Sebab hari Jumaat hari tu ada share pasal buat whole grilled chicken... Ramai pulak tertarik nak tau resipi aku buat kan... Ok la kali ni nak share ni resipi aku... Grilled Peri Chicken... In Sha Allah gerenti sedap... Cuma bahan-bahan perapan ni harap maklum pakai banyak bahan.... Sebab tu dia complicated tapi sedap.. Hahahaha....
Jom lah aku share Bahan-bahan and cara-cara nak buat ya
Bahan-bahan:
Seekor ayam.. Size kecil dalam 1kg+ lebih skit ja tau. (cuci la dalam tu elok2 ya)
Air perahan lemon
Bawang holland dipotong bulat2
Bawang putih
Lemon dipotong bulat2
Rosemary
Cabai besar dibuang tangkai
Sedikit minyak masak
Untuk Peri Seasoning pulak, guna bahan-bahan dekat bawah ni haa...
- Sugar
- Paprika
- Onion Powder
- Garlic Powder
- Ground Coriander
- Salt
- Dried Oregano
- Dried Parsley
- Ground Ginger
- Ground Cardamon
- Smoked Paprika
- Cayenne Pepper
Cara-cara :
1. Cuci ayam bersih-bersih dan tosskan ayam. Biar kering skit.. Kalau lambat sangat amik ja kitchen towel paper tu dab2 utk keringkan dia.
2. Satukan bahan-bahan untuk buat Peri Seasoning tu... Then lumurkan dekat ayam...
3. Pastikan lumur keseluruhan ayam tadi.. Then pernah skit lemon and titiskan Sedikit minyak masak ke dalam perapan ayam tadi.
4. Marinate la ayam tu at least 2 jam. Kalau semalaman lagi bagus.
5. Time nak bakar tu.. Boleh la guna air fryer atau oven.. Aku guna AF ja... Setting kan AF/oven korang dengan menda2 alah dekat bawah ni...
Boleh bakar jap... Dalam 5 minit guna suhu 160deg C
6. Then boleh la bawak masuk ayam letak atas menda2 ni.
Mula-mula aku bakar pada suhu 160 degree C dalam 15 minit. Lepas 15 minit aku setting pulak 180 deg C untuk 10 minit. Untuk effect kulit dia garing2 skit.
7. Untuk yang pakai AF ni heat source dia dekat atas ja tau. So hampa kena la kalih ayam tu ya untuk msak dekat another side pulak ya. Goreng nugget boleh la xyah kalih2 dalam AF ni.
Haa ni sebelum kalih dia... Sexy sangat aihhh. Repeat la step tadi nah.. Kena jaga2 and bukak tengok sama la. Kalau nampak dah ok... Dah boleh la angkat ayam tu.
8. Lepas ayam da masak and boleh angkat..aku teruskan grilled lagi bawang holland.. Lemon.. Bawng putih and rosemary dekat dalam tu selama 7-8 minit lebih kurang macam tu la.. Jangan lebih dari 10 minit na... Lepas tu.. Hampa buh la dekat atas ayam tadi.. Susun2 la bagi nampak menarik macam makan dekat Hotel 5 🌟 kan...gravvy /kuah/pati yang collected dekat bahagian bawah bahagian grill AF tu hampa boleh la tuang dekat atas ayam tadi.
Amboi2...dan2 teringat tauuuu.. Gerammm ngat aihhh..
Makan pulak dengan aglio olio pasta.. Memang merecik hawau..resipi aglio olio dah banyak kali share dah... Sapa nak cari resipi aglio olio boleh click SINI na..
As for the chicken.. Everyone love this. Rasa dia macam Nandos skit sebab ada rasa masam2 lemon tu... But hubs said this one is way sedap than Nandos u... Hakhak.. Kembang la bini yang sedia kembang ni haaa...
So total damage masak sendiri dekat rumah modal tak sampai pun RM15 ya... Ayam tu sekor dalam 1.2kg.. Ada la RM7+.. Spaghetti tu berapa ja... And aku pakai isi ayam bahagian dada sebagai umpan.. Cherry tomatoes... Sweet Basils amik dekat balcony... N mesti buat aglio olio ni kena banyak garlic ya. Bayangkan kalau makan dekat kedai.. Busuk2 dish like this kalau dekat Nandos...luak la RM100+ ya.
And at rumah ni peminat aglio olio ramai. Sebab tu aku suka buat aglio olio ni.. Sebab dia versatile and boleh buat macam2 gaya. Be it vege.. Beefy stail.. Chicken or seafood.. Semua kena.. Yang penting rasa tu mesti sedap. Our kids love this... Adriana memang prefer bolognese kalau makan dekat kedai. But she never say NO to my aglio because she knows her mom's aglio is definitely delicious. Hee perasan nya mama dia.
Part Peri seasoning tu la renyah skit nak beli bahan-bahan dry herbs powder tu.. Other than that senang ja. Nak tak kalau aku jual Peri Seasoning ready to use? 😉😉😉