Showing posts with label Ramadan Buffet Penang
Haishhhhh esok lusa da puasa uiiii
So mari lah kita pederaih siapkan semua review Buffet Ramadan yang masih berbaki. 

Untuk review kali ni, aku nak share salah satu hotel yang bagi aku makanan-makanan dia tak kurang jugak hebat dia. Tak lain tak bukan  di Cititel Penang. 

Untuk tahun ni Cititel Penang kembali dengan tema Masakan Citarasa Malaysia. Bertempat di Main Street Café, Cititel Penang. Buffet yang dihidangkan berkonsepkan hidangan Malaysia yang bermula dari Ahad hingga Khamis yang akan dihidangkan dari 19 Mei hingga 23Mei dam 26 Mei ke 30 Mei 2019.

Antara signature dish yang bagi aku hampa wajib try dekat Cititel ni adalah Kari Kepala Salmon dia. Serious talk sedap OK. Bagi pminat sup gear box, jangan risau dekat Cititel Penang ada OK. Antara kesukaan aku adalah Gulai Nangka muda Dan ikan masak lemak. Tengah duk taip pun telan air liur ni wei😂

So marilah kita me jamu mata terlebih dahulu untuk melihat juadah yang disediakan. Kalau tengok time puasa tu aku minta maaf tau kalau hampa drooling teruk nanti.









Kebetulan masa kami review ni hari Jumaat, hari jumaat ada spread untuk Japanese buffet sekali.. So ada la segala sushi Dan sashimi ya. Dan sebab tu Masakan Citarasa Malaysia ni cuma dari hari Ahad hingga Khamis ya. 








Pencuci mulut yang menarik hati kami. 











Untuk pengetahuan hampa harga untuk Citarasa Malaysia Buffet ni adalah Seperti di bawah. 


Citarasa Malaysia Buffet
Waktu : 6.30 pm - 9.45 pm
Dewasa : RM 85nett
Kanak-Kanak : RM 43nett (dari umur 6-12 tahun, bawah 6 tahun makan secara percuma)
Warga Emas : RM 60nett (umur 55 tahun ke atas)


Dan untuk pengetahuan hampa juga Cititel Penang ada menyediakan Riang Ria Buffet lunch Sempena Hari Raya Pertama Dan Kedua. 
Riang Ria Buffet Lunch
Waktu : 12.00 pm - 3.00 pm pada Hari Raya Pertama & Kedua
Dewasa : RM 63nett
Kanak-kanak : RM 31nett
Warga Emas : RM 44nett
Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi di talian +604-291 1128. Jangan lepaskan peluang berbuka puasa di Cititel Penang. Boleh juga hubungi :
Mary Foong
Assistant Communications Manager
Cititel Penang, The Wembley, Penang & Cititel Express Penang
66, Jalan Penang, 10000 Penang.
Phone : 04-2911 030/04-259 8229
Fax : 604-370 1185
Salam Seperti yang sedia maklum, xlama ja lagi kita semua akan mula start berpuasa. Bagi yang nak shopping di Gurney Plaza mahupun Gurney Paragon Sempena nak beli persiapan untuk raya. Mai sini aku nak suggest kat hampa untuk try Buffet Ramadan dekat G Hotel Gurney atau G Hotel Kelawai. 

Antara sebab psaipa aku suggest hampa makan tang sini sebab dua-dua hotel ni duk sebelah ja and tengah-tengah antara Gurney Plaza dengan Gurney Paragon and lepas tu food spread depa pun tak kurang jugak hebat dia. And yang paling penting ada BUY 2 FREE 1. So tang sini hampa boleh jimat kannnn. 

Antara sebab lain hampa kena bukak posa kat sini sebab besa ya bila time nak bukak posa kalau dekat Gurney Plaza tu Ya Rabbi punya merenyut la orang berpusu2 serang kedai makan... Baik Cina pun time tu jugak la depa pun nak makan. So hampa takyah nak berebut2.. Hampa pi ja makan tang niii... 

Apapun aku nak ajak hampa semua usha dulu food spread yang ada dekat G Hotel ni OK. Kalau tengok time bulan posa ni kompem2 minitik-nitik tap2 ayaq lioq tu aku minyak maap naaa
















Ramadhan Buffet Dinner
G Hotel Gurney
G Hotel Kelawai

Tarikh
6 Mei 2019 - 4 Jun 2019
6.30 - 10.30pm



And bagi hampa yang rasa nak stay dekat G Hotel Gurney atau G Hotel Kelawai.. Good news for you...ada special for hampa semua. Ya lah.. Dah shopping semua tak larat nak drive balik ka macam aku ni yang duk Juru ni mak2 pulak lepas kena Buffet tersadai ja.. Boleh la duduk semalam dekat sini ka kan... 


And for those yang nak berbuka be ramai-ramai dengan colleague ka hampa boleh la tempah awai2.. Minimum adalah 30 pax and Gurney Hotel ada jugak buat Ramadan Meeting packages... So kalau hampa berminat boleh la hubungi:



Taste Cafe @G Hotel Gurney Penang
168A Persiaran Gurney
10250 Penang
Tel: +604-2380000

Spoon @G Hotel Kelawai
2 Persiaran Maktab
10250 Penang
Tel: +604- 219000


Laman sesawang
www.ghotel.com.my

Instagram
ghotelpenang




© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS