Assalamualaikum..


It's been a long time tak update blog kan... Kali ni nak share resipi sedap Ayam Cola. Ayam Cola ni actually kawan aku orang Sarawak, Fiza yang ajar buat masa dekat U dulu. Bayangkan duk kt hostel... Time tu tempat aku belajaq UniKL-MICET tu mcm tempat jin bertendang. So hujung minggy nan hado la aktiviti2 nya. Dah la masa tu berapa kerat ja manusia yang wujud dekat situ. As batch kedua.. Paham2 la intake setiap batch tu xla banyak lagi.

So salah satu cara kami berlibur dulu2 adalah dengan memasak dekat hostel. Time tu ada rice cooker jalan dah. Sekarang ni ja seronok dekat shopee tu macam2 gadjet memasak yang best2. Oh lupa hostel aku dulu boleh bawak rice cooker. Almaklumlah kafe pun kdang2 hujung minggu pun katup.

Cerita dia dari dulu kat hostel pun memang rajin masak. So bila weekn tu dulu2 masak la.. Salah satu menu dia.. Ayam Cola ni la.. Si kawan aku Fiza tu buat.


Jom tengok bahan-bahan yang guna untuk buat ayam cola ni... 

Bahan-bahan :

Ayam yang dipotong
Air coke
Sos tiram
Kicap
5 ulas Bawang putih yang dicincang 
3 biji cili padi dipotong
Serbuk cili 
Chilies flakes 
Bijan
Daun bawang
Minyak

Cara-caranya :

1.Panas minyak dan tumis bawang putih dan cili padi. 
2. Masukkan ayam dan masukkan air coke separas dengan ayam. 
3. Kemudian masukkan sos tiram, kicap, serbuk cili dan chilies flakes. 



4. Renih semua bahan tadi dengan api yang slow sampai kuah tu berkurang. Kalau nak makan jenis kering... Boleh la masak lagi sampai kering. 
5. Bila dah kuah kering or ikut korang punya preference tu... Boleh da angkat untuk dihidangkan. 
6. Jangan lupa garnish dengan bijan and daun bawang

Cantik kan... Rasa dia sedap sangattt




Makan macam ni laju jaaaaa
Simple tapi sumpah sedap gila.. Hahhaha



Jom follow tiktok aku...