Hai hampa semua.
Kali nak bagi resipi dessert yang paling senanng dalam dunia ni selain agar-agar ya. Agar-agar tu kalau tak reti buat memang nak mengundang pesona nan grata oleh mak mentua woi..hahahha.

Disebabkan teringin sangat nak makan serawa pisang ni..oh ya orang Utara esp Kedah, Perlis & Penang memang panggil serawa tau untuk yang berkuah-kuah macam ni...serawa durian, serawa labu, serawa ubi, serawa nganga pun ada...serawa nganga tu hampa la yang duk tenga baca resipi ni sambil ternganga-nganga. Kahkah!

Ok la without being annoying yang suka membebel tak tentu hala..jom la kami bagi resipi serawa pisang sedap ni hoiii



Bahan-bahan:

10 biji pisang
Sagu sepeket
Santan sekotak
Gula merah
Gula putih
Daun pandan* aku takdak so aku takbuh la..kalau buh lagi power aroma dia
Susu cair

Cara-cara:

1. Rendamkan sagu biar kembang.
2. Panaskan air, masukkan gula putih dan gula merah dan biarkan mendidih. Kalau ada daun pandan jangan lupa masukkan sekali.
3. Bila sagu agak dah kembang masukkan sagu. Kacau sampai sagu jadi lutsinar dan hilang warna putih susu tu.
4. Bila sagu dah mula lutsinar masukkan pisang.
5. Agak dah masak pisang tu masukkan santan, kacau-kacau dan tutup api.
6. Sedia untuk dimakan semasa sejuk atau panas.
7. Masa nak makan boleh curahkan sedikit susu cair.

Perghhhh merecik! Makan dengan roti gardenia pun sedap weiiiiiii. Nikmat mana yang kau dustakan alia oiii.

Tapi tak leh makan selalu sangat ni. Manis and berlemak. Tak baik untuk kesihatan uolls.