Perkara yang selalu kita abaikan di runah kadang-kadang boleh mengundang bahaya kepada anak-anak kesayangan kita. Betul la orang tua-tua cakap malang tidak berbau kan sebab tu kadang-kadang mencegah lebih bail dari merawat. Ya tak? Nak-nak pulak si kecil dalam proses "explore" yang tak sudah-sudah tu. Meh kami nak share a few tips dalam aspek ruang kediaman untuk memastikan si kecil kita selamat.

Dapur.

Gambar sumber dari Google.


* simpan kesemua peralatan yang tajam dan susah nak dicapai oleh si kecil.
*sorokkan wayar yang bergantung seperti cerek elektrik, rice cooker dan sebagainya.
* simpan plastik yang tak digunakan. Ramai kanak-kanak yang lemas bermain plastik.

Ruang tamu.

* tutup tingkap dan pintu terutama mereka yang tinggal di rumah flat, apartment dan kondo.
* hadang tangga untuk mengelakkan s kecil bermain di tangga.
* gunakan penghadang bucu untuk bucu-bucu tajam seperti bucu meja untuk mengelakkan kecederaan di kepala.

Bilik tidur.

* gunakan selak keselamatan dan penutup tombol pintu untuk mengelakkan si kecil terperangkap di dalam bilik.
* pasang jeriji tingkap dan penghadang supaya tidak dapat dibuka sepenuhnya.
*sekiranya menggunakan katil dua tingkat, janganla bagi anak kurang dari enam tahun tidur dekat atas dan elakkan mereka bermain di atas katil dua tingkat.
* elakkan dari memberi gadjet, risiko renjetan eletrik semasa mengecas adalah tinggi.

Bilik air.

Gambar sumber dari Google.


* pastikan pintu bilik air sentiasa ditutup.
* jangan biarkan anak ke tandas berseorangan.
* never ever biarkan anak berseorangan mandi dalam besen mandian. Tinggi risiko untuk lemas.
* letakkan alas pelapik kaki di depan tandad untuk mengelakkan si kecil tergelincir.
*jangan letakkan peralatan eletrik berdekatan sinki, besen mandi ataupun tandas.

Ni sedikit sebanyak sharing untuk keselamatan anak-anak kita di rumah.

Jom jemput like instagram : Scandi_scandu untuk penggemar hiasan scandinavian