Hari ni da masuk hari kedua berpuasa. So hari ni baru berkesempatan masak.. Semalam tak masak sebab buka puasa dekat Golden Sands.. Terima jemputan untuk Ramadan Buffet kat sana semalam. Nanti aku cerita ya....
So hari ni aku buat dessert thailand.. Cha bang ang... Senang and sedap sangat. Bahan-bahan pun senang ja nak buat..
Bahan-bahan:
Biji selasih
Cincau manis-dalam tube
2 sudu makan Susu pekat
3 sudu makan susu cair
2 cawan fresh milk
3 sudu makan brown sugar
Ais secukupnya
Sedikit esen vanila
Cara-cara:
1. Panaskan air dan masukkan brown dan biarkan sehingga melarut.
2. Satukan susu cair, susu pekat, fresh milk dan esen vanila dalam satu bekas.
3. Potong cincau bentuk cube dan rendam biji selasih dalam air panas.
4. Satukan kesemua bahan-bahan dan masukkan ais ke dalam mangkuk yang sesuai.