Hai hampa kali ni nak cerita bab periuk nasi yang sesuai bawak masak travel. Aku ada beberapa jenis rice cooker yang memang aku hangkut mengikut jenis destinasi dan pengangkutan yang aku guna.

Ada orang cakap gigihnya la seorang Alia membawa rice cooker time travel. Bukan gigih wei, more or less memang kena bawak lagi-lagi pulak jenis perut cap Melayu ni nak kena makan nasi ja. Plus, nak jimat satu hal. Mau tak mau kena la memasak time travel. We all bukan Che Ta pi melancong pun tarak hal la nak makan and pikiaq setakat currency exchange tu.

Mak aku yang da travel merata ceruk dunia pun mesti akan masak kalau travel. Pesan mak aku, one of the way nak jimat time travel adalah masak. Kalau sekali travel dekat makan dah habis ribu-ribu next time mesti serik nak travel lagi. Pendek kata, bab travel bab belanjawan and makan selalunya suami aku akan serah untuk aku incharge.

So jom tengok jenis-jenis rice cookers yang aku ada and sesuai untuk hampa angkut pi travel.

1. Rice cooker 1.0L
Pic courtesy of Google.


Rice cooker 1L ni aku pernah bawak masa pi Perth dulu. Apedehal naik Malindo kan, free 30kg luggage sorang. Aku  bawak 1 luggage khas untuk makanan ja kot. Dalam ni la aku masak nasi, dalam ni la aku rebus lobster yang beli dekat Coles. Makan cicah sos dengan mayo ja. Perghhh sejuk-sejuk syahdu. Pastu masak pulak megi dalam ni tibai kami tiga anak-beranak. Oh ya, kat negara2 omputih ni biasanya homestay depa tak sediakan rice cooker ya walaupun lengkap dengan kitchen ka apa ka sebab nasi tu bukan makanan ruji depa.


Berguna betul rice cooker cap Phonar ni. Da sampai ke australia rice cooker ni.


Sebelah lobster tu nasi goreng yang aku buat bekal masa kat Perth hari tu tapi tak sempat nak makan masa kr Caversham tu. End up bawak ke dinner. Dalam serba kekurangan musafir marhaen di bumi kangaroo, lincin habis semua tu.
Boleh baca pasal Travelog Perth kat sini.



2.0 Philip Pressure Cooker



Pic courtesy of Google.

Philip  Pressure Cooker ni antara yang aku angkut masa roadtrip ke Phuket hari tu. Ala kata pun bawak keta kan. Selamba ja lah bawak ni, boleh masak nasi/nasi goreng 7 minit. Yang penting jimat la. Kalau yang ni sesuai la untuk roadtrip macam aku pi ke Phuket tu. Buat mash potato kat Aishah masa tu pun senang. Sat ja dah empuk.


3.0 Electronic Lunch Box

Pic courtesy of Google.

Ni electronic lunch box. Yang aku ada dua tingkat ya. Da sampai ke Koh Lipe dah electronic lunch box aku. Masa kat Koh Lipe, ni lah yang aku guna untuk rebus telur buat sandwich, masak sardines and tomyam untuk makan tengah hari. Memang save betul la sebab makanan kat dalam Koh Lipe memang agak mahal jugak ya. Maklumlah dalam pulau kan.


Ni masa kt Koh Lipe.
Boleh baca pasal Travelog Koh Lipe aku kat sini.




4.0 Mini Rice Cooker



Pic courtesy of Google.

Mini rice cooker ni antara gajet terbaru yang aku beli untuk next trip aku tahun depan. Yang ni agak berlainan dari electronic mini lunch box tu. Yang ni non stick, nak masak-masak boleh variety skit compared dengan yang electronic lunch box tu. Dikatakan boleh masak nasi untuk cater 2 orang makan and masa memasak juga agak cepat (dalam masa lima belas minit). Untuk trip next time tak boleh bawak yang rice cooker biasa tu sebab lugagge kena bayaq oiiii. Hahahha. So kena la berjimat kg nya. Lugagge pun tak beli-beli lagi. 

Nanti aku akan update from time to time kot-kot la ada lagi rice cooker or cooker lain yang sesuai untuk bawak travel kan. 

Until then, adios amigos