapi life savior sangat tau.

Hampa kalau nak beli travel rice cooker ni jangan lupa check Ig : kedai_barang_travel tau


24. Collapsible containers



Kata suka masak masa travel...so untuk yang suka masak untuk berjimat or kekangan makanan halal kat tempat nak travel tu boleh la beli collapsible containers ni ya sebab menda ni boleh penyek2 kalau tak digunakan. And sangat tahan lasak, xmakan space dalam lugage korang and yang paling penting boleh guna untuk panaskan dalam microwave. Aku ada 3 different sizes uolls. Senang nak isi lauk-lauk yang masak time travel gitewww.
Korang kalau nak..terjah la instagram kedai_barang_travel ya

25. Travel towel




Yang ni korang kena standby jugak tau..in case of emergency ke or korang nak mandi laut ka..mandi waterfall ke...or mana tau korang stay kat Air Bnb yang tak provide towel ka..haa make sure korang bawak travel towel sebab towel ni nipis and tak makan space tapi mnyerap air and paling penting cepat kering. Macam aku yang ada anak-anak kecik ni better ada la travel towel ni. Senang kalau apa-apa. Kat mana nak beli? Korang cer tengok dekat Ig : kedai_barang_travel ...diorg ada jual jugak travel towel ni.


Banyak kan yang wajib bawak. Biasalah nama pun perempuan. Kalau aku jenis Che Ta lagi panjanh gojeng list aku. Belum masuk bulu mata pelese....lingeriè apa ke bedah lagi kan...opppsss...ni baru part aku secara keseluruhan tau...yang spender ka coli ka takkan aku nak.listkan kat sni..nanti lagi panjang melampau noks...

Nanti sharing barang-barang for the kids (toddler and baby) plak ya. Wat masa sekarang izinkan aku berehat ya.

Ni tips utk kt Aus la ye. Tempat lain aku tak tau.
Kalau jnis perut Melayu dewata raya mcm aku ni bawak la food packs from Brahim, sos peket2 kecik yg dpt masa tapau kepsi tu. Kalau nak bawak sambai tumis bilis ka haapaaa kaaa...boleh tapi make sure guna hot press sealer. Jangan ikat getah bodoh tu, alamat dia bodoh2 ja immigration dia lempaq ke dalam tong sampah.

Untuk makan-makanan yang nak bawak dari Malaysia macam beras tu ka elok la bwak 1kg dulu habuan 1st day sebab tak sempat ke kedai diorang mcm Coles ka Woolworth ka apa ka untuk grocerries. Kalau habis boleh beli ja kat kedai-kedai yng cakap tadi. Sebab harga kat Coles tu tak la mahal mana sangat. Cuma jangan la gataiiio convert! And make sure korang letak dalam satu lugage ya kena check in ya. So bila diorang nak check senang, bukak ja lugage yang ada makanan tu. And one more thing jangan tersilap bawak any food in hand carry lugage tau. Silap2 kena FINE minimum AUD300 tau. Sila la convert berapa ya!


Satu lugage ni penuh dengan stok mkanan ja tau! Lupa nak snap gmbaq lugage penuh dengan makanan hari tu. Hahahah


And nak lagi senang, DECLARE everything yang hampa bawak. Kat Aus xleh bawak daging,or hasil tenusu ya. Tapi kalau FM anak tu ada pengecualian la ya. And paling bagus silalah buat check list makanan korang bawak tu dalam EXCEL SHEET ya. Aku passkan kertas checklist tu ja untuk dia check. Siap dia kata DIS IS GOOD MEM, have a good daiii in Perth. Thank you mem.
Wahh kembang gitewwww. Pendek kata declare la semua yg hampa bawak tuuuu.

Kat sana pun masak yang simple2 ja. Macam ikan bilis tu da goreng ranggup2 da kat sini and sealkan guna hot sealer ya bagi nampak semenggah. Sama jugak dengan kuah sambai tumis tu. Mama yg wat kan utk bagi tahan lama. Teloq, udang salad n timun tu beli kat Coles ja.

Ni beli kat Coles gak . Udang tu 1 bekas tu 6dolar ja bhai. Barramundi (siakap ) fillet yg bapak besaq tu cuma 6 dollar gak! Beras pun 2 dolar plus ja kat sana. Siap 2nd day tu beli lobster harga 19.9 Aud saja. Balik kukus2 makan ngn nasik goreng. Perghhh nikmat tauuu!

Kalau agak pemalas nak bawak lugage makanan. Korang boleh la beli mkanan mcm ni kt Coles. 5 dolar saja u olls. Boleh heat kan guna microwave ja.


