Haaa...since ramai gila tanya aku benda makanan apa yang boleh dan tak boleh bawak ke Ausie sana. Meh aku bagitau awal-awal ya sebagai rujukan korang.
Jom tengok list yang BOLEH:
Jom tengok list yang BOLEH:
- Mee segera seperti Maggi/Mamee/Bubur Nasi.
- Ikan sardin/tuna dalam tin (tapi beli kat Coles / Woolworth lagi murah kot banding harga kat Malaysia)
- Rencah sambal tumis, kari ayam, kuah kacang seperti jenama Brahims, Aliff dsb (kecuali yang ada bunga cengkih)
- kiub ayam, tomyam especially jenama Maggi (jenama ni amat femes kat sana)
- ikan bilis (dipaketkan di kilang seperti beli kat Tesco ataupun Giant)
- beras, bihun, spageti dan lain-lain yang tidak mempunyai unsur-unsur terlarang seperti telur
- Nescafe / tea 3-in-1 (yang takdak susu, hanya guna non-dairy creamer)
- Susu formula untuk bayi ataupun anak-anak kecil
- ubat-ubatan yang dinasihat/dibenarkan (prescribed by) oleh doktor. Panadol atau balm boleh bawak
- rempah ratus yang berbentuk serbuk dipaket/dibeli di Tesco ataupun Giant
- Beras ( beli yang siap pack contoh yang 1kg tu, jangan korang nak sep amik yang kat umah ikat getah..silap-silap nanti kena saman...sebab beras tu da kira sebagai seeds...diorang nak jaga hasil agricultural diorang kat sana kalau tak silap aku)
Jom tengok makanan yang TIDAK BOLEH dibawa:
- serunding daging/ayam
- bahan makanan yang mengandugi telur
- hasil tenusu seperti susu, cheese, mayonis dsb
- minuman/makanan yang mengandungi coklat ataupun susu (Milo 3-in-1)
- buah-buahan
- rempah ratus yang berbentuk bijik seperti bunga cengkih, lada hitam yang masih belom dikisar
- daging, ayam mentah ataupun makanan yang berunsurkan bahan-bahan ini
Pic from dapurku sayang
Paling selamat sila isi kan borang / kad yang stewardess bagi semasa kat dalam flight. TICK je semua. And please declare apa yang korang bawak. Kalau tak nanti buta-buta korang kena saman AUD340 tau. Naya saja. Lagi satu please jangan gatai-gatai bawak makanan dalam airlines turun konon-konon nak makan. Memang takleh ye. Silap-silap kena denda. Tak pasal-pasal ja suram korang punya trip sebab melayang duit kena saman.
Paling senang, buat list siap-siap ya. Sampai-sampai kat Immigration sana terus hand over list korang tu. Kompem immigration sana puji korang. Aku siap kena puji lagi ngan abam imigresen sana.
Sambil tengok list tu siap cakap
"Good2. Malaysians are good. Always make a list like this"
Ni pengalaman aku la ya. Sebab belakang counter aku ada Indian dari India siap dia punya luggage kena check one by one. Tong sampah hitam besar memang ada standby kat every counter ok.
Kalau nasib tak baik ada la anjing mai hidu-hidu ok. Masa aku takda. Alhamdulillah. Dalam hati Lailla hailla anta. subhanakaini kuntuminazolimin.
Alhamdulillah sat ja wei. Yang penting jangan duk buat gabra tak tentu pasai. Depa ok ja. Tapi memang strict la kan. So doa la banyak-banyak kan.
Tu ja lah tips nak bawak makanan ke sana .