Sebenarnya, aku berbelah bahagi nak share ke tak pengalaman ngeri aku csection kali ke 2 walaupun dah hampir setahun. Aku stil remember how stress I was. Sumpah aku cakap sebab ni lah aku jadi serik nak mengandung and beranak ok.

So apa yang sebenarnya jadi kat aku ye? Pernah dengar HEMATOMA? tak pernah yek...darah beku pernah? Yes aku kena darah beku dekat kawasan kanan perut aku. Dekat area csec tu.


Courtesy of Google.


Meh aku cerita balik apa yang jadi, everything was normal, seawal 1 week aku da boleh berjalan macam biasa. Compared to the 1st csec one to my beloved Adriana. Masa Adriana it took me almost 2 weeks to get back to normal..i mean walking like normal. So I was assuming that my 2nd one was smooth one. Yes, my csec wound heal quite fast. In two weeks da tertutup rapat cantik ye.

But approaching 3rd weeks of my confinement period I start noticed something. Some of my stomach part at that area start jadi macam keras2 gitu. I feel pelik oredy. What de heck is this? I didnt aspect it was darah beku since I took heparin for 10 days. Inject sendiri wei. Scary. Kalau kakak aku ada dia tolong inject kan. Selalu dia membebel kat aku, eleh apa la takut sangat nak inject ni ja pun. Lols...berlagak kan. Mentang2 la dia dokterrr everyday kejanya nk cucuk org ja...aku ni inject sample kat column chromatography terer la kan.

So make it short, one day aku demam. And dat part makin keras. So I asked my sister since she's an Obygyn kan (betul ke singkatan Obygyn tu???) Dia da terrified dah. Membebel2 dia cakap aku gemuk la dats why jadi macam ni...hareyyy tak membantu sungguh la. Tau dak aku tengah down and stress gila. Dah la demam. Seram sejuk rasa. The she bring me to see her specialist,  scan punya scan memang nampak la ada macam darah beku tu skit.

Balik dari hospital aku dapat la panadol and some antibiotics. Few days lepas tu tetiba satu pagi tu aku bangun rasa baju aku basah2... aku ingat aku berpeluh or susu aku yang overflow. Sekali bila mandi and nak tekap bagi kering dekat tempat csec tu baru perasan yang ada darah yellowish n redish fluid came out. Perghhh menangis terus aku. Serius down gila.

Apa lagi tengah hari tu terus ke Hospital Sultanah Bahiyah ( HSB). huwaaa stressnya aku. Kena buka balik jahitan and cuci untuk keluarkan remaining darah beku. Yes kena buka balik jahitan ye. Jahitan kena bukak hidup2...xdak pelali ka apa ka..cuma kena inject dengan ubat tahan sakit. Masalahnya yg dia inject ubat tahan sakit tu pun da sakit woiiii. Sambil kakak aku buka jahitan tu sambil tu la aku menangis2 n zikir2 dalam hati. Sumpah aku da down gila.

Lepas da sudah..kena warded pulak for 5 days. Arghhh lagi la stress haku. Dah la suami aku busy nak mati time tu. Memang aku mengungkit sampai sekarang masa aku sakit dia takda pun dengan aku. Lantak aaa nak cakap apa pun. Aku sakit kot. Dah la down semacam. Nasib tak capai tahap meroyan gila vavi ja time tu.

So everyday masa warded...2 times per day kena dressing. Masa nk dressing tu memang aku awal2 da telan ubat sakit dah. Tapi time nk jahit balik tu sebelum dscharge memang kena jahit hidup2 jugak dengan kakak aku. Oiiiii stress oiiiii. Apa  la nasib aku.

Sebab tu kalau orang tanya aku bila nak mngandung lagi...aku jwab memang aku taknak. Sebab fobia aku pun tak abih-abih lagi. To women out there, masa pantang kalau boleh jangan nak melasak sangat. Aku memang da start melasak lepas seminggu. Konon da kuat la konon. Tak sangka pulak nak kena hematoma. So dont assume as korang da bebas dari sebarang sakit. Aku terbaca ada nurse yang meninggal dunia sebab hematoma kan baru-baru ni. Ya, kalau cakap kat kaum suami, dia bukan tau pun yang csec ni sakit nak mati lepas da habis ubat bius tu semua. Serius aku rasa nak penumbuk ja laki aku kalau dia sebut pasal anak number 3 sekarang ni. Jangan cari pasal aku cakap. Nak jugak tunggu la 3 or 4 tahun lagi. Doc pun da warning awal-awal aku kena gap jauh untuk ensure womb aku ready.

Tapi masalahnya...ntah bila aku nk ready? Told my husband..my next confinement kalau aku nk beranak lagi...aku nak masuk confinement centre. Tak pun hired confinement lady 1 bulan untuk aku. Jangan nak susahkan mak aku lagi. Kesian wei kat mak aku. Tak sanggup lagi nak susahkan dia nanti.

Tu la pengalaman ngeri aku lepas beranak secara csearian kali kedua untuk anak ke dua kami. Untuk kaum Adam, please hargai bini2 anda semua. Kami bukan lah mesin beranak anak kat hampa. Kami manusia sahaja. Kalau hidup tak reti nak share apa yang bini rasa...and tolong apa yang patut...silakan mereput.