So ni la serba sikit tips dari aku untuk bawak bahan memasak ke Aussie ya. Kat negara lain ada ja aku baca diorg bawak frozen food dari sini letak dalam cooler bag and seal betul-betul. Kat sana just panaskan ja. Sebab tu la aku takleh tinggai rice cooker aku tu. Sebab jenis perut melayu ni kadang-kadang nak jugakkk nasikkk oiii. Lagipun dapat gak berjimat while travelling. Tips ni apply kat those yang ada sedikit kerajinan n berniat nak sepp bajet la. Lagipun masa kt WA hari tu kami banyak travel ke  side South Western Aus kat sana susah skit la nak dapat halal food. Larat ke nak makan fish n chip hari2? Sebab tu la masak gak. Tak la penat pun sebab sejuk kan kat sana. Lagipun bawak rice cooker ni best gak, sejuk2 boleh masak meggi n makan ramai-ramai woo. Sedap berebut-rebut makan meggi masa msa sejuk-sejuk tu.

Oklah, nanti kita share lagi ya tips and travelogue aku tu ya. Ni duk demam plak dah. Naik2 flight terus demam! Apakah! Ewahhh.





Salam hai.

Quick update!
Sekarang ni dekat Albany, Western Australia. Same time as Msia kalau western side of Aus ni. Kat sini pukul 5.30 da nak gelap. So the nite life start earlier. Sekarang pun rasa mcm dah malam gila walhal baru kul 7.48pm. Dah terikut dengan Ausie kot malam ja chillex kat umah (tempat kitaorang stay)

So kali ni nak cerita tips travel skit walaupun tak la terer sangat nak bagi tips kan. Ehhh.



Sebenarnya ni boleh dikatakan long hours flight untuk Adriana. Setakat Penang-KL tu 45 minutes ja apa la sangat kan. So this is what we need to consider bila travel with kid(s) ni.



Bila travel with kid(s) ni yang paling penting kita kena paham tabiat semula jadi anak kita sendiri. Jenis reti duk diam ke tak..jenis hyper ka..jenis suka lena ka...jenis tak reti duk diam ka jenis melasak ka jenis macam mana...tak tau???haaaiii anak sendiri pun tak tau kaaa??? Macam aku, Adriana ni memang jenis akan cepat menggelupur. Nasib time mai ke Perth hari tu dia lena dekat 3 hrs. So another 2 hrs plus tu takkan nak expect dia bersopan santun kan. Mesti la ada menggelupur dia tu. So untuk long hours flight, Perth ni dah cukup ok la tak lama sangat dia nak menggelupur kat dalam tu.

Second, kalau korang ni jenis kaki panjang  ( laki aku la tuuu)...panjang sangat orang nya (sebab tu la aku suka dia...sebab tinggi..hahahha) . So flight2 yang sempit tak la aku sajes. Kesian kot. P KK dr Penang pun 2 n half hrs pun aku rasa kesian kt dia bila tengok dia tak selesa naik AA.

Ketiga, condition korang. Macam aku mengandung ni memang la kan nak keselesaan. Keselesaan tu penting bagi aku. Ruang kaki untuk bagi kaki aku gerak2 pun kena la luas jarak dia dengan seat kat depan tu.

Dan sebab tu jugak la untuk trip ke Perth kali ni aku amik Malindo sebab adik aku cakap memang Malindo punya seat lebih besar skit dari AA. Siap jarak dengan seat depan pun luas. Yang paling penting , free entertainment kat atas tu, free meal and free lugage 30 kg ( sebab tu releks ja aku hangkut 1 lugage utk ration n rice cooker saja). So i trust my brother yg memang dalam aviation industry. Thanks adik sebab rekemen Malindo (walaupun ada skit slack utk trip kali ni). Lagipun time aku nak beli tiket ni tiket AA n Malindo pun tak jauh sgt beza dia...dalam seratus hingget mcm tu saja.

Kepada korang yang nk cari tiket flight murah boleh check website skyscanner ya. Kat situ dia ada wat comparison harga airlines mana yang murah. Bukan setakat AA , Malindo ja ada...MAS ka jetstar ka semua ada tau. So pandai-pandai la korang ya. Bagi yang travel solo or tak bawak anak ka maybe boleh cari tiket AA masa promo.

Pendek kata, ikut selera korang and needs korang yang nak travel time tu macam mana. Kalau aku memang kalau boleh nak naik Malaysia Airlines. Tengok nanti2 ada rezeki lebih mesti nak support airlines negara tercinta.

Nanti2 la kita cerita travel tips yang lain pulak ya. Sejuk2 ni rasa nak makan meggi ja lagi. Ehhh dunt worry. Kita wat yang healthy version of meggi ya.

Len kali kita update travel tips : memasak masa travel pulak ya. Stay tune.




© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS