Preparing Frozen Food

in , by Alia Farhan, 11:45 PM

 Sejak2 anak da start balik sekolah walaupun online ja.. Tapi tetap lah mak ni nanti lagi bz kedaung nak pikiaq macam2... Si kakak dah banyak class melalui google meet pagi-pagi. Si adik pulak dah start tadika...

Tadika si adik pulak bukan online... Kena pi ke sekolah... At least yg ni aku lega la skit kan.. Kalau dua orang dekat rumah rasa macam nak pecah dada. Tara sorang dekat sini sorang dekat sana pun rasa terkejar-kejar jugak.

Mana kan nak tengok anak kena kelas online.. Dengan mak2 sekali kena heret duduk sebelah... Dengan nak masak lagi.. Lepas tu terkejar-kejar nak masak lagi.. Nak siap2 amik si adik balik sekolah lagi pukul 12. Memang pecah peluh betul. 

Kalau ada hari yang suami aku boleh ambilkan si adik tu... Boleh la tarik nafas lega lagi... Kalau tak... Memang kaget bangattttt oiiii... 

So start dari last week, aku da masak dalam portion yang lebih. So akan ada extra satu portion masa aku masak tu. Dalam dua hari aku masak lebih tu.. Aku dah dapat 2 lauk frozen dalam bahagian peti ice tu.

So masa weekend hari tu.. Aku buat kari/gulai ikan lebih2... Sebab dah lama x buat kari sama... So aku masak la berlebih-lebih sebab budak2 ni memag suka kari kan... Ada la sebelanga besaq aku masak.



Amik haaa... Sebelanga besaq... Satu portion untuk makan hari tu... Lebih tu kita bahagi-bahagi untuk simpan n frozenkan. 


Ingatkan dapat 2 portions.. Sekali dapat 3..sebab ada kepala ikan aku masukkan sekali masa buat tu. So dapat la satu bekas untuk dua kepala ikan sahaja. Yang lagi dua bekas tu bahagian isi saja. Ni portion untuk sekali makan ya. 

Lepas tu dah alang-alang weekend and tak terkejar apa-apa. So aku pun buat la sekali harung kurma kambing untuk frozenkan. Sebabnya esknya ahad tu memang aku plan nak makan kurma kambing. So boleh buat dua portion alang2 kan. 


Kurma kambing campak2 dalam philip pressure cooker ja. Sedap kejadian dia. 


Nah dua bekas. Untuk dua kali makan. Aku jarang masak kurma ni. Sebab aku tak suka sangat kurma. Tapi aku hanya suka makan kurma kambing ja. So alang-alang nak buat biar piauuuu and berbaloi2 kan. 

So keesokkan harinya aku dah xpayah beria-ria nak masak.. Sebab da ada 
lauk kurma kambing.. Aku cuma buat nasi kari n salad ja. 


Nanti aku share macam mana buat nasi kari ya. 


Ni list frozen foods yg ada dalam freeser aku ya. 


Lepas ni nk guna bekas kaca yang beli tu.. Lupa.. Slowly change skit2... 


Ni topup lagi buat pulak stock untuk masa2 kecemasan dan kecedaraan orang tua2 kata. Mostly aku buat frozen food ni untuk main dish la.. Kalau sayur2 tu tan buat la kan.. Cuma buat yang macam ni ja. 


Dah bertambah pulak stock cooked frozen meal. 


Asam pedas tenggiri frozen... Sedapppppp ja... Sedap sebab rasa tu meresap masuk ke dalam isi ikan tu... Dapnyaaa... 


Oh bagi yang bertanya ok ka rasa frozen food ni... Ok ja.. Pi makan dekat Secret Recipe ka Johnnys ka semua dish diorang tu dari frozen food dik non... Takda maknanya dia nak buat goreng kat ko fresh2 noks... 


Teringat pulak frozen food yang Air Asia serve dekat atas langit tu... Sedapnya Nasi Ayam Pak Nasser and nasi lemak depa tu kan... Hahahhahaha.... 


Rindu nak travel...rindu nak makan nasi lemak AA... Nasi ayam AA... stay strong Air Asia!